CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Misteri Pulau Hashima

12-2-2014 03:32 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15349| Komen: 43

Description: Pernahkah Sebelum Ini Anda Mendengar Mengenai Pulau Hashima? Ada Juga Yang Menggelarkan Pulau Hashima Sebagai Pulau Yang Berhantu. Mengikut Sejarah, Selepas Pulau Ini Ditemui, Ia Telah Diambil Alih Ol ...
Pernahkah sebelum ini anda mendengar mengenai Pulau Hashima? Ada juga yang menggelarkan Pulau Hashima sebagai pulau yang berhantu. Mengikut sejarah, selepas pulau ini ditemui, ia telah diambil alih oleh syarikat Mitsubishi Corporation untuk mengubah pulau ini menjadi pulau yang maju. Pulau yang begitu kaya dengan sumber arang batu ini menjadi gemilang pada tahun  1959 dengan pembinaan bangunan serta kemudahan awam yang lengkap.Siapa sangka pada tahun 50-an sudah berkembangnya bangunan-bangunan tinggi disini.





















Ruang yang sempit memaksa pembinaan bangunan tinggi dilaku kan.Selain kemudahan rumah untuk pekerja,turut dibina disini bangunan perubatan, restoran, bar dan teater. Ini menjadikan pulau Hashima mengandungi penduduk paling padat didunia dengan 5259 penduduk atau boleh diterjemahkan 835 orang disetiap keluasan kurang daripada 1 kilometer persegi.
Selepas berakhirnya perang dunia kedua, kemajuan pulau ini bertambah dengan kemudahan kabel, radio dan dewan pawagam moden. Selain itu, pulau yang tidak pernah wujudnya tumbuh-tumbuhan ini akhirnya berubah dengan wujudnya penanaman taman-taman di atas bumbung bangunan. Tapi zaman kegemilangan  pulau ini tidak panjang.

Pada tahun 1974, penggunaan arang baru mengurang dengan wujudnya sumber tenaga utama dari minyak. Ahli lembaga Mitsubishi mengambil keputusan untuk menutup lombong di pulau ini. Satu tahun kemudian, penghuni pulau ini mula meninggalkan pulau ini dan menjadikan pulau ini pulau berhantu yang suatu masa dahulu merupakan pulau yang penuh dengan era kegemilangan.


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote syasyafina 18-2-2013 11:38 AM
xde gambar sewaktu kegemilangan ke?
Quote wanthird 18-2-2013 01:15 PM
syasyafina posted on 18-2-2013 11:38 AM
xde gambar sewaktu kegemilangan ke?





Quote kagiru 18-2-2013 01:20 PM
Menarik cerita nih.......apa lagi misteri nya TT?
Quote Loxlaxman 18-2-2013 02:29 PM
Port mancing sempoi ni ....
Quote syasyafina 18-2-2013 02:39 PM
wanthird posted on 18-2-2013 01:15 PM

thanks.. mcm penjara pn ada gak kan..
Quote alphawolf 18-2-2013 03:27 PM
Asteruk...cuma pindah cenel ajer...
Quote azrain98 18-2-2013 05:32 PM
Tempat ni sekarang dah jadi Tapak Warisan Dunia...boleh pergi dah...my uncle dah pergi dah
Quote sepaileman 18-2-2013 06:06 PM
cik kak rosemary...ni nasihat saya laa jika ambik copy paste dari memana bahan dari sumber lain sila beri kredit kepada website yg anda ambik tu jika tak beri kredit dlm internet ni boleh di katakan mencuri

dan satu lagi jika dah ambik dari website sila la search dulu sebelum di tampal di sini...bukan apa bahan yg anda tampal ni dah ada kat sini orang lain dah cop tampal dulu...

apa apa pun terima kasih
Quote Jannatul_Aisya 20-2-2013 05:34 PM
As-salam.. berhantu ke?
Quote perbandaran 20-2-2013 06:31 PM
mcm berhantu je...
Quote poohgurlz 20-2-2013 11:12 PM
pulau hashima? da mcm nama kawan ku jer.
Quote ayahlang 21-2-2013 08:11 AM
Tempat jin bertandang
Quote samshuri 21-2-2013 09:20 AM
yg saya tau, Hashima tu nama mak cik sy...hehehe9
Quote rosemary70 21-2-2013 09:39 AM
kat situ ade raksaselh.....
Quote mrbotak 21-2-2013 11:30 AM
musti sangat sesak dolu2 kan..
Quote asher 21-2-2013 11:50 AM
kompom mesti ada antu..
Quote aunty_alonso 21-2-2013 11:54 AM
Inilah antara tempat diorang buat pengambaran cerita James Bond baru tu, Skyfall..
Quote h0ney 21-2-2013 03:20 PM
gile padat zaman kegemilangan.. skang jadi tempat jin bertandang, sayang..
Quote mute 21-2-2013 03:53 PM
nak dibangunkan balik macam tak de orang berminat da kot...

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.058052 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top