CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Kerajaan Selangor Menyediakan Bas Komuniti Kepada Rakyat Secara Percuma

14-4-2014 11:14 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3898| Komen: 4

Description: Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Teng Chang Kim Berkata, Kos Yang Diperuntukkan Mbsa Untuk Perkara Ini Bernilai Rm629,076 Setahun Yang Melibatkan Pembelian Bas, Penyelenggaraan, Bahan Api Dan Perkhidmata ...



Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim melaksanakan penyediaan bas komuniti secara percuma bagi membantu rakyat dan memperbaiki aliran trafik yang sesak di kawasan bandaran.

Bas percuma ini dilaksanakan di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sementara di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) masih diperingkat kajian.

Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Teng Chang Kim berkata, kos yang diperuntukkan MBSA untuk perkara ini bernilai RM629,076 setahun yang melibatkan pembelian bas, penyelenggaraan, bahan api dan perkhidmatan pemandu.

Sementara MBPJ pula memperuntukkan RM418,000 untuk pembelian dua buah bas dan penyelenggaraan setahun.

Bagi MPSJ pula, sejumlah RM346,000 diperuntukkan untuk pembelian manakala MPKj pula mmperuntukkan RM120,000 setahun dengan kaedah perlaksanaan secara kontrak bersama syarikat pengusaha bas sedia ada.

Perkhidmatan bas komuniti di Shah Alam telah bermula sejak 4 Mac tahun ini bemula di Hentian Pusat Bandar Seksyen 14 dan melalui Seksyen 2, 7, 11 14, 15, 16, 17 dan 18.

Bas ini beroperasi pada hari bekerja sahaja, Isnin hingga Jumaat bermula jam 7.30 pagi, 11 pagi dan 4.30 petang.

Bagi MBPJ, perkhidmatan bas ini telah bermula sejak Julai 2008 dan berada di peringkat penambah baik bagi meningkatkan jumlah bas untuk menampung jumlah pengguna yang semakin meningkat.

Jelas Chang Kim, perkhidmatan bas komuniti ini tidak mendapat subsidi daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pengangkutan Darat (SPAD) dan dibuat secara peringkat di semua PBT kerana ia dilaksanakan mengikut kemampuan kewangan mereka.

Kata beliau lagi, Kerajaan Negeri dan SPAD sedang mempertimbangkan cadangan untuk mewujudkan Bas Rapid Transit (BRT) dari Kuala Lumpur ke Klang melalui Lebuhraya Persekutuan.

2

Bagus
3

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tintabiru73 10-4-2014 03:55 PM
Tahniah.. cuma aku musykil camna diorang pantau/pastikan agar hanya warganegara Mesia sahaja yang naik bas komuniti ni.

Aku dah bertahun tak naik bas.. pernah naik bas sekali beberapa tahun lepas masa keta aku masuk workshop - aku sorang jer orang Mesia dalam bas tu (drebar pun cam rakyat asing gak )
Quote AmMiNafeesa 15-4-2014 04:28 PM
alahai....ini ker yg di kata bas percuma di Selangor? so far tak nampak pun lalu kat seksyen 17 lagi
Quote leni 15-4-2014 09:18 PM
Berapa buah bas percuma ni? Klau satu jer baik xyah ckp

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.043332 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top