CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Apartment Berhantu Di Kedah

6-12-2013 06:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11670| Komen: 18

Description: Selepas Mendengar Khabar-Khabar Dari Rakan-Rakan Lain, Rupanya Apartment Itu Memang Ada Cerita Yang Tersendiri. Kata Rakan Saya, Kerana Tugas, Mereka Cekalkan Hati, Sampai Dah Lali Dengan Gangguan-Gan ...
Apartment Berhantu di Kedah


Gambar hiasan 


Saya Pauline dari Sarawak. Saya ada satu kisah yang diceritakan oleh rakan saya semasa dia sedang menjalani latihan di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Semasa kejadian itu, rakan saya sedang menjalani latihan di Kedah, saya tak ingat nama kawasan itu. Yang saya ingat yang diberitahu oleh rakan saya, di Kedah.

Kawan saya dan rakan sekerjanya ditempatkan di sebuah apartment di tingkat 3. Kawasan apartment itu sunyi dan bloknya berdepan dengan sebuah blok di mana tingkat atasnya kosong. Entah kenapa ia diwajibkan kosong, hanya di tingkat bawah sahaja ada rekrut2 yang ditempatkan di situ.

Pada satu malam, rakan saya membeli telefon bimbit baru, dan seperti orang yang jakun, mencuba telefon bimbit barunya, petik gambar sana sini. Pada masa yang sama rakan saya berada di beranda apartment memetik gambar blok depan yang kosong. Tiba-tiba masa rakan saya sedang asyik memetik gambar, telefon bimbitnya jatuh (dari tingkat 3), apa lagi kawan saya segera turun ke bawah untuk mengambilnya. Selepas itu, dia memeriksa telefon bimbitnya dan mengambil kad memori yang ada dalam telefon bimbitnya dan memasukkan ke dalam komputer riba untuk lihat semula gambar yang dia petik tadi. Nak tahu gambar apa dia nampak???




Dia nampak CIK KAK CANTIK!!! Dengan rambut dan kukunya yang panjang, rambut menutupi muka. Rakan saya apa lagi, rasa seram lah, terus dia matikan komputer ribanya. Pada mulanya dia tidak menghapuskan gambar itu kerana ingin simpan sebagai kenangan tapi kini buah hatinya sendiri yang hapuskan kerana terlalu gerun melihatnya dan tak mahu terbayang-bayang.

Ingatkan pada malam gambar dipetik tiada ganggua. Sewaktu rakan saya dan rakan sekerjanya hendak tidur, tiba-tiba rakannya terdengar ada hilaian seorang wanita. Jauh bunyi ketawa itu. Rakannya menegur, "Eh kau ada tak dengar perempuan ketawa??? Jauh kan???" Rakan saya pun jawab, "Ada... Ada... Biarlah..."  Sewaktu mereka tidur malam itu, rakan saya rasa dirinya dihempap. Ketika itu rakan saya tidur-tidur ayam. Nak kata tidur lena tak juga.

Keesokan paginya, rakan saya bangun. dan melihat rakan-rakannya yang lain tidur dalam keadaan berbogel. Semasa tidur mereka memakai seluar jenis boxer. Mereka tak sedar langsung semasa dibogelkan. Yang kelakarnya, seluar-seluar boxer mereka dilipat kemas dan tersusun rapi di atas meja.

Selepas mendengar khabar-khabar dari rakan-rakan lain, rupanya apartment itu memang ada cerita yang tersendiri. Kata rakan saya, kerana tugas, mereka cekalkan hati, sampai dah lali dengan gangguan-gangguan itu...

2

Bagus

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kivio 3-12-2013 05:03 PM
kedah kat mana?
Quote leman_idrus 3-12-2013 07:42 PM
kivio posted on 3-12-2013 05:03 PM
kedah kat mana?

ko tanya dia kat mana pun, bukan dia tau. ni seme cerita copy paste!
Quote kivio 4-12-2013 01:29 AM
leman_idrus posted on 3-12-2013 07:42 PM
ko tanya dia kat mana pun, bukan dia tau. ni seme cerita copy paste!

lol..
saja tanya..
mana tau beliau buleh scan dari jauh isi hati penulis sebonar..

Quote LappyHappy 4-12-2013 01:44 AM
Dh baca kat blog mna nth.hehehe.tt ni kot tuan blog tu...
Quote tahilalatmanis 4-12-2013 04:42 AM
ko banyak bukak benang... satukan saja semua cerita2 ko dlm satu benang la... pening aku....
Quote BellExOra 9-12-2013 03:00 PM
hahaha seram n lawak so x taw nk gelak ke takot huhuhu
Quote buluhbetung 9-12-2013 03:48 PM
kelakr kena bogel..tapi siannn..huhu
Quote jefrilza 9-12-2013 05:49 PM
kivio posted on 3-12-2013 05:03 PM
kedah kat mana?

yang aku tau kat kedah ni tak banyak kondo or apartment... leh kira ngan jari...

yang aku tau kondo 900 kat taman tasek golf tu... agaknya yang ni apartment utk TUDM or can be specified as kuarters TUDM... mmg macam apartment pun...

dah tu TUDM lak tu.. kat kepala batas kedah je kot ada... pastu kat penang lak satu lagi...
Last edited by jefrilza on 9-12-2013 05:50 PM

Quote leman_idrus 9-12-2013 06:26 PM
tahilalatmanis posted on 4-12-2013 04:42 AM
ko banyak bukak benang... satukan saja semua cerita2 ko dlm satu benang la... pening aku....

elok suruh dia bukak thread "kisah seram copy paste saya"
Quote jojo67 9-12-2013 09:22 PM
jefrilza posted on 9-12-2013 05:49 PM
yang aku tau kat kedah ni tak banyak kondo or apartment... leh kira ngan jari...

yang aku tau k ...

...kat kedah memang susah nk cari umah bertingkat....tu yg akak nk baca thread ni...rupanya....
Quote kivio 10-12-2013 08:02 PM
jefrilza posted on 9-12-2013 05:49 PM
yang aku tau kat kedah ni tak banyak kondo or apartment... leh kira ngan jari...

yang aku tau k ...

aah tau kondo 900 tu dekat taman tunku sarina..
quarters tudm tu dkt area kepala batas (kedah) ...
dua2 pun xpenah denga ape2 ke'angker'an...
tiba2 orang luor pulak tau lebih...??
Quote jefrilza 10-12-2013 10:19 PM
kivio posted on 10-12-2013 08:02 PM
aah tau kondo 900 tu dekat taman tunku sarina..
quarters tudm tu dkt area kepala batas (kedah) .. ...

itulah pasal... kondo 900 tu ok je... husband aku keje kt cafe bwk tu tkde lak dengar apa2... maybe apartment kuarters tudm kepala batas tu kot... kalau polis ada kursus pun diorang bg duduk kt kompleks latihan... tak pernah bg dok luar ..
lagipun aku besa kawan ngan budak tudm... waktu tu aku belajar kt polimas... dia dok tudm kuantan... dia nk mai jumpa aku... dia lepak kt kuarters tudm kepala batas tu la
Quote jefrilza 10-12-2013 10:34 PM
~double post~ Last edited by jefrilza on 10-12-2013 10:39 PM

Quote lulubell 31-12-2013 03:02 PM
adoyai..entah2 dah kena raba hantu tu.. ke hantu tu tengah gatal cari laki..tu jg gangu tu...
Quote palmolive 31-12-2013 03:07 PM
ntah2 owner apartment...jenis ada penyakit xleh tido malam, menyamar jadi antu
Quote surfinv 31-12-2013 09:17 PM
leman_idrus posted on 9-12-2013 06:26 PM
elok suruh dia bukak thread "kisah seram copy paste saya"

i very likes this staement

Quote scorpionkiki 31-12-2013 11:24 PM
kivio posted on 10-12-2013 08:02 PM
aah tau kondo 900 tu dekat taman tunku sarina..
quarters tudm tu dkt area kepala batas (kedah) .. ...

Kondo 900 tu di kawasan Darulaman Heights  2 minutes dari highway Plus... yg apartment TUDM tu di Taman Tunku Sarina...dalam 10 minit dari highway plus.


Aku dok di Darulaman Heights.... tak pernah pun dengar cerita seram di area ni...

Quote kivio 1-1-2014 02:21 AM
scorpionkiki posted on 31-12-2013 11:24 PM
Kondo 900 tu di kawasan Darulaman Heights  2 minutes dari highway Plus... yg apartment TUDM tu di  ...

hm..... suh mod lock jelah.. -_____-

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.074139 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top