CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Isteri Kekasih Hanez Punya Bukti Mereka Bercuti Di Bangkok

3-3-2014 04:20 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 237369| Komen: 2521

Description: Berita Pelakon Yang Tidak Lekang Dengan Kontroversi Dan Bakal Mendirikan Rumah Tangga Bersama Seorang Ahli Perniagaan Berusia 34 Tahun Baru-Baru Ini Telah Mengejutkan Ramai Pihak.


Berita pelakon yang tidak lekang dengan kontroversi dan bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan berusia 34 tahun baru-baru ini telah mengejutkan ramai pihak.

Namun, sedang asyik dilamun cinta, pemilik nama Hanez Suraya ini sekali lagi dihimpit kontroversi apabila dia didakwa sedang menyulam kasih dengan lelaki berstatuskan suami orang dan turut dilabel sebagai perosak rumahtangga.

Melalui kenyataannya dalam Melodi, Hanez seolah-olah menafikan kenyataan tersebut dan terkejut apabila didakwa merampas suami orang.

Lelaki yang dikatakan bakal suami Hanez

Walaupun dia menafikan bakal suaminya adalah suami orang dan sudah mempunyai anak, jawapan Hanez dilihat seolah-olah mengiyakan dakwaan tersebut.


Yeke, suami orang, tak tau, tak pernah tau, sekiranya kalau dia suami orang, tak perlu diperhebohkan, takut ada pihak yang tak berpuas hati.

Hanis taknak komen pasal ni, Once Hanez dah ready, apa status dia semua Hanez akan kongsi dengan semua, buat masa sekarang, beri Hanez peluang selesaikan apa yang patut.


Apa yang menimbulkan persoalan adalah, peluang apakah yang diminta oleh Hanez dan perkara apakah yang ingin diselesaikan terlebih dahulu? Adakah Hanez sebenarnya sudah mengetahui status lelaki yang bakal dikahwininya itu?


Isteri Kekasih Hanez Punya Bukti Mereka Bercuti Di Bangkok

Nampaknya kontroversi yang menghimpit artis jelita Hanez Suraya yang kononnya merampas suami orang hingga meruntuhkan rumahtangga wanita lain masih hangat diperkatakan.

Walaupun Hanez kini enggan mengulas lebih lanjut mengenai status dan dakwaan yang menghimpit dirinya itu, isu ini nampaknya masih rancak dan semakin banyak pula spekulasi yang timbul.

Terbaru, melalui rancangan Melodi, seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai isteri kekasih Hanez tampil menjawab segala teka-teki mengenai hubungan tiga segi ini.

Nurliyana terguris dengan perbuatan Hanez memuatnaik gambar anak-anaknya

Dia (Hanez) yang mula dulu, dia canang dia nak kahwin, i tak kisah pun. Alhamdulillah jodoh dia dengan suami i, tapi yang paling i tak boleh terima dia ambil gambar anak-anak i masa kenduri rumah mak mertua i, lepas tu dia upload dalam instagram.

Apa motif dia sebenarnya? Itu isu sensitif. Mereka anak-anak i, dia pun belum ada apa-apa hubungan yang sah, tapi i ni masih lagi isteri dia (R), i yang lahirkan mereka. Setiap ibu pun pasti faham apa yang i rasa.

Wanita yang dikenali sebagai Nurliyana itu berkata Hanez tidak sepatutnya memuat naik gambar anak-anaknya untuk tontonan umum.

Semua orang tanya i bila gambar tu tersebar di instagram dia. Daripada i nak tutup hal mereka, sekarang semua orang pun dah tau.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hunny_bunny 24-2-2014 08:44 AM
alamak gamba xkua...tunggu intenet ok iols upload gambar...

harap besabar...
Quote ellZack 24-2-2014 08:45 AM
ini ada kena mengena dengan retis suruh boipren ceraikan isteri sebelum kawen dgn beliau kah?
Quote skymania 24-2-2014 08:46 AM
stok perampas jugak... takpe..asalkan jantan tuh,,,"AKU KAYA"..
Quote aiskrimpelangi 24-2-2014 08:47 AM
Alahai sayangnya la retis2 yg cantik ni, kebanyakan dieorg ni boleh aje cari org bujang yg status cam anak dato ke ape, tp laki org jugak yg nak di heretnye.
Quote hunny_bunny 24-2-2014 08:49 AM
alahaaiii...bejuta kali aku try upload pakai mobile xleh plak...since intenet mcm bengong sket..

boleh tgk kat IG dia..si hanez bash minik org tu...

haiiyaa jantannnn bini ko pun lawa apa...

anak sudah 2 ape lg ko mau...

Quote ellZack 24-2-2014 08:51 AM
hunny_bunny posted on 24-2-2014 08:49 AM
alahaaiii...bejuta kali aku try upload pakai mobile xleh plak...since intenet mcm bengong sket..

...

gambar yg mana uols?

Quote rosa_canina 24-2-2014 08:52 AM
nanti keluar la statement
"bakal suami sedang dlm proses cerai"
so, isu amik laki org tak timbul
Quote hunny_bunny 24-2-2014 08:54 AM
ellZack posted on 24-2-2014 08:51 AM
gambar yg mana uols?

ade komen dia sound...ajak geng visit my ig k..

tu actually yg ditag ig bini mamat xguna tu...
Quote damian_lee 24-2-2014 08:56 AM
Ala ... klo tgk dia jawab pun ala2 coverina ...
Quote setankuning 24-2-2014 08:58 AM
brani tol hanez suraya mengenakan syarat sedemikian rupa
teringat mek iti once upon a time
Quote Delfina 24-2-2014 09:00 AM
hunny_bunny posted on 24-2-2014 08:49 AM
alahaaiii...bejuta kali aku try upload pakai mobile xleh plak...since intenet mcm bengong sket..

...

apa ig dia?
Quote teky 24-2-2014 09:00 AM
maner picc ig??? maner maner








Quote hunny_bunny 24-2-2014 09:07 AM
Lg 1 gambar xkua..ade kt ig hanez dia pelok 2 budak kat kerusi...

Tu anak.laki ni laa...sama muka mcm dlm pic yg iols tepek kat atas..

Iols nak tepek gambar tu tp xkua....intenet mcm jilaka...
Quote nuryakmal 24-2-2014 09:10 AM
keji nya pompuan nih
Quote sekel 24-2-2014 09:11 AM
nie ke muka Mr. R yg dia nk tunang ?
Quote deananie 24-2-2014 09:14 AM
desperate sgt kah sampai nak caras laki org?

yg laki org tuh, nak kata bini tak lawa.. bini elok aje, ade rupa.. tlg ingat sama anak2 la..
Quote Peya 24-2-2014 09:17 AM
scythe_blade posted on 24-2-2014 09:14 AM
alamak aku kenal

Saper ni? Kaya raya ker???
Quote RED 666 24-2-2014 09:19 AM
Ada iras mawi la mamat tu
Quote amiraira 24-2-2014 09:19 AM
knapa la trend artis muda2 nk cari laki org ni....

Lihat semua komen(2521)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.156281 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top