CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Penanaman Padi Secara Tradisional di Kedah

7-1-2014 11:58 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 27867| Komen: 10

Description: Sistem Penanaman Padi Cara Tradisional Di Kedah Sistem Penanaman Padi Sistem penanaman padi cara tradisional di Negeri Kedah dapat di kelaskan kepada dua musim iaitu: Musim Bersawah Musim Men ...
Sistem Penanaman Padi Cara Tradisional Di Kedah

Sistem Penanaman Padi
Sistem penanaman padi cara tradisional di Negeri Kedah dapat di kelaskan kepada dua musim iaitu:

Musim Bersawah
Musim Menuai
Musim Bersawah

Masyarakat petani tradisional mula turun ke sawah apabila tibanya musim hujan. Ketika ini mereka akan sibuk menyiapkan segala kelengkapan yang berkaitan dengan persawahan dan juga memastikan petak-petak sawah mereka di takungi air hujan secukupnya.

Dalam mengerjakan sawah, peralatan persawahan tradisional seperti tenggala, penyisir (sisir), cangkul, tajak, tenggiling dan lain-lain digunakan.


Alat teknologi persawahan tradisional yang digunakan untuk membersihkan rumput pada batas-batas petak sawah dan juga di tapak semaian.


Alat teknologi persawahan tradisional yang digunakan untuk menarik kapar di dalam petak sawah ke tepi dan juga untuk menarik badai batang pasang semasa penyediaan tapak semaian.


Alat teknologi persawahan tradisional yang digunakan selepas kerja-kerja menggala (bajak) sawah bertujuan untuk menghalus, merata dan memecah ketulan-ketulan tanah serta membersihkannya dari rumput rampai.


Alat teknologi persawahan tradisional yang digunakan untuk menggala (bajak) sawah dengan ditarik oleh seekor kerbau.

1. Penyediaan Tapak (Petak) Semaian
Setelah siap segala peralatan yang diperlukan, para petani akan turun beramai-ramai ke sawah masing-masing untuk memulakan kerja-kerja seperti menggala (membajak) dan membersih petak-petak sawah untuk dijadikan tapak semaian. Tapak semaian merupakan tempat menyemai benih-benih padi untuk dijadikan semai (anak padi sebelum dipindah/ditanam di dalam petak-petak sawah yang disediakan).

Penyediaan tapak sawah memerlukan penelitian yang rapi. Tanahnya mestilah betul-betul lembut dan bersih daripada sebarang jenis tumbuhan air di dalamnya. Bagi merata dan melincinkan permukaaan tanahnya, sejenis alat yang di namakan "Pembadai" digunakan. Pembadai ini kebiasaannya ialah sebatang pokok pisang yang dipotong mengikut keperluan dan dibuang kulitnya dan kemudian ditarik dengan penyisir kecil (sisir kapar). Keadaan tanah yang lembut akan memudahkan kerja-kerja mencabut semai.



Keri, Tajak dan Sisir Kapar
Keri dan Tajak digunakan untuk menajak tanah supaya batas sawah menjadi rata. Manakala sisir kapar digunakan untuk mencakar tanah supaya menjadi lebih rata.



Tenggala
Untuk membajak sawah
Diperbuat daripada kayu halban jenis keras. Alat ini terbahagi kepada dua iaitu Tenggala Perlis dan Tenggala Cina. Tenggala-tenggala ini ditarik oleh seekor kerbau dan ada yang ditarik oleh dua ekor kerbau atau lembu.


2. Penyediaan Benih Padi
Benih padi yang terpilih akan diisi ke dalam guni (karung), kemudian direndam ke dalam air selama 3 hari 3 malam. Selepas direndam, benih padi tersebut diangkat dan disejat ke dalam bakul yang jarang disebut sebagai "bakul lau", kemudian ditutup dengan guni dan dibiarkan selama 3 hari 3 malam untuk proses percambahan mata tunas dan akar. Setelah benih tersebut bercambah, ianya terus ditaburkan ke dalam petak-petak semaian yang disediakan dan dibiarkan tumbuh menjadi semai (anak padi) selama jangka masanya 30 hingga 44 hari untuk tempoh cukup matangnya. Kebiasaannya 44 hari.



Penyediaan Petak Semaian (Bekas Semai)
Kerja-kerja penyediaan petak semaian (bekas semai) sedang dijalankan.Petak semai merupakan tempat pembiakan benih padi untuk dijadikan semai (anak padi) sebelum dipindahkan ke petak sawah yang disediakan.



Sabit
Untuk memotong rumput-rumput yang tumbuh di atas batas sawah. Sabit ini diperbuat daripada besi.



Penimba Air
Diperbuat daripada tong minyak dan berhulukan kayu panjang serta berkaki tiga. Ia akan digunakan untuk menimba air masuk ke dalam petak semaian.



Bakul Mengkuang
Digunakan untuk membawa biji benih padi ke tapak semaian semasa hendak menabur.
Ia diperbuat daripada mengkuang yang dianyam rapi. Bagi peladang-peladang, bekas-bekas lain seperti tin tidak boleh digunakan untuk mengisi benih oleh kerana dipercayai boleh menghilangkan semangat padi.

3. Mengerjakan Sawah
Sementara menantikan anak padi (semai) cukup tempoh matang, petani-petani akan terus menjalankan kerja-kerja membajak dan membersihkan petak-petak sawah. Kerja-kerja yang seringkali dilakukan oleh mereka ialah:




Menggala (Membajak Sawah)
Kerja-kerja mengggala (bajak) sawah sedang dilakukan oleh seorang petani dengan menggunakan tenggala yang ditarik oleh seekor kerbau.




Kerbau
Boleh dianggap sebagai jentera dalam proses membajak sawah. Ia akan bertindak sebagai penarik tenggala.



Sisir Besi
Peranan dan fungsinya seperti sisir kayu iaitu untuk menghalus, merata dan memecah ketulan-ketulan tanah serta membersihkannya daripada rumput rampai.




Sisir Kapar

Untuk menarik kapar di dalam petak sawah. Kebiasaannya, peralatan ini digunakan untuk menarik kapar di tempat-tempat yang tidak boleh dimasuki oleh kerbau. Tempat-tempat tersebut ialah kawasan dalam dan penjuru petak sawah. Sisir kapar lebih kecil daripada sisir besar. Selain membuang kapar ia juga dapat meratakan tanah sawah.


1.  Menggala (Membajak) Sawah

Peralatan persawahan tradisional yang digunakan ialah tenggala. Biasanya tenggala ini   dibuat daripada kayu-kayu terpilih yang senang dibentuk iaitu lazimnya kayu halban. Dalam menjalankan kerja-kerja ini selalunya tenaga kerbau digunakan tetapi ada ketikanya tenaga lembu digunakan. Biasanya kerja-kerja yang dijalankan dengan kuasa lembu memerlukan 2 ekor lembu kerana tenaga lembu tidak sekuat tenaga kerbau. Fungsi alat tenggala ini ialah untuk membalik-balikkan tanah sawah.

2.  Menyisir (Sisir)

Setelah selesai kerja-kerja menggala (membajak), ketulan-ketulan tanah semasa menggala akan dibiarkan selama beberapa hari berendam air, bertujuan untuk melembutkannya. Untuk menghalus, merata dan memecahkan ketulan-ketulan tanah serta membersihkannya daripada rumput rampai, sejenis alat persawahan tradisional yang disebut sebagai penyisir atau sisir digunakan. Ada tiga jenis penyisir iaitu:

Penyisir Kayu
Penyisir ini dibuat daripada kayu cengal, halban atau kayu beruas dan mata atau giginya dibuat daripada batang pokok pinang atau pokok nibong yang diraut halus.
Penyisir Besi
Penyisir ini berbentuk serupa dengan penyisir kayu. Ianya diperbuat daripada besi semuanya kecuali pemegangnya sahaja dibuat daripada kayu.
Penyisir Kapar / Sisir Kapar
Penyisir ini berbentuk T. Ianya dibuat daripada kayu dan matanya daripada batang nibong atau pinang.

4

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote berun 6-1-2014 05:00 PM
Menggiling Tanah
C. Menggiling Tanah

Kaedah ini merupakan peringkat terakhir dalam penyediaan petak-petak sawah. Alat yang digunakan ialah tenggiling. Ianya diperbuat daripada batang kayu yang dipotong mengikut keperluan dan berbentuk seperti belimbing segi. Tenggiling ini terbahagi kepada dua jenis iaitu "Tenggiling Belangkas" dan "Tenggiling Belimbing". Cara penggunaannya sama seperti kerja-kerja menggala (membajak) dan menyisir kerana kerbau digunakan untuk menariknya. Kegunaannya ialah untuk meratakan tanah sawah dan melembutkannya bagi memudahkan kerja-kerja penanaman padi dijalankan.

Setelah selesai semua kerja-kerja seperti menggala (membajak), menyisir (sisir) dan menggiling, air akan ditakung semula dalam petak-petak sawah untuk proses penanaman padi.


Tenggiling
Untuk memecahkan tanah yang berketul dan meratakan tanah selepas disisir. Proses meratakan tanah belum begitu baik tanpa menggunakan tenggiling.

Quote berun 6-1-2014 05:00 PM

Diperbuat daripada kayu yang berbentuk seperti belimbing segi. Panjangnya antara 5 hingga 7 kaki dan bergaris pusatnya 6 inci. Kerbau diperlukan untuk menjalankan Tenggiling.
Quote berun 6-1-2014 05:03 PM
4. Memindahkan Anak Padi (Semai) Dari Tapak Semaian
Anak padi (semai) yang sudah cukup umur (tempoh) akan dicabut dan dijadikan "Cap" atau "unti" (ketul). Biasanya kerja-kerja ini dilakukan oleh kaum wanita secara berderau (gotong-royong). Semai-semai yang telah siap dijadikan ketul akan dipindah (angkut) ke petak-petak sawah oleh kaum lelaki dengan menggunakan pengandar/salang yang diperbuat daripada buluh atau ditarik menggunakan palung (sampan kecil). Ketul-ketul semai akan diatur di petak-petak sawah bagi memudahkan kerja-kerja menanam padi dijalankan.



Mencabut Semai
Kerja-kerja mencabut semai sedang dilakukan oleh kaum wanita



Semai-semai
Semai-semai yang telah diketulkan di himpun, kemudian diangkat ke petak-petak sawah yang disediakan untuk proses menanam padi



Pengandar semaiAlat teknologi persawahan tradisional ini digunakan untuk mengangkut/memindahkan ketul-ketul semai dari petak semaian ke petak-petak sawah untuk ditanam. Alat ini juga dikenali sebagai pengandar rumput



Pengandar Semai
Pengandar akan digunakan untuk mengangkut semai dari tapak semaian ke sawah. Selalunya ia diperbuat daripada batang kayu yang keras.


Quote berun 6-1-2014 05:03 PM
5. Menanam Padi
Kerja-kerja ini dijalankan oleh kaum wanita secara berderau (gotong royong). Dalam proses ini anak padi (semai) yang cukup tempoh matang akan dipindahkan ke dalam petak-petak sawah yang disediakan. Cara penanamannya dijalankan dengan empat atau lima jalur yang dipanggil "tekap". Kerja-kerja menanam padi ini dijalankan dengan menggunakan tangan atau "Kuku" Kambing iaitu sejenis alat yang pemegangnya diperbuat daripada kayu. Manakala hujungnya daripada besi yang dicabangkan sedikit untuk memudahkan semai diletak sebelum ditanam ke tanah.
Quote berun 6-1-2014 05:06 PM

Menanam padi
Kerja-kerja menanam padi dengan menggunakan tangan sedang dijalankan



Menanam Padi
Menanam padi cara lama dilakukan oleh kaum wanita dengan menggunakan alat Kuku Kambing



Kuku Kambing
Ia digunakan untuk menanam padi. Diperbuat daripada besi dan berhulukan kayu. Sementara di bahagian hujung besi terdapat cabang seperti kuku kambing.



Terendak
Digunakan sebagai tudung kepala sewaktu bekerja di sawah untuk berlindung daripada cahaya matahari
Diperbuat daripada buluh yang disulam begitu menarik sekali. Biasanya dipakai oleh wanita.


Quote the_killer 7-1-2014 10:26 AM
cer cerita asal usul padi...

ada yang mengatakan ia dtg dari semenanjung
Quote boyagombak 8-1-2014 01:18 PM
the_killer posted on 7-1-2014 10:26 AM
cer cerita asal usul padi...

ada yang mengatakan ia dtg dari semenanjung

Dari mana asalnya padi
dari Bukit Seguntang Dibawa Wan Empuk Wan Malini
Ada Padi Kerja jadi
Ada Beras Semua Kerja Deghas
Moh Deghas Tanam Padi

Sasauriawawan Nugara Prof Buyaya al Gumbaki

Quote ogata 8-1-2014 05:29 PM
the_killer posted on 7-1-2014 10:26 AM
cer cerita asal usul padi...

ada yang mengatakan ia dtg dari semenanjung

macam mana pula dgn beras bario???
Quote Marapetaka999 9-1-2014 10:18 PM
tengak blk gmbr ni, teringat kt tok aku dulu2...
mst susah tp xpenah mengeluh.... huhu
Quote Dzulqarnain 11-1-2014 06:02 PM
Padi ni kalo x cerita pasal pengairan, x sah.
ada dua jenis:
1- parit/tali air drpd sungai
2- tidal flood plain/petak limpah drpd air pasang sungai

Yg pertama tu dikira moden sket
dan yg kedua tu lbh tradisional...

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.050921 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top