CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Antara Kuih-Muih Tradisional Kedah

9-1-2014 05:48 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 42739| Komen: 28

Description: Kuih-Muih Yang Manis Menggunakan Gula, Manisan Daripada Nipah, Kelapa, Tebu Ataupun Madu, Manakala Yang Pedas Pula Menggunakan Rempah-Rempah. Kuih Yang Berbau Wangi Banyak Menggunakan Daun Pandan Atau ...
Pengenalan
Kuih-muih Melayu mempunyai ciri-ciri tersendiri, begitu pelbagai dari segi rupa, bentuk, rasa, warna dan juga baunya.

Kuih-muih yang manis menggunakan gula, manisan daripada nipah, kelapa, tebu ataupun madu, manakala yang pedas pula menggunakan rempah-rempah. Kuih yang berbau wangi banyak menggunakan daun pandan atau air mawar. Daun pandan juga dapat memberi warna hijau yang diperlukan.

Di kalangan masyarakat Kedah, kuih-muih dan cucur mempunyai tempat yang istimewa dalam budaya makanan. Daripada kuih-muih dan cucur utara ini dapat dilihat keperibadian masyarakat yang umumnya mengutamakan segala yang seni dan halus. Di samping itu, ketelitian, kesusahan dan kesungguhan diutamakan.

Pada masa kini, kuih-muih tradisional ini terdapat dengan banyaknya di Pekan Rabu, Alor Setar.


Baulu (Bualu)
Bahan-bahan:

1 mangkuk telur ayam
1 mangkuk gula
Tepung gandum (digoreng)
Minyak secukupnya

Cara membuatnya:

Telur dipukul dengan gula hingga naik. Adunan ini dicampur dengan tepung. Acuan disapu dengan minyak. Kemudian dipanaskan menggunakan bara api di atas dan di bawah seperti yang dilihat dalam gambar.
Adunan dituang ke dalam acuan dan tutup.
Bakar atas api yang sederhana.
Untuk melekangkan baulu, terbalikkan acuan dan ketuk belakangnya.














Kuih Kapal Terbang

Bahan-bahan:

1 kati tepung gandum
1 biji telur
Air garam
Gula
Campuran minyak dan tepung (sedikit sahaja)

Cara membuatnya:

Tepung gandum, telur dan air garam dimesin sehingga sebati.
Adunan tadi dicanai hingga nipis.
Sapu campuran minyak dan tepung di atas adunan sebelum digulung. Kemudian adunan digulung dan dipotong serta dinipiskan sebelum digoreng.
Goreng di dalam minyak yang sederhana panas.
Apabila kuih telah kekuningan, angkat dan toskan sebelum disira dengan gula.
Nama-nama lain untuk kuih Kapal Terbang:

Kuih lapis
Lidah kucing (Perak)
Kereta angin (Perlis)
Lidah buaya (Negeri Sembilan)


















1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shogun77 6-1-2014 05:05 PM
kuih karaih plak..
Quote khailya 6-1-2014 05:07 PM
dlu2 selalu tolong mak & arwah tok aku buat baulu.. hehe la ni kalau nak makan beli je ha..
Quote berun 6-1-2014 05:07 PM
shogun77 posted on 6-1-2014 05:05 PM
kuih karaih plak..

ar ?? knapa?
Quote shogun77 6-1-2014 05:14 PM
berun posted on 6-1-2014 05:07 PM
ar ?? knapa?

resipi kuih karas plak en berun
Quote berun 6-1-2014 05:17 PM
khailya posted on 6-1-2014 05:07 PM
dlu2 selalu tolong mak & arwah tok aku buat baulu.. hehe la ni kalau nak makan beli je ha..

orang kedah?
Quote berun 6-1-2014 05:21 PM
shogun77 posted on 6-1-2014 05:14 PM
resipi kuih karas plak en berun

ada nanti sat...
Quote khailya 6-1-2014 05:22 PM
berun posted on 6-1-2014 05:17 PM
orang kedah?

yezza.. semestinya org kedah..


Quote Weller 6-1-2014 08:41 PM
oh kuih kapal terbang......
Quote tripple_M 6-1-2014 08:48 PM
kuih gedung cak mana??
ekekekeke
Quote greantea 7-1-2014 01:14 AM
dulu dok kedah jrg beli, skrg dah pindah teringin pulak
Quote ais_kosong 7-1-2014 02:29 PM
suka kuih2 nih..
sedap
Quote biggirlduncry 7-1-2014 03:54 PM
cheq tak tau pun kueh2 ni mai dari kedah..
cheq pulun makan saja
Quote Xizhuren 7-1-2014 04:36 PM
lawa baulu ikan dia...tpi kaler x sama...ada yg hangit sikit...

kuih kapai terbang tu kna kat org yg pndai buat...mmg sedap woo...
Quote akik 8-1-2014 11:37 PM
kuih baulu dengan kuih kapal terbang memang asal kedah ke?
Quote ra5101 9-1-2014 08:41 AM
Aku sampai skrg pelik... kenapa dinamakan kuih kapal terbang.
Quote najib888 9-1-2014 09:32 AM
Coq meneqam? Yg ni kuih muih tradisional kedah ka?
Quote lucky_peace 9-1-2014 11:46 AM
rasenye kuih nieyh orang perak pon boleh buat.... makcik2 ai tau je buat bahulu, kiuh karas, kuih kapal terbang sume...
Quote AzzaAzman 11-1-2014 12:36 AM
kuih kapal terbang ni kami panggil kuih lidah kucing...
Quote hana930505 12-1-2014 01:52 AM
wah...sedapnya..macam sedap je bahulu tu...mesti sedap time panas2...

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.117953 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top