CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Anuar Zain Artis Termahal, Tiket Bernilai Ribuan Ringgit

30-1-2014 12:00 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 31495| Komen: 204

Description: Anuar Zain Akui Tiket Bernilai Rm1380 Merupakan Harga Termahal Untuk Seorang Pembeli Bagi Sebuah Persembahannya, Namun Dia Yakin Ianya Berpatutan Dengan Nilai Pengalamannya Sebagai Seorang Artis Serta ...





KUALA LUMPUR, 29 JAN 2014: Tiket Minggu Setiausaha pertama kali anjuran penyanyi, Anuar Zain yang bakal berlangsung di Hotel One World pada 8 April depan mencecah hingga ribuan ringgit.

Tiket Minggu Setiausahanya yang bertajuk Terindah…. Anuar Zain itu dijual bermula dari RM480 sehingga RM1380 untuk seorang penonton.

Anuar Zain akui tiket bernilai RM1380 merupakan harga termahal untuk seorang pembeli bagi sebuah persembahannya, namun dia yakin ianya berpatutan dengan nilai pengalamannya sebagai seorang artis serta persembahan yang akan diberikan nanti.

"Saya akui ini antara yang termahal sepanjang karier saya sebagai seorang penyanyi tetapi saya rasa dengan pengalaman yang saya ada saya rasa saya ianya berpatutan.

"Mahal atau tidak bukan persoalannya kerana saya rasa setiap orang itu berhak untuk meletakan diri mereka di mana dia rasa bersesuaian dan based juga dari pengalaman yang ada.

"Terindah… Anuar Zain adalah hadiah ikhlas dari saya kepada mereka yang hadir. Saya amat bersyukur dengan sokongan yang saya terima selama ini. Saya berharap agar anda dapat bersama sama pada hari itu," katanya kepada murai.com.my di sidang media pengumuman persembahan Minggu Setiausaha tersebut di Restoran Bijan, semalam.

Hanya 8 meja sahaja akan diperuntukan untuk tiket VIP yang bernilai RM1380 tersebut.

Mengulas mengenai persembahannya nanti, Anuar Zain berkata dia akan memberikan persembahan yang akan menjadi kenangan dan dapat membahagiakan penonton yang hadir.

'Persembahan saya nanti lebih intimasi dan banyak kejutan istimewa yang kami rancangkan.

"Memandangkan ianya idea dan anjuran syarikat saya sendiri jadi saya akan rasa bertangungjawab untuk membahagiakan pada semua yang hadir nanti.

'Penonton yang membeli tiket VIP akan mendapat backstage pass dan diberikan door gift yang lebih dari penonton biasa kerana mereka akan berada di hadapan sekali,"jelasnya lagi.

Anuar Zain bakal mempersembahkan 7 hingga 8 buah lagi di persembahan Minggu Setiausaha itu yang bakal berdurasi selama 45 minit.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote farah.noty 29-1-2014 08:29 PM
kelas akak nuar. rakyat marhaen mcm aku ni mmg tak la mampu nak jejak ke concert akak nuar
Quote estrelle 29-1-2014 08:33 PM
ni baru ekslusif
Quote setankuning 29-1-2014 08:36 PM
minggu setiausaha ni kenapa ye ada persembahan retis bagai?
dari dulu lagi aku mosykil

naper takde minggu kerani ke.. minggu akauntan ke.. minggu marketing exec ke..
Quote Orion 29-1-2014 08:38 PM
celah mana yg extravaganza sangat persembahan nuar zain ni sampai mcm tu harga tiketnya?
Quote willow12 29-1-2014 08:38 PM
Aura dia ni mmg kuat la.. wpun lagu n suara dia bukanlah tahap superstar sgt tapi  branding dia agak berkesan..sampai boleh jual tiket mahal2.. eksklusif katanya..
Quote wxyz_abc 29-1-2014 08:39 PM
Gilak a rege tix mahei cmni
Quote hyie 29-1-2014 08:49 PM
vokal dia bila high note hazab ok
Quote sokmogitu 29-1-2014 08:51 PM
setankuning posted on 29-1-2014 08:36 PM
minggu setiausaha ni kenapa ye ada persembahan retis bagai?
dari dulu lagi aku mosykil


Company yg byr katanya...boleh elak tax kot company2 yg bwk setiausaha berhibur
Quote achik2009 29-1-2014 08:55 PM
setankuning posted on 29-1-2014 08:36 PM
minggu setiausaha ni kenapa ye ada persembahan retis bagai?
dari dulu lagi aku mosykil

Setiausaha tu bkn ke org penting kpd bos...sbb tu minggu setiausaha diadakan utk meraikan mereka dan sbg tanda penghargaan...hehe...
Quote nizadi 29-1-2014 09:01 PM
Company aku dah 2 kali jemput anuar zain jd artis jemputan time annual dinner. X tau la brp diorang byr. Tp syok le ktorg dpt tgk free...bang nuar mmg lyn semua tip top. Rasa sgt special...tp staff laki mesti nyampah n dok belakang. Hihihi
Quote blackred99 29-1-2014 09:35 PM
if harganya semahal tu dan masih sold out, ternyata dia mmg dlm kelas tersendiri.

aku rasa geng dimeroyan beli satu meja. :lol
Quote aidita 29-1-2014 09:42 PM
fuhh!!!dasat betul harga tiket....tak pe la bang nuar,selagi diterima & diminati time ni la nak pulun
Quote cmf_blingblings 29-1-2014 09:43 PM
Satu aja nak sebut, saya sgt berbangga!!
Quote purpler 29-1-2014 09:53 PM
rasanya anuar zain ni media sosial pun dia takde, kan....
tu salah satu sbb dia eksklusif...
Quote sepiITUindah 29-1-2014 10:11 PM
pesal harga tiket mahal
sebab cuaca ker??
Quote mixed 29-1-2014 10:19 PM
Bos aku dh tanya nk pg tak?
Opcos aku nak!!!
Quote achik2009 29-1-2014 10:30 PM
mixed posted on 29-1-2014 10:19 PM
Bos aku dh tanya nk pg tak?
Opcos aku nak!!!

wahh!!...seronok nya...
harap2 ko takde ambik gambar mcm ni nanti ye....




Quote mixed 29-1-2014 10:38 PM
achik2009 posted on 29-1-2014 10:30 PM
wahh!!...seronok nya...
harap2 ko takde ambik gambar mcm ni nanti ye....

Nok mak dh pg tgk akak nuar dh 3x
mmg byk pompan yg akan jd gila tgk heols
Bertudung yg makcik suma akan terkam cium peluk
akak nuar bila turun pentas

Tp mak x koser lah nk bt cengitu
Quote haiku 29-1-2014 10:56 PM
mixed posted on 29-1-2014 10:19 PM
Bos aku dh tanya nk pg tak?
Opcos aku nak!!!

Nanti bagitahu pakai baju color apa okay .. aku nak say hai to you

Aku buat part time jadi waiter hari tu

Lihat semua komen(204)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.198807 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top