CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Dato' Siti Nurhaliza, Amy Cari Dana Rm2 Juta

21-11-2013 11:15 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7548| Komen: 35

Description: Sementara Itu Bagi Dato' Siti Nurhaliza, Ini Merupakan Kolaborasi Kali Keduanya Bersama Uitm Sekaligus Idola Kesayangan Ramai Ini Berasa Berbangga Dengan Usaha Pihak Uitm Dan Yadb. Atas Rasa Tanggungj ...


Penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza dan lagenda Rock, Amy Search bakal menjayakan konsert amal yang diberi nama Konsert Destini untuk mengumpul dana tambahan

sekurang-sekurangnya RM2 juta bagi Tabung Pendidikan Anak Bangsa.

Konsert selama dua hari anjuran Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) ini akan berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

"Kapasiti dewan tersebut mampu memuatkan seramai 3750 penonton dalam satu masa. Namun daripada hasil tinjauan yang dibuat, pihak kami menerima maklum balas yang sangat mengalakkan dari[pada penonton. Oleh itu, konsert ini diadakan selama dua hari.

"Setakat ini tiket yang berharga RM1000 dah habis dijual. Konsert hanya tinggal sebulan saja lagi, dan kami yakin sebanyak dua ribu tiket lagi akan terjual. 100% daripada hasil jualan tiket akan disalurkan ke Tabung Pendidikan Anak Bangsa. Kami mensasarkan sebanyak RM2 juta akan dapat dikumpul pada konsert selama dua hari itu", kata Ketua Pengawai Eksekutif YADB, Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali pada sidang media bertempat di Hotel Bluewave, Shah Alam, semalam.

Sementara itu bagi Dato' Siti Nurhaliza, ini merupakan kolaborasi kali keduanya bersama UiTM sekaligus idola kesayangan ramai ini berasa berbangga dengan usaha pihak UiTM dan YADB. Atas rasa tanggungjawab, beliau terpanggil untuk menjayakan konsert tersebut.

"Sebagai orang dewasa, kita mestilah mahu melihat anak bangsa kita berjaya. Kehadiran anak seni seperti kami bukan saja untuk menghiburkan orang ramai malah sama-sama bertanggungjawab membantu meringankan beban pihak yang memerlukan menerusi muzik kami sendiri", katanya yang akan mendendangkan tiga buah lagu pada malam konsert itu nanti.

Manakala bagi Amy pula yang turut hadir pada sidang media itu memberitahu saat dilamar pihak YDAB, beliau tanpa berfikir panjang terus menyatakan persetujuan demi membantu anak-anak yang bercita-cita tinggi untuk ke menara gadig namun mempunyai masalah kewangan.


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yayah8989 21-11-2013 09:13 AM
gud luck!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!11
Quote maxim 21-11-2013 09:14 AM
xtau nak komen apa +1
Quote hyie 21-11-2013 09:18 AM
3 lagu je ke? sendu sangat...untungla bebudak uitm, sokmo buat kat situ...
Quote hyie 21-11-2013 09:23 AM
Dari IG CT


ctdk Konsert Destini anak bangsa pada 20&21hb dec ini .. @ydabdihatiku   15h





Quote Grengo 21-11-2013 09:24 AM
2j ... peanut je... peminal ct amy ramai.. sure deyol sokong
Quote ahlisihircute 21-11-2013 09:28 AM

cantik kasut amy search......
Quote tomet05 21-11-2013 10:15 AM
banyaknya duit nak kena carik
Quote siti_kus 21-11-2013 10:39 AM
maxim posted on 21-11-2013 01:14 AM
xtau nak komen apa +1

kutip tacang jugak +1 hehe
Quote sueism 21-11-2013 10:40 AM
+1111111111222222211111111
Quote myakayina 21-11-2013 10:45 AM
+1 kutip tacang.. beserta ucapan..goodluck..
Quote poyohabis 21-11-2013 10:47 AM
ala senang je nak dpt..dia org kat ada fans2 yg tersendiri..kejap je dpt kumpul...siap agak2 leh kumpul dana tuk bayar duit muflis amy lagi..ct tak yah ckp per la..duit makin lama makin menimbun...
Quote mitnick 21-11-2013 10:49 AM
jadilah dr takde teros
Quote Budakmomok 21-11-2013 10:58 AM
syok la orang uitm
Quote user2012 21-11-2013 11:13 AM
Bkn Amy dh konfem muflis ke? Lps ni cari dana utk bantu keluarga plk ye.
Quote NAT_11 21-11-2013 11:19 AM
Grengo posted on 21-11-2013 09:24 AM
2j ... peanut je... peminal ct amy ramai.. sure deyol sokong

Macam senang nak dapat dua jota!...................jadik, apasal konsert
Amy Jelajah Di Awan Biru collect utang keliling pinggang.....???????

Quote Grengo 21-11-2013 11:30 AM
NAT_11 posted on 21-11-2013 11:19 AM
Macam senang nak dapat dua jota!...................jadik, apasal konsert
Amy Jelajah Di Awan Biru ...

tak bleh kumpul 2j malulah
fan club ada... peminat seantero asia...

amy jelajah awan tu ... tak tau pon ada konset amy phewiittt
Quote mrsbob 21-11-2013 11:40 AM
hmmm............ banyak tu........
Quote September14 21-11-2013 11:04 PM
Nak tgk lah, nak beli kt mana tiket..?
Quote cmf_blingblings 21-11-2013 11:07 PM
Datok K hello hello, cukup jah 2 juta tu

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.059488 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top