CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Bayi Ditemui Tidak Bernyawa Dalam Buaian!

29-1-2014 09:57 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9184| Komen: 60

Description: Katanya, Bayinya Itu Hanya Menangis Seperti Biasa Setiap Kali Mahu Dihantar Kepada Pengasuh, Namun Itu Adalah Perkara Biasa Memandangkan Anaknya Itu Sudah Pandai Mengenal Orang. Dia Dan Isterinya Tid ...
SEREMBAN: Seorang bayi perempuan berusia lima bulan ditemui mati di rumah pengasuh di Taman Bandar Senawang, tengah hari tadi.

Bayi malang berkenaan, Amani Saffiya didapati berada dalam keadaan tidak bernyawa di dalam buaian oleh pengasuhnya sebelum cuba memberikan bantuan penafasan (CPR) namun gagal.

Pengasuhnya kemudiannya menghubungi ibu mangsa, Nor Haslinda Hamzah, 32, yang juga guru, sebelum bayi itu dibawa ke klinik kesihatan berdekatan.

Sementara itu, ayahnya, Shahrun Ismail, 36, berkata, sebelum ini anak bongsu dari tiga adik beradik itu, berada dalam keadaan sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda pelik.

Katanya, bayinya itu hanya menangis seperti biasa setiap kali mahu dihantar kepada pengasuh, namun itu adalah perkara biasa memandangkan anaknya itu sudah pandai mengenal orang.
Dia dan isterinya tidak menjangkakan perkara ini akan berlaku, namun reda dengan takdir.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Zainal Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.

Katanya, setakat ini kes disiasat sebagai  mati mengejut dan tiada unsur jenayah.

SHAHRUN mendukung mayat anaknya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 28-1-2014 08:18 PM

SHAHRUN mendukung mayat anaknya.

Quote shogun77 28-1-2014 08:28 PM
again and again and again...
Quote anisa 28-1-2014 08:46 PM
shogun77 posted on 28-1-2014 08:28 PM
again and again and again...

Perkara ni berlaku pada saudara saya tahun lepas. Bayinya yg berusia 3 bulan meninggal secara mengejut sewaktu dalam jagaannya. Lepas susukan dg susu badan baby tu tidur dlm bilik. Sementara baby tidur, emaknya duduk2 kat luar. Bila dia rasa agak lama baby tu tidur, dia pegi tengok, nmpk lain macam, terus bawa gi klinik, sampai kllinik doktor kata dah meninggal. Hanya tuhan yang tahu betapa sedihnya sedara saya suami isteri. peritnya mereka. Dah lama mereka menunggu dan mengharapkan untuk dapat anak perempuan. Anak yg sulung lelaki, dah besar.
Quote prettyuglybabe 28-1-2014 09:12 PM
takziah..


Quote ulamalu 28-1-2014 09:18 PM
Sudden infant death syndrome ke? Bertabahlah ibubapanya.
Quote sambal_kicap 28-1-2014 09:21 PM
Kesiannya.. Takziah untuk ibu dan bapanya. Semoga tabah ya..
Quote GhostWalking 28-1-2014 09:24 PM
Kenapa eh baby boleh meninggal time tdo?
Quote tongkatwaran75 28-1-2014 09:28 PM
jangan nanti ...
biar siasatan dibuat...
ada kes lain plak...
Quote miss_qasehs 28-1-2014 09:33 PM
ciannya...nk g keje antr anak elok jer...tiba2 dpt berita dah xbernyawa....
Quote LilyDoll 28-1-2014 09:41 PM
Takziah...tak dapat bayangkan perasaan ibubapa baby tu...
Quote Czaziq 28-1-2014 09:44 PM
sedihnya..takziah dan alfatihah
Quote mak_wa95 28-1-2014 09:45 PM
sedihnya...alfatihah
Quote awinpj 28-1-2014 09:45 PM
Kenapa baby nowadays byk mati mengejut? X nak jawapan dah ajal dia ya....
Quote lasagnaklcc 28-1-2014 09:50 PM
Wkt saya n adik beradik baby2 dulu parents ada cerita kitorg mesti ada at least sekali badan tiba2 biru...mcm pernafasan stop sekejap. Lupa la term apa panggil ntah.
Quote mea 28-1-2014 10:18 PM
Alfatihah....
Quote divakah 28-1-2014 10:19 PM
Al Fatihah
Quote daiman 28-1-2014 10:24 PM
Lepas nyusu dia tak burp kan baby. Trus sumbat dalam buai hayun mcm roket
Quote mommymonster82 28-1-2014 10:24 PM
My son pon baru kuar hospital...
Xde demam aper pon n tiba2 xleh nafas..cikgu trus hntr gi hospital...
Cek jntung semua ok...dia pon xde demam...
Bila tanya dia ckp tiba2 rs mcm ada org cekik dlm leher.sesak nafas tiba2...
Just tonsil bengkak..itu je..
Quote Suchi 28-1-2014 10:29 PM
daiman posted on 28-1-2014 10:24 PM
Lepas nyusu dia tak burp kan baby. Trus sumbat dalam buai hayun mcm roket

buaian mmg bahaya tuk baby
JKM sendiri haramkn penggunaan buaian kat taska.
aku de kenalan seorang pengusaha taska  malah beliau juga ada anjurkn kelas utk org yg nk buka taska bagai.. dia sendiri ckp buaian tu bahaya mmg tak blh diguna pkai..
so sebolehnya jgnlah tidurkn ank dlm buai sejak baby lagi.. bby tu pun kalo mak pak yg tak ajo dorang tidor dlm
buai xdenya dorang nk berbuai bagai.

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.137762 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top