CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Ibu Skodeng Anak Di Pesta Seks

13-10-2013 11:00 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12200| Komen: 60

Description: Menurut Sumber, Wanita Berusia 35 Tahun Itu Mengambil Keputusan Bersembunyi Di Kawasan Berhampiran Kerana Yakin Anaknya Berada Di Dalam Rumah Berkenaan Selepas Menemui Kasut Remaja Terbabit Ditinggalk ...
Kuala Lumpur: Seorang ibu sanggup bersembunyi di sebalik sebatang pokok kira-kira 50 meter dari rumah rakan anak perempuannya di Kajang, di sini, selama sejam sebelum ‘menangkap’ anaknya yang baru selesai ‘berpesta’ seks di premis berkenaan.

Dalam kejadian bermula kira-kira jam 5.45 petang itu, wanita terbabit dilaporkan terpaksa berbuat demikian selepas rakan perempuan anaknya itu mendakwa remaja berkenaan tiada di rumah terbabit, ketika dia mencarinya.

Gambar hiasan


Menurut sumber, wanita berusia 35 tahun itu mengambil keputusan bersembunyi di kawasan berhampiran kerana yakin anaknya berada di dalam rumah berkenaan selepas menemui kasut remaja terbabit ditinggalkan di pintu masuk.

Menceritakan semula kejadian, sumber itu berkata, wanita terbabit curiga dengan tingkah laku anaknya mengambil keputusan pergi ke rumah rakan remaja berkenaan kira-kira jam 5.45 petang untuk menyiasat.


“Ketika berada di hadapan rumah itu, wanita berkenaan berulang kali memanggil nama anaknya, namun tiada jawapan biarpun melihat kasut digunakan remaja itu berada di hadapan pintu.


“Tidak lama kemudian, rakan perempuan anak mangsa keluar sebelum memberitahu remaja berkenaan tiada di situ,” katanya.

Sumber itu berkata, meragui kenyataan rakan anaknya itu, wanita terbabit berpura-pura beredar sebelum bersembunyi di sebalik sebatang pokok kira-kira 50 meter dari rumah berkenaan.


“Sejam kemudian, anak mangsa keluar daripada rumah itu bersama tiga remaja lelaki dan seorang perempuan,” katanya.

Menurutnya, wanita terbabit segera bergegas mendapatkan anaknya menyebabkan kumpulan remaja itu mula panik.

“Selepas didesak, anak wanita terbabit mengaku melakukan hubungan seks dengan seorang daripada tiga remaja lelaki itu,” katanya sambil memberitahu, rakan anaknya yang lain turut melakukan hubungan seks.

Berikutan itu, wanita terbabit membawa anaknya ke Balai Polis Kajang, di sini, untuk membuat laporan polis.

Remaja terbabit juga dirujukkan ke hospital berhampiran sebelum disahkan ada melakukan hubungan seks. Disebabkan remaja perempuan terbabit masih di bawah umur, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai rogol dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Anakdesa 12-10-2013 09:11 AM
Pasni bolehla ubah Status kat FB : Bukan lagi anak dara....

Dunia2....
Quote MissNigga 12-10-2013 09:14 AM
well done mom ...
better late rather than feel sorry later
Quote mak_wa95 12-10-2013 09:19 AM
anak cerdik la  sangat.....dia tak tahu mak dia lagi cerdik...padan muka jantan tu....suka sama suka..engkau kena charge rogol...
Quote noor2 12-10-2013 09:26 AM
pengaruh luar lagi hebat dari didikan mak...

tapi mak ni sangat  bagus siasat  kemana anaknya pergi...kasih mak pada anak...cuma anak tak sedar tindakan mak adalah menunjukkan kasih syg mak yang tak terhingga pada anak...
Quote sitisitu25 12-10-2013 09:30 AM
karangan apa kah ini
Quote jengkoil 12-10-2013 09:35 AM
noor2 posted on 12-10-2013 09:26 AM
pengaruh luar lagi hebat dari didikan mak...

tapi mak ni sangat  bagus siasat  kemana anaknya per ...

Kawan aku dulu masa form 2,mak dia follow dari umah ke bandar pakai purdah untuk siasat aktiviti anak..kantoi la si anak isap rokok kat bandar nga kawan2..
Quote RaulRaz 12-10-2013 09:53 AM
mak dia memang jenis pakai purdah atau sengaja pakai semata2 nak siasat peel anak eh?hehehehe
Quote nurul_akmar 12-10-2013 09:58 AM
bagus mak dia.
Quote aTiKah_aYuNi 12-10-2013 10:16 AM
ibu bertanggungjwb, ank plak buat perangai.....
Quote batmana 12-10-2013 10:29 AM
walaupun anaknye setan, tapi  ibu cmni mmg patut dpt anugerah ibu mithali psl btul2 amik berat..
Quote batmana 12-10-2013 10:30 AM
klu bapaknye ade kt situ, mgkin 3 budak laki tu dh msuk ICU dlu..

tapi skrg pn senang2 dpt msuk jail free atas charge merogol..
punoh masa dpn..
Quote edee_91 12-10-2013 10:35 AM
RaulRaz posted on 12-10-2013 09:53 AM
mak dia memang jenis pakai purdah atau sengaja pakai semata2 nak siasat peel anak eh?hehehehe

sengaja kot.

Quote ogata 12-10-2013 10:36 AM
Mak kau beriya iya nakrotect nak jaga kau dek....kau yang gatal birah tahap maximum...
Macam macam idea budak sekarang nak menipu mak bapa...bagus la mak dia sedaya upaya selongkar kegiatan anak dia..si anak pula..tolong berubah key.. Tak yah nak menambah statistik bohsia kat malaysia nih.
Quote sam_survivor 12-10-2013 10:42 AM
Kalau anak tuh dah besar dan ada anak pasti dia akan faham kenapa ibu dia buat mcm tuh dulu
Quote sapp73 12-10-2013 10:48 AM
berapa umur budak ni agaknya....kalau ikutkan umur maknya muda lagi...kesian maknya, buat apa yang terbaik tuk jaga anaknya dan sangat perihatin, sampai boleh cam kasut anaknya..ni semua pengaruh rakan rakan sampaikan sianak terjebak...
Quote zaipen 12-10-2013 10:51 AM
fiuhhh.....3 laki 2 pompuan...... macamane la agaknye tu kan.....
Quote merlinjb 12-10-2013 10:55 AM
Kesiannya sanggup tipu ibu semata-mata kerana lelaki.
Quote NURMIMIE 12-10-2013 11:01 AM
syabas mak..

walaupun menunggu sejam tuh merupakan satu penyeksaan..

seriau seh ngan peel anak2 remaja sekarang..
Quote shiro82 12-10-2013 11:02 AM
Tahniah pd maknye,naluri ibu sentiasa betul. Nasib ibu budak pompuan tiada dara tu bertindak kalo x makin hanyut. Kahwin kan je anak dia tu.... Dah ingat nk sedap je blaja x mo.

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.055204 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top