CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Pencetus Ummah Cipta Fenomena!

16-1-2014 12:04 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4873| Komen: 5

Description: Ini Dibuktikan Dengan Jumlah Pengikut Di Akaun Rasmi Pencetus Ummah, Di Laman Facebook Yang Semakin Meningkat Sehingga Mencecah Hampir 40,000 Pengikut Dalam Jangka Masa Yang Singkat.


WALAUPUN baru sahaja diperkenalkan pada penghujung tahun lalu, namun rancangan realiti berbentuk Islamik, Mimbar Pencetus Ummah (PU), berjaya mencipta fenomena tersendiri.

Ini dibuktikan dengan jumlah pengikut di akaun rasmi Pencetus Ummah, di laman Facebook yang semakin meningkat sehingga mencecah hampir 40,000 pengikut dalam jangka masa yang singkat.

Tidak kurang juga di kalangan masyarakat yang menjadikan program ini sebagai rancangan pilihan di kaca televisyen pada setiap malam Khamis.

Malah, rata-rata maklum balas yang diterima sangat menakjubkan dan ternyata pendekatan yang digunakan Astro Oasis menerusi PU berjaya mendekati masyarakat dalam usaha dakwah.

Meskipun sebelum ini, Astro Oasis pernah tampil memperkenalkan beberapa program dakwah lain termasuk Imam Muda dan Ustazah Pilihan, namun program ini nyata tidak dibayangi program sebelum ini.

Tampil berkongsi kejayaan PU dan perancangan untuk masa hadapan, Zass menyusun temubual khas bersama Pengurus Saluran Astro Oasis, Namanzee Harris.


Apa pandangan anda mengenai program ini?

Alhamdulillah, usaha kami dalam membawa satu lagi program dakwah menerusi Astro Oasis, berjaya mencapai matlamatnya. Secara jujur, pada awalnya kami sangat gusar kerana ia merupakan program yang berskala tinggi.

Tambahan pula, ia adalah percaturan pertama dalam konsep dakwah, di mana program sebegini belum pernah dilakukan mana-mana stesen televisyen lain. Namun, setelah melihat maklum balas yang diterima dari minggu ke minggu, ia menunjukkan peningkatan demi peningkatan.

Malah, tidak terlalu jauh jika saya katakan, PU berjaya membawa fenomena tersendiri di alaf ini. Bukan sahaja di kalangan masyarakat dan ilmuwan, malah golongan selebriti juga turut sama-sama memberi sokongan. Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada mereka.

Adakah program ini bertujuan untuk menarik minat golongan muda?
Pada dasarnya, kami cuba memberi kelainan dan keunikan dari segi program. Namun, pada masa yang sama, kami juga menekankan generasi muda sebagai golongan sasaran menerusi beberapa perkara termasuk aspek penataan cahaya, visual, audio dan juga persembahan daripada artis-artis jemputan di setiap minggu.

Malah, kami juga turut mewujudkan akaun rasmi Pencetus Ummah di laman sosial sebagai satu pendekatan kerana hampir kebanyakan golongan muda menggunakan medium ini untuk melontarkan sebarang idea dan pandangan. Malah, pada hemat saya, sokongan remaja di laman sosial sangat memberangsangkan di mana mereka juga turut mengikuti program ini.


Adakah kesemua maklum balas yang diterima di akaun rasmi Pencetus Ummah ini menunjukkan reaksi positif?
Alhamdulillah, hampir kesemua maklum balas yang diterima adalah merangkumi pandangan dan reaksi berbentuk positif serta membina.

Namun, kita juga tidak terlepas pandang mengenai teguran dan kritikan mereka mengenai beberapa perkara. Seperti yang telah saya terangkan sebelum ini, rancangan ini masih baru dan beberapa perkara perlu diperhalusi lagi.

Kami di Astro Oasis turut mengumpul kesemua teguran dan pandangan orang ramai untuk memperbaiki lagi pelaksanaan yang akan datang.


Di akaun rasmi berkenaan, ramai yang tidak bersetuju mengenai kritikan juri profesional, Datuk Aznil Nawawi terhadap finalis terutamanya PU Shahul. Apa pandangan anda?
Sebenarnya, teguran dan pandangan Datuk Aznil (Pak Nil) memang wajar kerana ia melibatkan soal tona suara, persembahan dan pengucapan awam. Astro Oasis memilih Pak Nil sebagai juri profesional bersama Abby Fana adalah mewakili suara orang ramai tanpa menyentuh mana-mana dalil agama.

Jadi, saya tidak rasa ia adalah satu kesalahan kerana Pak Nil adalah orang yang berpengalaman dalam bidang pengucapan awam.

Mungkin ada di kalangan penonton dan masyarakat yang kurang memahami konsep ini, di mana kami memilih dua juri profesional dalam bidang agama, iaitu Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Datuk Hassan Mahmud, manakala dua juri lagi dari luar bidang iaitu merangkumi persembahan peserta.


Bagaimana pula dengan hala tuju pemenang? Adakah ianya hanya pertandingan yang menawarkan wang tunai dan trofi sahaja?
Kami sedia maklum dengan permasalahan itu, di mana kebanyakan program pertandingan sebegini jarang sekali disertakan dengan platform untuk juara.

Namun, di pentas PU, kami akan mewujudkan sebuah program untuk mereka sebagai medium untuk terus berdakwah. Selain itu, kami juga akan selitkan mereka dalam program-program pilihan di saluran Oasis seperti rancangan soal jawab, tazkirah dan Indahnya Iman.


Adakah PU akan diteruskan untuk musim yang seterusnya?
Insya-ALLAH, melihat kepada maklum balas yang diterima, ramai yang mencadangkan agar PU diteruskan untuk musim yang akan datang.

Walaupun program ini melibatkan ahli pendakwah yang berprofil tinggi, ianya berjaya mendekati golongan masyarakat. Malah, percaturan kami membuahkan hasil.

Astro Oasis sememangnya bercadang untuk melanjutkan program ini pada musim yang akan datang.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hayrin86 15-1-2014 08:55 AM
Takyah disiar secara PERCUMA pun tak apa. Orang kebanyakan mana mampu tgk rancangan camnih.
Quote chubby_bb 21-1-2014 08:47 AM
moga terus memberi impak positif pd anak2 muda zaman skrg..
Quote budak_gemuk91 18-2-2014 12:55 PM
moga terus bdakwah utk ank2 muda skrg

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.056450 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top