CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Anak Menangis Didie Alias Mengandung

23-1-2014 11:30 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 27548| Komen: 117

Description: Pelakon Itu Turut Dicalonkan Menerusi Kategori Artis Komedi Wanita Popular Pada Acara Yang Bakal Berlangsung Pada 6 April Depan Di Arena Of Stars, Genting Highlands, Pahang.
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Didie Alias mendedahkan anak lelakinya, Muhammad Daniel, 19, menangis apabila mendapat tahu dia sedang mengandung tiga bulan.

Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohammed Ali, 41, berkata, anaknya itu terlalu gembira kerana tidak menyangka akan mendapat seorang lagi adik.

"Saya pada mulanya tidak memberitahu dia tentang keadaan saya tetapi apabila dia pulang bercuti dari universiti, saya tutup matanya dan meletakkan tangannya di perut saya.




"Apabila mendapat tahu saya mengandung dia menangis kerana terlalu gembira kerana bakal mendapat adik," katanya kepada mStar Online.

Didie ditemui pada majlis pengumuman 'Top 5' Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) di Hotel Royale Chulan di sini, Rabu.

Pelakon itu turut dicalonkan menerusi kategori Artis Komedi Wanita Popular pada acara yang bakal berlangsung pada 6 April depan di Arena of Stars, Genting Highlands, Pahang.

Dalam perkembangan sama, Didie berkata, Daniel berharap dia akan mendapat anak lelaki sebagai temannya pada masa hadapan.

Jelas Didie, dia tidak kisah tentang jantina anak tetapi mengharapkan kandungannya selamat tanpa sebarang masalah.

"Pada usia saya sekarang risikonya banyak dan saya perlu lebih berhati-hati agar tiada sebarang kejadian buruk berlaku.

"Bagaimanapun setakat ini semuanya berjalan lancar dan sentiasa mengikut arahan doktor," katanya.

Tambah Didie, anak-anak sangat mengambil berat keadaannya dan melarang dia melakukan kerja-kerja berat ketika mengandung.

Didie dan suaminya, Norisham Ismail berkahwin pada Mei 2009.

Pelakon sejak era 80-an itu sebelum ini pernah berkahwin dengan aktor, Ridzuan Hashim dan mempunyai lima orang hasil perkahwinan itu.



Sementara itu, Didie berkata, dia sangat bersyukur apabila sejak mengandung rezekinya melimpah ruah sehinggakan dia tidak sampai hati untuk menolak pelawaan pihak produksi.

Jelas Didie, dia akan tetap aktif berlakon namun akan hanya memilih watak-watak yang sesuai dengan keadaannya sekarang.

"Saya baru selesai menjalani dua penggambaran drama dan akan kembali berlakon dalam beberapa projek lagi.

"Paling menyeronokkan apabila penerbit dan pengarah terkenal, Khabir Bhatia menelefon saya untuk berlakon dalam drama arahannya.

"Saya cukup terharu kerana sudah lama mengimpikan untuk bekerja di bawah arahannya dan sudah tentu tidak akan menolak. Ini dinamakan rezeki anak," ujarnya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bambimbom 23-1-2014 08:30 AM
kak dd  jage diri baik2.. kalau bole elakkan la pakai baju ngn rambut yg pelik2
takut terkenan anak...
tp insya allah aku rase baby dia mesti dsayangi...
ramai kakak2 ngn abang yg nak jaga..
Quote lady_rara 23-1-2014 08:38 AM
tahniah kak didi.. jaga kandungan elok2...

aku tengok kak didi ni lagi cantik kalau buat biasa je takyah nak berpesen pelik2 sangat...
Quote damian_lee 23-1-2014 08:40 AM
anak dia sume "menjadi" kan ....... nmpaklah she's a good mother ....
Quote fifie_olin 23-1-2014 08:44 AM
aku x suka kalo dia makeup pelik2...dressing ntah ape2....
bebiasa je la kan..
nk2 lg dh peknen ni...jgn la dibuat lg...
dia ni kalo berisi skit....cantik
Quote bungalisa 23-1-2014 08:45 AM
bambimbom posted on 23-1-2014 08:30 AM
kak dd  jage diri baik2.. kalau bole elakkan la pakai baju ngn rambut yg pelik2
takut terkenan anak ...

Hahahahahah.... Sentap didie kalu bace....lawak habis
Quote lionsleepin 23-1-2014 08:48 AM
lady_rara posted on 23-1-2014 08:38 AM
tahniah kak didi.. jaga kandungan elok2...

aku tengok kak didi ni lagi cantik kalau buat biasa je ...

pernah jumpa dia in person kat majlis doa slemat kesyukuran..time tu dia pakai baju kurung, mekap natural..serious lawa didie alis ni..cuma timestart  bercakap  je kelakar2

Quote sambal_kicap 23-1-2014 08:58 AM
sweetnya... semoga baby dan satu keluarga sentiasa dipelihara ya..
Quote klobot 23-1-2014 09:01 AM
kesian anak lelaki dia daniel. dialah penenteram adik beradik. semoga daniel belajar ID di perak tu sungguh2 ya. janganlah terganggu apa yg berlaku dirumah
Quote mick2030 23-1-2014 09:09 AM
congratz.... semoga kandungan sihat sejahtera hendaknya...
Quote kodoklawa 23-1-2014 09:11 AM
akak pun menangis ms dapat tahu mak akak pregnant lagi..masa tu umur mak pun baya2 didie ni..akak pulak dah 17th.Menangis bukan sebab gembira dapat adik tapi sedih sebab malu ler ..kita dah besar tetiba ada adik kecik pulak.  Pro & kontra ada adik kecik bila dah remaja..kita boleh praktis jaga baby ..tak bestnya tak boleh berjimba2 sesuka hati dgn kawan-kawan sebab mak suruh jaga adik..hahahah..Now akak pun dah umur sebaya Didie..agak2 klu terpregnant  nnt anak2 nangis ke tidak..
Quote lucky_peace 23-1-2014 09:12 AM
semoga kandungan kak didie baik2 hendaknya~~
Quote girly.. 23-1-2014 09:14 AM
bestnyer.... alhamdullilah ada dia anak dgn suami br dia.. bestnyer......

lepas ni cik ta plak..
Quote tomet05 23-1-2014 09:15 AM
@kodoklawa : kami bersimpati .. kiki
Quote BebeQ 23-1-2014 09:18 AM
kalau i, i menanges juga tapi menanges sebab sedih dah besar pun masih ada adik yang baby. bawa jalan kawan2 ingat dah ada anak. nanges~
Quote kodoklawa 23-1-2014 09:25 AM
tomet05 posted on 23-1-2014 09:15 AM
@kodoklawa : kami bersimpati .. kiki

Stress tau masa tu..
Quote jonlabu 23-1-2014 09:27 AM
kodoklawa posted on 23-1-2014 09:11 AM
akak pun menangis ms dapat tahu mak akak pregnant lagi..masa tu umur mak pun baya2 didie ni..akak pu ...

rasa nak tegelak pulak.
Quote lina21 23-1-2014 09:29 AM
selalunye lah...kalau kengkawan masa sekolah menengah dulu...
kalau mak dorang pregnant lagi kebanyakannya menANngis sbb x suka ada adik kecik lagi.....
bgs anak didi ni nanges kegembiraan ada adek baru
Quote selendangungu 23-1-2014 09:31 AM
tahniah didi..
jaga kandungan bebaik...
Quote mitnick 23-1-2014 09:33 AM
comel je anak lelaki umo 19 nangis... lembut hati orgnya

Lihat semua komen(117)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.122904 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top