CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Fizz Fairuz Anggap Sistem Juri Anugerah Tempatan Tidak Profesional

17-2-2014 06:02 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8960| Komen: 50

Description: Sementara Itu, Pelakon Yang Sedang Menjalani Penggambaran Filem Cicakman 3 Ini Menolak Banyak Tawaran Lakonan Dalam Memberi Komitmen Terhadap Filem Arahan Bersama Yusry Abdul Halim Dan Ghaz Abu Bakar ...


PETALING JAYA: Pelakon Fizz Fairuz menganggap sistem penjurian yang diamalkan dalam penganjuran majlis yang mengiktiraf bakat pelakon tempatan tidak dilakukan secara profesional.

Fizz, 35 berkata, perkara tersebut berikutan kebanyakan juri yang diambil menilai tahap lakonan adalah berdasarkan latar belakang seseorang pelakon tersebut, bukan kerana watak yang dipertandingkan.

"Saya percaya memang kebanyakan pemenang ada bakat namun apa yang saya kesal ia tidak dipilih berdasarkan tahap lakonan dalam drama atau filem yang dipertandingkan sebaliknya mengenali seseorang pelakon itu secara peribadi.

'Pelakon yang ada latar belakang pendidikan dalam lakonan lebih diberi perhatian daripada pelakon-pelakon seperti saya," katanya ketika ditemui mStar Online  di lokasi penggambaran filem Cicakman 3 di Kolej Segi, Kota Damansara, pada Khamis.

Dalam pada itu, tambah Fizz, nilai sesebuah karya filem atau drama banyak memberi kelebihan kepada karya yang sarat dengan nilai seni.

Walhal, katanya, filem genre seperti komedi seharusnya turut diberi perhatian sepertimana yang dilakukan oleh industri filem negara luar.

'Pada saya kita tidak boleh taksub sangat dengan karya seni sahaja, kadang kala genre komedi juga perlu diangkat.

"Kalau diikutkan masyarakat di negara ini lebih menerima filem genre ringan dan santai berbanding filem yang sarat dengan seni," katanya.

Fizz berkata, perkara tersebut turut menyebabkan beberapa pelakon di negara ini yang memilih untuk bersara lebih awal kerana rasa tidak dihargai.

Tambahnya, disebabkan hal tersebut juga, dia tidak pernah mengharapkan sebarang anugerah dalam filem yang dilakonkan.

"Saya berlakon hanya untuk kepuasaan bukan anugerah, saya masih ingat ketika ingin memasuki bidang ini bukan ada jalan mudah.

"Bila sudah berada dalam industri saya hanya lakukan yang terbaik dan jika menang itu satu bonus sahaja," katanya.

Sementara itu, pelakon yang sedang menjalani penggambaran filem Cicakman 3 ini menolak banyak tawaran lakonan dalam memberi komitmen terhadap filem arahan bersama Yusry Abdul Halim dan Ghaz Abu Bakar itu.

Biarpun dianggap tidak terlalu berbaloi melepaskan tawaran-tawaran tersebut, Fizz mengakui mendapat kepuasan dalam filem genre komedi 'superhero' itu.

“Memang kerana 'Cicakman 3' saya terpaksa menolak banyak tawaran lain sehingga 5 Mac depan.

"Namun, kerana minat dan sukakan watak sebegini saya sanggup menerima tawaran ini. Karakter saya dalam filem ini begitu berbeza dan belum pernah dilakonkan sebelum ini,” ujar Fizz yang memeggang watak sebagai Adam.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beta_carotene 17-2-2014 01:25 AM
..in other words kau sekolah tak tinggi..

no need to say it out loud, we already knew
Quote damian_lee 17-2-2014 01:33 AM
Xsesuai
...
Quote burque 17-2-2014 01:43 AM
Tak dinafikan lakonan ko dlm nur kasih sangat meletop
Quote Pailang 17-2-2014 02:24 AM
Cicakman 3 ? Best ker?
Quote mommymonster82 17-2-2014 02:41 AM
Fizz fairuz antara pelakon yang boleh bawa pelbagai watak.. Baik atau jahat boleh
Quote nanajo 17-2-2014 07:22 AM
Bosan. Next!!!
Quote enchikfitz 17-2-2014 07:33 AM
Dlm Nur Kasih je dia best. Lps kontroversi tunang dgn bini org tu, seolah olah hilang terus bakat yg dia ada tu. Semua x suka dia.
Quote blackred99 17-2-2014 08:10 AM
ntah la bro, aku tgk pelakon2 kat melesia ni, aku pedulik hape dorang background apa, kalo best tu best la.. kalo tak best macam orang tu, tak best la..

bagusla tak harapkan anugerah, so apa yg ko nak harapkan sebenarnya?
Quote shogun77 17-2-2014 08:27 AM
mgkin betol ap yg  dikatakan..
"klu x suka sistem juri di malaysia
sila mencari rezeki di negara lain"..
Quote Suchi 17-2-2014 08:45 AM
mommymonster82 posted on 17-2-2014 02:41 AM
Fizz fairuz antara pelakon yang boleh bawa pelbagai watak.. Baik atau jahat boleh

dlm nur kasih baik gile
dlm ank halal jahat gile
dalam
cite mende tah kt cerekarama baru2 nih berlakon ngn amyza n remy ishak tu jahat gile dia.
Quote peah311 17-2-2014 08:57 AM
teringat lakonan die jadi laki yg slalu kne mandrem. sedih gila rasa die ni diperbodohkan. rasa isteri die tu melissa saila ke sherie merlis. he he.
Quote setankuning 17-2-2014 09:06 AM
bukan dalam FFM memang ada award utk comedy ke?
Quote Gnola83 17-2-2014 09:09 AM
Dia salah sorang pelakon yg hebat.. jauh meninggalkan hero baru cam aiman hakim tu
Quote lucky_peace 17-2-2014 09:25 AM
kontroversi die telah membuat bakat lakonan die terus orang tak nampak.... walhal tuk ai ok la die berlakon....
Quote tomet05 17-2-2014 09:26 AM
tahniah la bang fizz kan .. hahaha
Quote sekel 17-2-2014 09:27 AM
kalau rasa diri tu HEBAT sgt so jgn lupa ada RAMAI LAGI HEBAT dr awak tu oiiiiiiiiiiii ~propa je lebih~
Quote mslimaumandarin 17-2-2014 09:29 AM
dulu ok.. skrg bosan..
Quote alaa 17-2-2014 09:55 AM
dia ni iols rasa berlakon ok sangat, tapi bab propa tu tak berkenan betul lah!!
Quote dellema 17-2-2014 09:57 AM
dia ni berlakon ok jgk..
citer komedi pun lawak.
watak jd menjadi,
wtk baik pun ok..
mmg ada bakat le..
kontroversi je jdkan dia tenggelam...

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.057563 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top