CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Uqasha & Sharnaaz Rapat Untuk Adakan Kejutan

29-10-2013 05:19 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 23821| Komen: 149

Description: Saya Sudah Berjumpa Dengan Sharnaaz Semalam Dan Dia Menjelaskan Segala-Galanya Kepada Saya. Antara Dia Dengan Uqasha Memang Tiada Hubungan, Saya Yang Keliru Kerana Menyangka Mereka Bercinta, Sedangkan ...

Peminat-peminat Uqasha Senrose, Sharnaaz Ahmad dan Pekin Ibrahim bolehlah menarik nafas lega kerana akhirnya segala perselisihan faham antara mereka telah pun diselesaikan. 

Rupa-rupanya Uqasha dan Sharnaaz rapat semenjak dua ini kerana merancang kejutan untuk majlis hari jadi Pekin Ibrahim. 

Itu yang sampai berahsia sehingga dianggap melakukan kecurangan.

Agak kelakar juga apabila mengetahui perkara yang sebenar. Yang penting segalanya sudah diselesaikan. Kata Pekin:-


Saya sudah berjumpa dengan Sharnaaz semalam dan dia menjelaskan segala-galanya kepada saya. Antara dia dengan Uqasha memang tiada hubungan, saya yang keliru kerana menyangka mereka bercinta, sedangkan kedua-duanya hanya berlakon bersama.


Keakraban dua pelakon itu juga bersebab kerana mereka bersepakat untuk mengadakan kejutan sempena hari ulang tahun saya. Selepas penjelasan itu, barulah saya tahu situasi sebenar.


Saya tahu ekoran silap faham itu membuatkan banyak hati terluka. Saya silap apabila bertindak melulu. Apatah lagi apabila perkara yang sepatutnya tidak didedah (off record) disiarkan, lagilah perkara ini jadi kecoh.


Selepas bertemu Sharnaaz dan mendengar penjelasannya, saya menghubungi sendiri Uqasha dan anggap kontroversi ini sudah selesai. Kami sudah berbaik seperti biasa.


Abang Nara tak salahkan Pekin Ibrahim dalam hal ini. Biasalah cemburu memang sinonim dengan lelaki. Lebih-lebih lagi bila lihat tunang sendiri mesra semacam dengan orang lain. Nasib baiklah segalanya dapat dijelaskan. Semoga hubungan Uqasha dan Pekin pulih seperti biasa dan akan berkahwin seperti yang dirancang. Sama-samalah kita doakan.



Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nekjah 26-10-2013 07:39 PM
Uqasha dan Sharnaaz akan lebih rapat untuk kejutan wedding anniversary...
Surprise!!!!!

Quote kerepekkentang 26-10-2013 07:56 PM
perlu ke rapat dengan org lain untuk kejutan hari jadi?
Quote bedahmenjuyah 26-10-2013 07:58 PM
Bimbo masing2
Quote slavehunter 26-10-2013 08:00 PM
Whatever...
Quote aliff09 26-10-2013 08:01 PM
Cetek punya artis....
Quote annehuda 26-10-2013 08:03 PM
so kesimpulannye uqasha n pekin ni dah putus tunang ke belum?
Quote anis01 26-10-2013 08:04 PM
kenapa dia x rapat dengan adik sendiri?
kenapa tidak rapat dengan kawan perempuan?
kenapa dia x rapat dengan pembantu peribadi dia?
motif sangat rapat dengan jejaka hensem
bf mana yang x rasa curiga?
nak2 dengan sejarah lampau dia
Quote rosasa 26-10-2013 08:04 PM
gedik...sekian
Quote lilacomot 26-10-2013 08:09 PM
naif nye si  pekin ni..percaya  bolat2...tp bersangka baik laaa ye
Quote miss_kikilala 26-10-2013 08:10 PM
motif nak pakat?!
nape xpakat ngan kawan2 pekin ke?
adik beradik? sedara mara?
masalahnye sharnaaz ni kamceng ke ngan pekin ni?
rase2 nye pekin idup2 kna tipu ngan bohsia ni..

Last edited by miss_kikilala on 26-10-2013 08:11 PM

Quote misskitty 26-10-2013 08:13 PM
alasannn ko! kakakakakka. ini je ko mampuu pikir?

Quote mizzy 26-10-2013 08:15 PM
lilacomot posted on 26-10-2013 08:09 PM
naif nye si  pekin ni..percaya  bolat2...tp bersangka baik laaa ye

kannn naif sangat... pdhal sebelum ni pun kata dah banyak kali uqasha ni curang.. tapi tula, moh ler kita berpikiran positip je
Quote jajamis 26-10-2013 08:21 PM
Publisiti murahan
Quote sunshinelady 26-10-2013 08:41 PM
Apsal tak sambung je kat thread lama pas tu update title thread
Quote aviators 26-10-2013 08:45 PM
Pulak....


Quote katak hijau 26-10-2013 08:46 PM
Habis ko percaya bulat2 la pekin?
Quote edoraixora 26-10-2013 08:49 PM
sanaz ngan pekin ni besfren ke??
nk besday seprais bagai

ke kne kencing jer pekin ooiii
Quote mamarayyan2010 26-10-2013 08:50 PM
smlm baca dlm murai.com bkn dh putus tunang ke couple ni sbbkn sharnaaz?
Quote orenmango 26-10-2013 08:54 PM
Berbau ikan di situ

Lihat semua komen(149)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.061335 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top