CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

KERAJAAN SELANGOR AKAN BERIKAN TOL PERCUMA!!!!!

12-10-2012 03:41 PM| Diterbitkan: admin| Dilihat: 4167| Komen: 14

Description: SELEPAS AIR... KERAJAAN SELANGOR MULAI AWAL TAHUN DEPAN AKAN BERIKAN TOL PERCUMA!!!!!Terdetik di hati admin mengapa cadangan seperti tidak dilaksanakan dengan lebih awal lagi? Mengapa perlu tu ...
SELEPAS AIR... KERAJAAN SELANGOR MULAI AWAL TAHUN DEPAN AKAN BERIKAN TOL PERCUMA!!!!!



Terdetik di hati admin mengapa cadangan seperti tidak dilaksanakan dengan lebih awal lagi? Mengapa perlu tunggu di ambang pilihanraya Umum ke 13, barulah kedengaran mahu melaksanakan penghapusan tol (tol percuma)? Ya…tol percuma di Selangor selepas ini….

Inilah antara berita terbaru yang admin terima yang mana kerajaan Selangor sekarang ini sedang dalam proses untuk melaksanakan tol percuma di Selangor selepas ini.
Bagaimana Kerajaan Selangor Mahu Melaksanakan Tol Percuma di Selangor!!!!!!!!...........Admin diberitahu yang mana kerajaan Selangor akan mengambilalih beberapa konsesi lebuh raya yang beroperasi di Selangor dalam masa terdekat ini. Dan dengan pengambialihan beberapa konsesi tol ini pastinya membuka “satu dimensi” baru untuk langkah seterusnya melaksanakan dasar tol percuma di Selangor. Dan dasar tol percuma selepas tol-tol ini dihapuskan, ia dijangka akan dilaksanakan pada Januari 2013.

Rupa-rupanya kerajaan negeri Selangor sekarang mempunyai kepentingan melebihi 30% dalam syarikat seperti :
  • Syarikat pengendali lebuhraya KESAS (melalui PKNS)
  • Grand Saga (Taliworks, Kumpulan Peransang Selangor – KPS)
  • SPRINT (KPS)
Kalau disemak semula berita sekitar Mei 2012 yang lalu, kerajaan Selangor telah menetapkan syarat baru yang mana semua projek lebuhraya yang mahu dijalankan di Selangor pada masa hadapan memerlukan exit clause. Apa yang dimaksudkan dengan terma “exit clause” :
Exit clause yang dimaksudkan adalah, pengurusan lebuhraya akan diserah semula kepada kerajaan negeri setelah syarikat pengendali konsesi mencapai keuntungan, tanpa mengambil kira tempoh keseluruhan konsesi.


Sumber : The Star Online
Antara Fakta Konsesi Tol Bagi – Lebuhraya-Lebuhraya di MalaysiaPembinaan Lebuhraya Utara Selatan :

  • Mula Dibuka : 8 September 1994
  • Kos Pembinaan : RM 6 billion
  • Pendapatan : RM24.3 billion
  • Keuntungan : RM 18.3 billion setakat ini………….
  • ROI : 305%
  • Tempoh konsesi : Sehingga Disember 2038.
Pembinaan Lebuhraya Metramac
  • Kos Pembinaan : Hanya RM45 juta
  • Keuntungan : RM440 juta
  • ROI : 978%
  • Pembinaan Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak
  • Kos Pembinaan : Sekitar RM451 juta
  • Keuntungan : RM1.4 billion
  • Tempoh konsesi : selama 38 tahun.
Pembinaan Lebuhraya Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
  • Kos Pembinaan : RM1,08 bilion
  • Keuntungan : RM1.61 bilion.
  • Tempoh konsesi : selama 34 tahun
Pembinaan  Lebuhraya Cheras--Kajang oleh syarikat konsesi Grand Saga Sdn. Bhd. (GSSB)
  • Perjanjian Konsesi ditandatangani : 19 September 1995
  • Lebuh raya Dibuka : 15 Januari 1999.
  • Jarak : 11.5 kilometer itu bermula dari Persimpangan Taman Connaught, Cheras hingga ke Persimpangan Saujana lmpian, Kajang.
  • Kos Pembinaan : RM282 juta
  • Kos Pengambilan Tanah : RM 194.5 juta ditanggung oleh Kerajaan
  • Kos Operasi & Penyenggaraan : RM 147.31 juta (Setakat 31 Disember 2010)
  • Jumlah Kutipan : RM 585.5 juta (Setakat 31 Disember 2010)
  • Tempoh konsesi : Sehingga 2030

Kalau di Amerika, mereka juga di sana memiliki sistem tol di sana. Bezanya di sini dengan Malaysia, di Amerika mana-mana konsesi yang telah mencapai atau melepasi keuntungan yang munasabah akan ditamatkan konsesi dan langkah ini kami lihat tidak membebankan pengguna tol di sana secara berterusan. Cukuplah…nak untung berapa bilion lagi daripada pengguna tol di Malaysia. Inilah yang kami gelarkan “skim cepat kaya” golongan kapitalis di zaman moden.

Tol dalam bandar adalah kos tambahan yang sebenarnya sangat membebankan rakyat yang tinggal di bandar setiap hari, Tidak kira apa peringkat, berbanding tol antara negeri yang dikendalikan PLUS sekarang. Sudahlah dibebankan dengan bayaran meletak kereta yang tinggi, terpaksa pula membayar tol untuk sampai ke tempat kerja.

PAKATAN MENANG.. RAKYAT HIDUP SENANG...PAKATAN KALAH.. PARA PEMIMPIN UMNO HIDUP MEWAH DENGAN GEJALA RASUAH TETAPI RAKYAT KEKAL HIDUP SEMAKIN SUSAH



Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharfox 12-10-2012 09:25 AM
OK. Part ni aku accept. Kalau dah mencapai untung besar, apsal nak sambung tempoh konsesi sampai berlebih2. Dah tu bagi alasan takde exit clause dan suma dokumen perjanjian dimasukkan dalam OSA.
Tak kira sapa yang memerintah, kalau dapat revise berkenaan tol, aku sokong. Jgn kita pekakkan telinga dan butakan mata. Ini fakta. Kalau PR kata nak bantu rakyat cara ni, Alhamdulillah. Teruskan, usaha baik sapa nak halang? Yang bodoh je menghalang atas nama politik.  
Quote monsieur_genius 12-10-2012 09:50 AM
sharfox posted on 12-10-2012 09:25 AM
OK. Part ni aku accept. Kalau dah mencapai untung besar, apsal nak sambung tempoh konsesi sampai ber ...

Perkara yang membawa kebaikan kepada rakyat, memang patutlah kita sokong. Macam isu pemberian air percuma dulu, walaupun ada yang kata kerajaan PR Selangor macam2, tapi hakikatnya perkara tu membawa faedah jugak kepada rakyat.

Quote galaxie83 12-10-2012 11:17 AM
KALAU BTOL TERLAKSANA, ALHAMDULILLAH.... KITA RAKYAT MARHEIN PAKAT2 KURANG BEBAN KEWANGAN... BAGUS LA TU.

BAB YANG DEKAT NAK PILIHANRAYA BARU NAK SEBUT TU PLAK, AKU PUN ADA TERPIKIR GAK... TP AKU IMAGINE BUKAN SENANG NAK PAKSA SYARIKAT2 KONSESI BUKAK BALIK PERJANJIAN LAMA UNTUK MASUKKAN KLAUSA BARU, YELA KO DAH UNTUNG JUTA2 SENANG2 SAH2 LA KO TAKNAK PINDA SBB PERJANJIAN SKARANG MENGUNTUNGKAN... KAN?

WALAU PUN LEWAT, TP SYABAS SBB ADA USAHA KE ARAH ITU.... RAMAI RAKYAT YANG PAHAM, DARI DAPAT RM500 SKALI PASTU HANGUS, ADALAH BAIK RAKYAT "DITOLONG" SAVING DUIT TIAP2 BULAN
Quote artcrime 12-10-2012 06:19 PM
hip hip horei!!
Quote Luckman 12-10-2012 09:24 PM
sharfox posted on 12-10-2012 09:25 AM
OK. Part ni aku accept. Kalau dah mencapai untung besar, apsal nak sambung tempoh konsesi sampai ber ...

Bab ni aku pun sokong sama. Tak yah la hapuskan, kurang kan sedikit.. nanti sapa pulak nak maintain jalan2 Tol nie kalau income tak masuk. At least ada gak duit. Kita nak juga kebaiikan,bukan keburukan. Kalau tol kurang, tak delah beban sangat kan? kan? ....Dalam TV jer dok gembor gembar keburukan orang lain, kat luar kta nie biasa jer....Yang gembooor gembarrrr ni suma orang politik jer....masing2 nak cari peluang........arghhhhh...benci la diorang niee.......tengok muka jer dah bosan, belum buka mulut lagi.....
Quote CrazyDriver 21-3-2013 08:50 PM
bagus langkah kerajaan negeri selangor kurgkan beban rakyat..ini baru la dinamakan Rakyat DIDAHULUKAN!
Quote rashiman 21-3-2013 11:27 PM
CrazyDriver posted on 21-3-2013 08:50 PM
bagus langkah kerajaan negeri selangor kurgkan beban rakyat..ini baru la dinamakan Rakyat DIDAHULUKA ...

Lge tak setuju, sebab sekarang tengah sibuk buat lebuhraya terowong dasar laut bertol.dulu saja tipu rakyat nak hapuskan tol,sekrg dah jadi kerajaan,kena buat jugak.
Last edited by rashiman on 21-3-2013 11:29 PM

Quote rashiman 21-3-2013 11:33 PM
Lebih baik kerajaan selangor lunaskan dulu janji2 masa pru dulu, jjgn bagi ala kadar, bagi 100   200 org dah kira telah menunaikan janji, ada beribu lagi rakyat selangor yg layak  belum lagi dpt pelbagai elaun yg dijanjikan.
Quote rashiman 21-3-2013 11:36 PM
CrazyDriver posted on 21-3-2013 08:50 PM
bagus langkah kerajaan negeri selangor kurgkan beban rakyat..ini baru la dinamakan Rakyat DIDAHULUKA ...

Oh ya, ,air percuma pun, tak semua rakyat selangor dpt, kasi settle dulu isu air,
Quote CrazyDriver 22-3-2013 12:45 AM
rashiman posted on 21-3-2013 11:36 PM
Oh ya, ,air percuma pun, tak semua rakyat selangor dpt, kasi settle dulu isu air,

Noted  
Quote Al-Patih 22-3-2013 07:25 AM



abih ...nak bela macam ni ....mana nak mampu dengan gaji aje
Quote Nadim 22-3-2013 09:49 AM
Kat Penang, sebelum PRU12 , PR kata nak hapuskan tol Sg Nyior...sampai nak PRU13 haram tak jadi apa pun.... Manifesto beli undi rakyat ?? Lepas tu aniaya rakyat !!!  masih tak ambil iktibar lagi ke ????
Quote sasukekun89 22-3-2013 12:21 PM
rashiman posted on 21-3-2013 11:36 PM
Oh ya, ,air percuma pun, tak semua rakyat selangor dpt, kasi settle dulu isu air,

Ramai jgk yang dah dapat. Better than never, daripada BN kan...
Quote CrazyDriver 22-3-2013 03:51 PM
sasukekun89 posted on 22-3-2013 12:21 PM
Ramai jgk yang dah dapat. Better than never, daripada BN kan...

Teringat zaman kecik2 dulu..bila kerajaan BN memerintah Negeri Selangor..berapa byk tanah kuaters diorg jual kt company non-bumi..buat projek mcm2..kasi kaya kroni2(x kan sbg parti pemerintah..xdpt percent kot.. )..ramai penduduk kuaters time tu berjawatan rendah..gaji kecik..kesian diorg kena pindah carik umah baru..pampasan ade diberi..tapi alahai..sikit ya amat.. (hamba hanya bercerita melalui pengalaman) overall, rasanya lebih better PR dr BN memerintah neg segor..tgk secara keseluruhan..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.177472 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top