CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Bapa Meninggal Dunia Sebelum Sempat Lihat Cucu

10-2-2014 11:01 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9929| Komen: 40

Description: Dalam Perkembangan Sama, Nadia Berkata, Bapanya Telah Dimasukkan Ke Hospital Berkenaan Sejak Beberapa Hari Lalu Dan Allahyarham Meninggal Dunia Kerana Sakit Tua Pada Usia 76 Tahun.


Nadia terkilan tidak dapat bertemu dengan arwah bapanya kerana baharu sahaja bersalin anak ketiganya. 


PETALING JAYA: Pelakon Nadia Mustafar terkilan apabila tidak dapat berjumpa dengan bapanya iaitu Allahyarham Sheikh Mustafar Sheikh Ahmad buat kali terakhir yang meninggal dunia pada pukul 8.30 pagi Ahad di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.

Nadia, 38, yang baharu sahaja melahirkan anak ketiganya pada Jumaat lalu berkata, arwah bapanya sebelum ini ada memberitahu supaya datang membawa bayi itu selepas dia bersalin dan sedih tidak sempat berbuat demikian.

"Sebelum mendapat tahu arwah ayah meninggal dunia, ahli keluarga ada memaklumkan keadaannya yang sudah kritikal dan saya mengagahkan diri bersiap untuk ke Ipoh bertemu dengannya.

"Bagaimanapun Allah lebih menyayanginya apabila dia pergi terlebih dahulu sebelum sempat saya bertemunya buat kali terakhir," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Ahad.



Anak ketiga Nadia yang diberi nama Mia Qaleessa.


Dalam perkembangan sama, Nadia berkata, bapanya telah dimasukkan ke hospital berkenaan sejak beberapa hari lalu dan Allahyarham meninggal dunia kerana sakit tua pada usia 76 tahun.

"Sebelum ini dia jarang sakit teruk tetapi sudah sampai masanya arwah kembali kepada penciptanya dan saya reda," ujarnya.

Jenazah dijangka dikebumikan di Kajang dekat sini sebelum Asar pada Ahad.

Sementara itu, Nadia berkata, dia baharu sahaja dibenarkan keluar dari Hospital Pantai Cheras di sini selepas melahirkan anak ketiganya yang diberi nama Mia Qaleessa.

Kata Nadia, Mia dilahirkan secara normal pada Jumaat lalu kira-kira pukul 2 petang.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 9-2-2014 03:12 PM
Takziah..
Quote digitizer 9-2-2014 03:15 PM
Al fatihah
Quote Leonarzi 9-2-2014 03:19 PM
Penggunaan perkataan kesal x sesuai disitu... Sepatutnye terkilan
Quote hambaallah1709 9-2-2014 03:20 PM
thniah untuk kelahiran baru & takziah pada arwah ayah nadia..
Quote peah311 9-2-2014 03:25 PM
Tahniah utk baby mia dn salam taziah utk arwah ayh
Quote jefri90 9-2-2014 03:28 PM
xsangka dah 38tahun beliau ni...salam takziah
Quote melonmadu 9-2-2014 03:31 PM
takziah

comel baby dia
Quote skun 9-2-2014 03:34 PM
Leonarzi posted on 9-2-2014 03:19 PM
Penggunaan perkataan kesal x sesuai disitu... Sepatutnye terkilan

tu la, i olls pun rasa cm tu. wartawan suka benar buat havoc mcm ni
Quote crazecousa 9-2-2014 03:40 PM
Pesal lak kesal
Quote lotionmilo 9-2-2014 03:44 PM
comel anaknyaaa
Quote intriQue 9-2-2014 03:56 PM
Perkataan "kesal" kat tajuk thread amat tak sesuai.....

terkilan is the right word, macam yg digunakan di dalam artikel ini
Quote achik2009 9-2-2014 04:02 PM
intriQue posted on 9-2-2014 03:56 PM
Perkataan "kesal" kat tajuk thread amat tak sesuai.....

terkilan is the right word, macam yg digu ...

ok...sy dah edit tapi mmg tajuk asal mcm tu....


http://mstar.com.my/hiburan/ceri ... p;sec=mstar_hiburan
Quote imransulaiman 9-2-2014 04:15 PM
Macam tak mahu menerima qada dan qadar... Harap-harap bukan Nadia yang menggunakan perkataan "kesal" itu...
Quote BoojangWarrior 9-2-2014 04:54 PM
Selalu macam tu kan. Bila sesorg pergi meninggalkan kita mesti ganti yang kelahiran baru.
Quote mrs.uzair 9-2-2014 05:04 PM
takziah...
Quote DianaSaksen 9-2-2014 07:37 PM
takziah...
Quote shogun77 9-2-2014 08:06 PM
al fatihah
takziah
btw,baby comeyyyy
Quote annehuda 9-2-2014 08:10 PM
takziah nadia...

nama anak die udah hampir2 dekat sama ngan khaleesi nama watak dlm games of thrones tu
Quote tomet05 9-2-2014 08:31 PM
takziah atas permegian dan tahniah ata skedatangan baby baru ..

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.071975 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top