CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Kapal Solar Milik Firaun Ditemui

9-1-2014 05:48 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17138| Komen: 29

Description: Canggihnya Masa Dahulu Sperti Yang Pernah Diperkatakan Bahawa Masa Dahulu Adalah Jauh Lebih Maju Dari Zaman Sekarang. Seperti Post Sebelum Ini Tao Mendedahkan Pasal Rahsia Pembinaan Piramid Tertulis D ...
KAPAL SOLAR MILIK FIRAUN DITEMUI

canggihnya masa dahulu sperti yang pernah diperkatakan bahawa masa dahulu adalah jauh lebih maju dari zaman sekarang. Seperti post sebelum ini tao mendedahkan pasal Rahsia Pembinaan Piramid tertulis dalam Al-Quran .Kali ini para arkeologi Mesir dan Jepun menemui kapal solar Firaun Khufu.




KAHERAH - Satu pasukan ahli arkeologi Mesir dan Jepun menemui kapal solar Firaun Khufu baru-baru ini yang terletak berhampiran piramid agung Giza.



Projek pemuliharaan yang dilakukan ialah untuk mengangkat 41 blok batu dengan purata berat 16 tan setiap satu dan memindahkan kapal ditanam 4,500 tahun lalu di dalam lubang bawah tanah.

Projek itu menjadi tumpuan penyelidikan Kementerian Dalam Negeri Bagi Antikuiti, delegasi dari Universiti Waseda, Jepun dan Institut Kapal Solar Jepun. Mereka sudah memulakan kerja kajian sejak 2007.



Menteri Negeri Bagi Antikuiti Mesir, Zahi Hawass hadir pada upacara pemindahan itu dan memberitahu wartawan, kerja pemuliharaan ‘kapal solar paling tua di dunia’ akan mengambil masa kira-kira empat tahun sebelum ia boleh dipamerkan kepada pelawat.



Raja Khufu antara Firaun terkenal dalam dinasti keempat dan pemerintah yang membina Piramid Khufu. Orang Mesir purba percaya kapal itu dibina untuk membawa beliau kepada kehidupan abadi.

Pemindahan blok batu yang membawa kepada penemuan kapal Firaun Khufu dibuat di dalam sebuah bangsal besar yang dibina untuk melindungi kapal itu. Blok batu pertama diangkat Rabu lalu sebagai ujian sebelum tempatnya digantikan dengan blok kayu.

Kapal solar kedua Firaun Khufu dikesan pada 1987 di dalam sebuah lubang besar, di sebelah barat kapal solar pertama. Kedua-dua kapal itu terletak di bahagian selatan Piramid Khufu di Giza.



Kapal solar pertama ditemui pada 1954 dan mula dipamerkan pada 1982, berhampiran piramid selepas kerja baik pulih yang mengambil masa 13 tahun.

Selepas kerja baik pulih selesai, kapal kedua akan ditempatkan berhampiran pagar piramid, manakala kapal pertama akan dipindahkan di Muzium Besar Mesir yang sedang dalam pembinaan. Kedua-dua kapal dibuat daripada kayu cedar Lubnan dan kayu akasia Mesir.Hawass berkata, keadaan kapal terbaru ini lebih baik daripada yang dijangka.

“Pada mulanya saya berasa bimbang melihat kayu kapal itu. Bagaimanapun, saya yakin kita dapat melihat sebuah lagi kapal Firaun dalam tempoh empat tahun, apabila ia dibaik pulih,” katanya


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote unekspekted_XII 8-1-2014 02:48 PM
canggihnya masa dahulu sperti yang pernah diperkatakan bahawa masa dahulu adalah jauh lebih maju dari zaman sekarang
WTF???
Nampak perkartaan 'solar' je terus assumpt 'maju'

Ko kene bace betul2 document asal...





Quote blackred99 8-1-2014 03:17 PM
unekspekted_XII posted on 8-1-2014 02:48 PM
WTF???
Nampak perkartaan 'solar' je terus assumpt 'maju'

ada info baru tak bro?
Quote najib888 8-1-2014 04:49 PM
Solar firaun ni takat utk panaskan air mandi je kot?
Quote winamp05 8-1-2014 10:15 PM
hahaha..... tak tahu nak kata apa lah korang ni. asal nampak perkataan yg modern sikit dah kelim canggih.
Quote alphawolf 9-1-2014 10:18 AM
Canggih tu mmg canggih tapi ikut standard masa tu la....bukannya kapal tu dok pakai tenaga solar.

Dalam kes ni pulak solar ship bawak maksud yang amat berbeza. 'Fungsi' kapal ni ialah bagi membawa roh Firaun bersama2 dewa Matahari (Ra) menyeberangi angkasa.....
Last edited by alphawolf on 9-1-2014 10:22 AM

Quote kingkamil 9-1-2014 02:47 PM
sah ke x sah fakta ni?
Quote Yustan 10-1-2014 11:20 AM
adekah kapal2 yg pernah dijumpai sblm ni berkuasa solar...so, diorang assume yg baru jumpa ni pun berkuasa solar gak.....kalopun kuasa solar, kita tak bole nk kata yg diorang lg moden dr kita, sbb zaman skrg dh ade kapal2 yg guna nuklear pun.....cuma persepsi kita ialah org2 tamadun terdahulu tdklah seprimitif yg disangka......refer pd buku Ancient Inventions oleh Peter James & Nick Thorpe......

by the way...zahi hawass tu mmg indiana jones era moden....tp kecoh sgt....serabut gak aku tgk....cuma at least die ada tulur la....brani maki researcher omputih kaw2.....
Quote putput 15-1-2014 10:29 AM
akialogy jepun? adakah?
Quote myridz 15-1-2014 12:10 PM
hehee yer ke kapal solar? huhuhu tengok mcm batu blok nak buat umah jer ehheheee
Quote robotech 15-1-2014 03:05 PM
Huk alohhh, tang mana panel solarnya? Dengar solar ship terus assume kapal tu bergerak guna kuasa solar ke? Aparaaaa
Quote nanacinta 16-1-2014 12:24 AM
saya ada baca teknologi mesir purba ni memang canggih.....
Quote alphawolf 16-1-2014 08:46 AM
Heheh tengok apa aku dapat dari wiki pasal 'solar ship' mesir purba ni..tu kat post #6 tu
Quote jaa139 16-1-2014 01:06 PM
solar yang diperkatakan bukan lah sama erti dengan solar yang diguna sekarang..sebab zaman firaun dulu banyak yang percaya kepada tuhan matahari..mungkin sebab tu disebut solar..tapi walaubagaimanapun, zaman firaun dulu memang mempunyai teknologi yang canggih dan kejuruteraan yang bijak terutama dalam bidang pembinaan..tapi, tidaklah sama dengan teknologi kita pada zaman sekarang..so, kalu tengok kapal pun macam bongkah, tak hairanlah
Quote alphawolf 16-1-2014 03:02 PM
Errr kapal tu bawah bongkah2 batu tu....Gambar tunjukkan bongkah2 batu sedang diangkat bagi mendedahkan kapal, sebelum kapal boleh diangkat keluar.....
Quote apam 18-1-2014 09:45 PM
Yustan posted on 10-1-2014 11:20 AM
adekah kapal2 yg pernah dijumpai sblm ni berkuasa solar...so, diorang assume yg baru jumpa ni pun be ...

tak semestinya tekonologi nuke maknanya lebih canggih.
Quote bangcak 20-1-2014 03:49 PM
alphawolf posted on 9-1-2014 10:18 AM
Canggih tu mmg canggih tapi ikut standard masa tu la....bukannya kapal tu dok pakai tenaga solar.

...

oww... kira kapal utk tujuan pemujaan gitu la ye. bukan buat belayar.

Quote alphawolf 21-1-2014 07:48 AM
Gitu le...sebab tu kena tanam bersama2 firaun
Quote orgkpg 22-1-2014 11:22 AM
Canggih untuk zaman tersebut la.. jangan la dibandingkan dengan canggih/ moden/maju zaman sekarang...
Quote maltase 2-2-2014 03:45 PM
ade x gbr kapal nye?

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.058959 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top