CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Alif Satar Sudah Mahu Kahwin

31-10-2013 10:58 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16808| Komen: 67

Description: Walaupun Sinonim Sebagai Pengacara Idola Kecil, Namun Alif Menegaskan Yang Dia Tetap Mengutamakan Bidang Nyanyian Daripada Cabang Seni Lain. Ini Kerana Minatnya Dalam Bidang Nyanyian Begitu Mendalam. ...
Penyanyi yang popular dengan lagu 'Lelaki Seperti Aku', Alif Satar mengakui sudah mempunyai perancangan untuk berkahwin. Malah, Alif turut memberitahu dia pernah meminta pandangan Tomok tentang hasratnya untuk berkahwin pada usia muda.  

“InsyaAllah jika ada rezeki saya akan menamatkan zaman bujang pada tahun hadapan. Kalau boleh saya tak nak menghebahkan perkara ini kerana saya tak mahu perkara buruk terjadi kerana terlalu bercakap mengenainya,” ujar Alif ketika ditemui di sidang media Idola Kecil musim keenam di Platinum Movie Lounge, Cathay Cineplex, Kuala Lumpur pada Selasa.

Selain itu, Alif yang masih dikekalkan sebagai pengacara untuk musim baru bagi program realiti itu berkongsi yang dia berbangga dengan kualiti dan semangat yang ditonjolkan oleh kanak-kanak yang hadir ketika ujibakat Idola Kecil ini.

“Ada yang datang bawa gitar dan yang paling kelakarnya lagu 'Aku Yang Dulu' nyanyian Tegar begitu popular semasa ujibakat. Memang lagu tersebut begitu popular dan menjadi siulan semua lapisan masyarakat. Dalam masa yang sama juga saya suka melihat semangat kanak-kanak yang hadir untuk ujibakat dan dilihat penuh dengan persediaan,” ujar Alif.

Walaupun sinonim sebagai pengacara Idola Kecil, namun Alif menegaskan yang dia tetap mengutamakan bidang nyanyian daripada cabang seni lain. Ini kerana minatnya dalam bidang nyanyian begitu mendalam. Bidang pengacaraan merupakan pilihan keduanya.

Alif turut berkongsi yang album ketiga dijangka bakal berada di pasaran pada 20 November ini. Malah pada tarikh tersebut dia bakal turut melancarkan single terbarunya yang berjudul Akhiri Penantianku.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sekel 31-10-2013 10:38 AM
Niat yg baik jgn dilambatkan.................
Quote rosasa 31-10-2013 10:42 AM
beria-ia aku masuk tadi @tapibukanaku sebab aku namapk alif aziz , sekali tgk gmbar...erkkkk, tgk balik tajuk...omai..nyanyuk atau angaukah aku??
Quote hanezzafirah 31-10-2013 10:48 AM
“InsyaAllah jika ada rezeki saya akan menamatkan zaman bujang pada tahun hadapan. Kalau boleh saya tak nak menghebahkan perkara ini kerana saya tak mahu perkara buruk terjadi kerana terlalu bercakap mengenainya,” ujar Alif ketika ditemui di sidang media Idola Kecil musim keenam di Platinum Movie Lounge, Cathay Cineplex, Kuala Lumpur pada Selasa.

kata xnak hebahkannn tp ni dah bg tau kat media?camner tu? bkn kira hebahkan ke??
Quote tapibukanaku 31-10-2013 11:02 AM
rosasa posted on 31-10-2013 10:42 AM
beria-ia aku masuk tadi @tapibukanaku sebab aku namapk alif aziz , sekali tgk gmbar...erkkkk, tgk ...

alip aziz sibuk nak kasi menang adik dia dulu ok!..
Quote annehuda 31-10-2013 11:03 AM
camne la aku leh terbaca aziz satar ni ?
Quote vv2005 31-10-2013 11:04 AM
Alif turut memberitahu dia pernah meminta pandangan Tomok tentang hasratnya untuk berkahwin pada usia muda.  


kenapa minta pandangan TOMOK..TEMAN SEJATI KAAAA
Quote cammie1711 31-10-2013 11:06 AM
annehuda posted on 31-10-2013 11:03 AM
camne la aku leh terbaca aziz satar ni ?

Eh, dah naik pangkat???
Quote bluecrystal 31-10-2013 11:09 AM
gf dia yang lagi tua tu ke? dulu macam pernah kelua paper
Quote mitnick 31-10-2013 11:21 AM
sape gf dia? retis jgk kah?
Quote tapibukanaku 31-10-2013 11:23 AM
bluecrystal posted on 31-10-2013 11:09 AM
gf dia yang lagi tua tu ke? dulu macam pernah kelua paper

ye lah kot. staf 8TV gf dia. mmg jauh lebih tua

kalau dia masih dgn gf dia ni lah..
Quote Dadadi 31-10-2013 11:27 AM
Bagus la kawen cpt...
Quote Kassim_Patalon 31-10-2013 11:32 AM
please please please kamu jangan nakal
Quote amyainsamad 31-10-2013 11:36 AM
aziz satar????
Quote tapibukanaku 31-10-2013 11:49 AM
mitnick posted on 31-10-2013 11:21 AM
sape gf dia? retis jgk kah?

nama gf dia Shadila. staf 8TV rasanya



Quote tapibukanaku 31-10-2013 11:49 AM
Alif Satar Gementar Temui Keluarga Kekasih
PETALING JAYA: Penyanyi lagu Lelaki Seperti Aku iaitu Alif Satar mengakui gementar untuk bertemu dengan keluarga kekasihnya pada majlis berbuka puasa dalam masa terdekat ini.
Alif, 23, berkata, perasaan itu timbul kerana ini adalah kali pertama dia akan bertemu dengan keluarga teman wanitanya yang dikenali sebagai Shadila, 29, selepas tiga tahun bercinta.
"Insya-Allah saya bakal bertemu dengan keluarga kekasih dalam masa terdekat ini untuk berbuka puasa.
"Sudah tentu rasa gementar dan gugup itu ada dan berharap semuanya berjalan dengan lancar," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di Hotel Royale Bintang Damansara di sini, Khamis lalu.
Dalam perkembangan sama, Alif berkata, dia tidak melihat perbezaan usia sebanyak enam tahun sebagai satu masalah dalam sesebuah hubungan kerana apa paling penting persefahaman di antara dua pihak.
Kata Alif, dia sangat selesa dengan Shadila dan tidak pernah memikirkan soal usia apabila bersamanya.
"Saya selalu rasa kami sebaya dan paling penting kami selesa di samping persefahaman yang menjadikan sesuatu hubungan itu kuat dan bukannya jarak usia," katanya.
Ditanya adakah dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga, Alif berkata dia meletakkan perkara itu kepada jodoh namun berharap hubungan tersebut akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin.
Dalam perkembangan lain, Alif berkata, bersempena bulan Ramadan kali ini dia berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dengan menjual sejenis kuih tradisional Melayu iaitu biskut bakar.
Jelas Alif, penglibatannya itu hanya secara suka-suka dan ingin membantu ibu saudaranya yang membuat kuih berkenaan bersempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri.
"Peminat atau sesiapa yang membeli lima balang dan ke atas saya sendiri akan hantar biskut berkenaan ke rumah mereka sebagai tanda penghargaan kepada mereka.
"Tetapi penghantaran itu hanya terhad di Lembah Klang sahaja," ujarnya.
Tambah Alif peminat yang berminat untuk mendapatkan kuih berkenaan boleh membuat tempahan menerusi laman Instagramnya di Alifsatar.

Quote kucen 31-10-2013 11:54 AM
mudanye kawen....
Quote tapibukanaku 31-10-2013 11:57 AM
vv2005 posted on 31-10-2013 11:04 AM
Alif turut memberitahu dia pernah meminta pandangan Tomok tentang hasratnya untuk berkahwin pada usi ...

teman sejati gitu..taste pun sama wanita berusia
Quote hanipinky 31-10-2013 12:16 PM
I suka Alif Satar ni.

There's something about him that is so pleasant to the eyes.
Quote kak_jiebam 31-10-2013 12:27 PM
ala...beza cuma 6 tahun je uols...takdela tua mana

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 1.702899 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top