CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Anwar Kritik Mb Selangor Secara Terbuka, Puji Lim Guan Eng

13-10-2013 10:50 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12297| Komen: 169

Description: Anwar Mendakwa, Setakat Ini Pulau Pinang Di Bawah Pimpinan Lim Menunjukkan Prestasi Yang Membanggakan Berbanding Menteri Besar Selangor Ekoran Kelemahan Yang Dilihat Masih Belum Berjaya Diatasi Dalam ...



Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di depan orang ramai malam tadi dan meminta beliau tidak lagi berbangga dengan lebihan kewangan yang diperolehi tetapi gagal dalam membelanjakannya dengan baik.


Sebaliknya, beliau memuji Ketua Menteri Pulau Pinang,  Lim Guan Eng yang disifatkannya berjaya membawa Pulau Pinang mencapai tahap prestasi terbaik.

Anwar mendakwa, setakat ini Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim menunjukkan prestasi yang membanggakan berbanding Menteri Besar Selangor ekoran kelemahan yang dilihat masih belum berjaya diatasi dalam pentadbiran Khalid.

        "Saya puji Lim Guan Eng yang membawa Pulau Pinang pada tahap pretasi terbaik bagaimanapun tidak kepada Khalid kerana sudah masanya Selangor tidak lagi berbangga dengan lebihan yang diperolehi.

        "Kita tidak ada masalah dengan pengurusan beliau, hasil pendapatan negeri juga membanggakan namun terdapat beberapa isu seperti pelajar tidak dapat menyambung pelajaran ke pengajian tinggi selain segelintir rakyat miskin yang tidak mampu memiliki rumah dan perkara itu masih sukar ditangani sehingga kini.

        "Apa yang lebih penting ialah pengurusan cekap, kita mahukan perubahan jentera perbandaran seperti Majlis Bandaraya Shah Alam kerana masih banyak aduan orang ramai dan itu yang kita mahu atasi," katanya dalam forum laporan Ketua Audit Negara di Dewan Sivik Majlis Bandaran Pulau Pinang (MBPJ) Petaling Jaya, malam tadi.

        Anwar berkata, beliau sudah beberapa kali menyuarakan kebimbangannya mengenai perkara tersebut kepada Menteri Besar itu.

        "Kita sudah melepasi fasa membuktikan kepada rakyat mengenai kemampuan negeri Pakatan Rakyat dan kini melalui perubahan rakyat ingin melihat bagaimana kita melaksanakannya," katanya.

        Sebelum ini, Anwar menghantar Setiuasaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail untuk menyelesaikan beberapa perkara yang tidak disenangi beliau terhadap pentadbiran Khalid.

        Bagaimanapun, ia dikatakan tidak berjaya.

        Saifudin dilantik menjadi Ketua Staff di Pejabat Menteri Besar Selangor Julai lalu.

Pada masa sama, Khalid juga melantik beliau sebagai pegawai yang mengendalikan projek Pembangunan Desa untuk mengendalikan lima kawasan Parlimen di utara Selangor yang masih bersama Umno.

Dalam pilihan raya umum lalu, Pakatan hanya tewas di lima Parlimen di Selangor yang terletak di utara negeri maju itu dan digolongkan dalam kawasan luar bandar.

Kawasan itu adalah Tanjung Karang, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sungai Besar. – 12 Oktober, 2013.


2

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_herrhughie 12-10-2013 10:59 AM
tak setuju. Khalid mmg perform dgn bagus.

dan tak setuju LGE perform better than Khalid juga, depends how u look at it
Quote Anakdesa 12-10-2013 11:08 AM
Memang dah lama kena hantam si khalid ni... Tapi dia muka selamba... hehehe
Maklumlah... baby face...

Jgn marah no...
Quote mirage_46 12-10-2013 11:14 AM
orang selangor aman2 jer dengan khalid...

beribu2 kali lagi bagus dari khir toyo penyapu
Quote Anakdesa 12-10-2013 11:20 AM
mirage_46 posted on 12-10-2013 11:14 AM
orang selangor aman2 jer dengan khalid...

beribu2 kali lagi bagus dari khir toyo penyapu

Orang2 Selangor mmg aman je... Pok Nuar tu yang tengah resah gelisah.... hehe

Ada la perancangannya tu....
Quote a_gen2 12-10-2013 11:27 AM
Anwar kritik sebab Khalid tak berapa nak spend duit yg byk..bukannya kritik rasuah gi Disneyland punggah family..nampak tak siapa lebih muliaaaa???
Quote kecimpret 12-10-2013 11:27 AM
yg dikritik PR..yg dipuji pun dari PR...yg dari BN lsg x masuk list...masuk list pasal korup ade laaaa



Quote Anak_Nogori 12-10-2013 11:35 AM
cmf_herrhughie posted on 12-10-2013 10:59 AM
tak setuju. Khalid mmg perform dgn bagus.

dan tak setuju LGE perform better than Khalid juga, dep ...

Apa yg Khalid memang perform dgn bagus?..dan kenapa tak setuju LGE perform lagi bagus dari Khalid?.
Quote PEPPERMAN 12-10-2013 11:36 AM
puji dalam kritik
Quote Anak_Nogori 12-10-2013 11:38 AM
Anakdesa posted on 12-10-2013 11:08 AM
Memang dah lama kena hantam si khalid ni... Tapi dia muka selamba... hehehe  
Maklumlah... baby ...

Hehehe..mungkin ini sebabnya kot...Anwar nak Baby face ice krim dia ni jadi MB...Kah Jah nak Khalid G jadi MB...tapi kompromi hantar Saifudin jadi balaci..kununnya nak imbangi kuasa Khalid...tak tahan dan tak jalan2 gak...maka terpaksa lah Anwar kritik cara pentadbiran Khalid G.

tu yg lawaknya...macai2 plak yg lompat kununnya Khalid G pandai memerintah...
Quote shiro82 12-10-2013 11:40 AM
mirage_46 posted on 12-10-2013 11:14 AM
orang selangor aman2 jer dengan khalid...

beribu2 kali lagi bagus dari khir toyo penyapu

Penyapu dan tempe bergabung jd awet muda.
Quote badaksumbu 12-10-2013 11:41 AM
tiga2 pun sama je, putar alam punya org, apa2 pun kita tunggu laporan audit utk kewangan pulak,
Quote mat@bronok 12-10-2013 11:41 AM
ini baru dikatakan: "sejahat-jahat khalid PR adalah sebaik-baik khir toyo dari umno"...
Quote shiro82 12-10-2013 11:43 AM
Lebih baik d kritik pasal x mau guna duit rakyat dari d kutuk dan d pandang rendah lg x d hormati kerana perabih duit rakyat ke lembu,kpop,banglo 7 juta dll......sekian.
Quote badaksumbu 12-10-2013 11:43 AM
Anak_Nogori posted on 12-10-2013 11:38 AM
Hehehe..mungkin ini sebabnya kot...Anwar nak Baby face ice krim dia ni jadi MB...Kah Jah nak Khali ...

kan, mcm2 cerita dah keluar pasal ts khalid ni, last2 air free 20 m3 tu je yg diorang nampak,
Quote Anak_Nogori 12-10-2013 11:43 AM
Org Selangor mungkin suka tengok Khalid G ni kumpul reta dgn menjual segala eset...dengar simpan berbillion2 tanpa membelanja utk kesenangan rakyat..sampai anak2 selangor nak belajar dan memiliki rumah pun tak mampu.

Baru lah dinamakan Negeri maju..tapi Anwar tak mahu macam tu..simpan duit banyak2 nak bawak kemana?..nak bawak masuk neraka ka?..yg susahnya rakyat.
Quote Anak_Nogori 12-10-2013 11:47 AM
badaksumbu posted on 12-10-2013 11:41 AM
tiga2 pun sama je, putar alam punya org, apa2 pun kita tunggu laporan audit utk kewangan pulak, {:ml ...

putar alam...

Quote Anak_Nogori 12-10-2013 11:50 AM
badaksumbu posted on 12-10-2013 11:43 AM
kan, mcm2 cerita dah keluar pasal ts khalid ni, last2 air free 20 m3 tu je yg diorang nampak,

Bila Anwar dedahkan secara terbuka macam ni...lain plak bunyi nada para macai2nya..

macai macai...
Quote hzln 12-10-2013 11:52 AM
    "Kita tidak ada masalah dengan pengurusan beliau, hasil pendapatan negeri juga membanggakan namun terdapat beberapa isu seperti pelajar tidak dapat menyambung pelajaran ke pengajian tinggi selain segelintir rakyat miskin yang tidak mampu memiliki rumah dan perkara itu masih sukar ditangani sehingga kini.


kritik sbb nak hat yg B+ naik jadi A
bukan kritik sbb samdol asik dpt D nak suh up sket jadi C takdelah malukan mak bapak sgt asik D ajer manjang

macai ni menggelupur tak tentu hala saja
Quote tobby 12-10-2013 11:55 AM
buat la apa yg patut. janji jangan rasuah.

Lihat semua komen(169)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.069467 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top