CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Afdlin Shauki Nekad Berhenti Hasilkan Filem Tempatan

28-1-2014 01:06 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19317| Komen: 151

Description: Jelas Afdlin, Sehingga Kini Dia Buntu Untuk Mencari Punca Kegagalan Papadom 2 Sedangkan Dia Menerima Banyak Maklum Balas Papadom 2 Lebih Menarik Daripada Filem Sebelumnya, Papadom.


KUALA LUMPUR, 27 JAN 2014: Pengarah dan pelakon, Afdlin Shauki telah membuat keputusan di mana filem Papadom 2 adalah filem terakhirnya untuk pasaran industri filem tempatan.

Dia juga turut menambah yang dirinya sudah tiada hati lagi untuk menghasilkan filem tempatan selepas ini.


Luahan hati Afdlin itu berpunca dari kekecewaannya selepas melihat filem Papadom 2 hanya berjaya menerima kutipan sebanyak RM620,000 dan dianggap paling teruk dalam sejarah kariernya sebagai anak seni sejak 15 tahun lalu.


Jelas Afdlin, sehingga kini dia buntu untuk mencari punca kegagalan Papadom 2 sedangkan dia menerima banyak maklum balas Papadom 2 lebih menarik daripada filem sebelumnya, Papadom.

“Saya menyimpan Papadom 2, hampir dua tahun dan sebelum ini, saya teragak-agak untuk menghasilkan filem lagi setelah melihat masalah sambutan penonton terhadap karya tempatan.

“Ia adalah pelaburan saya yang tidak balik modal dan paling menghampakan,” ujar Afdlin lagi.

Ditanya tentang idea untuk menerbitkan sekuel filem Mamadom, Afdlin pantas menjawab ianya terapksa berkubur begitu sahaja dek kerana kegagalan Papadom 2.

“Kalau Papadom 2 dah hancur,macam mana nak buat Mamadom? Anggaplah ia hanyalah angan-angan saya sebelum ini yang terpaksa dikuburkan,” tambah Afdlin kecewa.

Namun anak seni kelahiran Johor Bahru ini mengucapkan terima kasih atas usaha pihak Astro First dalam membawa filem Papadom 2 ke kaca televisyen. Secara tidak langsung, ianya dapat membantu meningkatkan jumlah kutipan yang sedia ada.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote budakmanentah 28-1-2014 10:29 AM
terlalu byk filem2 xberkualiti nak2 hasil keluaran mig...sbb tu org serik nak g tgk kt wayang
Quote mommymonster82 28-1-2014 10:32 AM
Pelik skit dgn afdlin ni..kuat sentap...
Walau byk benda yg dia hasilkan berkualiti sebenarnya...
N nak penonton berfikir..
Tp nak buat camne afdlin..byk penonton malaysia ni xsuka bfikir..suka lawak slapstick ja,...
Quote peah311 28-1-2014 11:19 AM
banyak bunyik la afdlin ni. mudh patah semangat. ko nak sentiasa kat atas je ke. ingat hidup ni ibarat roda. kalau mengalah mmg nnt ko tak naik2 lagi la..


g la jual kain pelikat seluar yg ko ckp laku sgt tu..even aku pnah tgk dak2 MLM je pakai - x pnah nmpk org g mesjid ke apa pakai. ke sua mahal cmtu utk seluar tido saja? barang kali..
Quote espri6006 28-1-2014 11:20 AM
orang dah terbiasa dengan filem2 sampah macam,,...hantu tok mudim, hantu tok chai, rumah sewa rm50, tiang seri, vikingdom dan sebahagian filem MIG jadi rasa serik utk menonton filem afdlin ni. Rasanya banyak filem2 dia yang ada kualiti seperti Soal Hati, Soal Siapa, stem,Jalan Lama, Papadom...
Quote chenta_dewi 28-1-2014 11:21 AM
nak buat filem belajar la dari david teo..david teo tak salah pape..semua org tau dia buat cite tak bagus..tapi dia pandai promosikan...
Quote kupu2siang 28-1-2014 11:24 AM
mmg x best papadom 2
Quote dauswq 28-1-2014 11:26 AM
patut kau buat filem utk antar kt festival filem antarabangsa sane mcm cannes, berlin, venice, tokyo, pyongyang, asian-pacific, toronto...

duit tuk pikir kemudian dulu

mostly penonton msia kena dpt penghargaan camtu, barulah depa gigih menonton...


kalau nak duit plak, ikut cara david teoh/shamsul yusof
Quote aiskrimpelangi 28-1-2014 11:28 AM
tak tengok lg papadom. nnt try tgk, yg  no 1 okey, oklah sebab kekeluargaan, ni kang asik bercintaaa jer boring!
Quote lasagnaklcc 28-1-2014 11:31 AM
Saya slh seorg penyumbang papadom 2 and rasanya mmg patut pon afdlin stop. Cite tu bosan dan taraf cerekarama jek.

Quote ais_kosong 28-1-2014 11:32 AM
xtau nak kata apa..
apa la org malaysia ni xlaku ja nk sentap
dulu hans ni afdlin lak
Quote rosasa 28-1-2014 11:35 AM
macam mana nak maju...... melayu melayu
Quote bottombikini 28-1-2014 11:46 AM
espri6006 posted on 28-1-2014 11:20 AM
orang dah terbiasa dengan filem2 sampah macam,,...hantu tok mudim, hantu tok chai, rumah sewa rm50,  ...

dalam banyak2 tu filem setem paling best...yang lain2 cam loye je

nak try cari cite 'jalan lama'..bunyi cam best jek
Quote enchikfitz 28-1-2014 11:47 AM
Edited by enchikfitz at 6-9-2016 12:37 AM

-----DELETED-----
Quote vv2005 28-1-2014 11:50 AM
kasihan..industi perfileman negara kita sekarang ni dah tak kemana..tak macam zaman datuk yusuf haslam
Quote neil_48 28-1-2014 11:51 AM
bottombikini posted on 28-1-2014 11:46 AM
dalam banyak2 tu filem setem paling best...yang lain2 cam loye je

nak try cari cite 'jalan lama ...

'misteri jalan lama' xyah tgk la..cite ni punce aku tawar ati nk tgk cte afdlin lg..merepek n fail..

tp stakat donlot ok la kot..aku nyesal g panggung..

Quote shanshero 28-1-2014 11:51 AM
kami histeria lakonan dengan fazura tu filem aflin jugek so mana yang terakhir
Quote ahlisihircute 28-1-2014 11:54 AM

asal filem x laku jer....terus x nak wat filem lagi...
terus sentap....perut makin lama makin boyot.....
x kan nak salahkan penonton klu wat filem mcm hampeh......
mmg x laku ler.....

Quote anwarnuwa 28-1-2014 12:03 PM
afdlin,

jangan salahkan penonton. salahkan filem yang tak best. bukan filem ko tak best tapi filem2 malaysia mmg tak best

filem hollywood sejam setengah ada 50-60 babak. tapi filem melayu sejam setengah 25-30 babak. sebab tu meleret2 dan bosan. tak reti nak kembang cerita (pinjam ayat producer hollywood tentang filem di malaysia)
Quote pisang69 28-1-2014 12:11 PM
try la buat drama plak....

Lihat semua komen(151)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.377552 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top