CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Wardina Jadi Duta Tilam, Bawa Diri Ke Australia

5-3-2014 09:40 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 48332| Komen: 321

Description: Ibu Kepada Amna Nafeesa, 10, Azra Fareera, 7, Dan Imran Ar-Razi, 5, Ini Berkata, Anak-Anaknya Akan Dimasukkan Sekolah Aliran Agama Islam Di Negara Itu. "Alhamdulillah, Ayah Dan Adik Saya Yang Beker ...

Wardina Safiyyah

Wardina Jadi Duta Tilam, Bawa Diri Ke Australia

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah menganggap keputusannya untuk menyambung pelajaran dan berhijrah ke Brisbane, Australia pada Jun ini sebagai langkah memulakan hidup baharu bersama keluarganya.

Wardina Safiyyah atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, 35, berkata keputusan nekad itu adalah bagi menumpukan perhatian sepenuhnya kepada keluarga dan pelajaran tanpa sebarang gangguan.

"Saya ingin berehat daripada kehidupan di sini yang terlalu banyak aktiviti, setiap minggu ada sahaja jemputan menghadiri majlis yang tidak mampu untuk ditolak, perkara sebegitu membuatkan masa bersama keluarga dan pelajaran terjejas.


"Insya-Allah, di sana saya boleh fokus sepenuhnya kepada pelajaran dan berharap dapat menyambung ke peringkat lebih tinggi lagi," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis memperkenalkan duta baharu tilam jenama 'Good Nite', di Hotel Westin, di sini, Isnin.

Wardina akan melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi di salah sebuah universiti di Australia pada Jun ini.

Tambahnya, dia dan anak-anak akan berpindah terlebih dahulu sebelum suami, Ikhwan Johari, 38, yang masih mempunyai komitmen terhadap pekerjaannya.
Ibu kepada Amna Nafeesa, 10, Azra Fareera, 7, dan Imran Ar-Razi, 5, ini berkata, anak-anaknya akan dimasukkan sekolah aliran agama Islam di negara itu.
"Alhamdulillah, ayah dan adik saya yang bekerja sebagai doktor di sana akan bantu urusan persekolahan anak-anak saya nanti," katanya.

Sementara itu, Wardina yang dilantik sebagai duta baharu tilam jenama Good Nitememberitahu ia adalah salah satu rezeki untuk meringankan beban kos pelajarannya di negara berkenaan.

Sebelum menerima tawaran tersebut, dia meletakkan beberapa syarat kepada syarikat terbabit bersesuaian dengan imejnya seorang wanita berhijab.
"Saya pun pelik kenapa mereka mahu saya jadi duta kerana saya sudah lama tiada dalam industri seni ini.

"Saya sudah beritahu mereka bahawa saya tidak boleh bergambar dengan aksi yang menjolok mata dan berpakaian ketat seperti model tilam lain, namun mereka setuju dengan syarat tersebut," katanya.

Dalam pada itu, tambah Wardina, penghijrahannya ke Australia juga tidak menjadi masalah untuk dia mempromosikan jenama tilam berkenaan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote siputsedut 4-3-2014 06:41 AM
Adik doktor kt aussie? Adakah irfan?

Selamat pergi dan selamat kembali wardina
Quote damian_lee 4-3-2014 06:46 AM
Kalau itu yg tbaik ... tp ... mcm mana jadi duta ... kalau xde kat malaysia? ... mestilah nk buat promosi??
Quote tinker_bell 4-3-2014 06:49 AM
siputsedut posted on 4-3-2014 06:41 AM
Adik doktor kt aussie? Adakah irfan?

Selamat pergi dan selamat kembali wardina

uoll kenal irfan jugak ker??
Quote fizamn 4-3-2014 07:57 AM
back to her paternal ancestral land ... hehehehe
Quote vanilacup 4-3-2014 08:18 AM
sayangnya rumah dah deko lawa2 so x nak duduk Malaysia.Untunglah siapa yg mampu beli rumah dia kat Kota Damansara tu nanti. Wardina punya twitter pun dia dah deactivate tak tahu kenapa tapi masih kekal dgn FB dan Instagram. Which aku rasa twitter is d best place utk menulis tanpa perlu tunjuk wajah dan aktiviti yg berkait dgn pic. Juz tulis dan terus tulis untuk sampaikan mesej berguna pd masyarakat
Quote pilot 4-3-2014 08:20 AM
ni menyahut cabaran menteri2 umno ke ni...tak suka malaysia boleh pindah negara lain....untung laarr
Quote farah.noty 4-3-2014 08:26 AM


wardinasafiyyah_ Dah masuk kategori makcik2 pun. Thank you Goodnite for the opportunity to work together. Fikir balik ramai je artist lain..but thank you for wanting to work with me Want a good tilam? Grab Goodnite. Memang best. Sangat. Ok Selamat Malam.   18h
tinydaisyshop Akak sangat cantik   16h
norhuda63 Coz u are talented & gorgeous   16h
haneemmuhamad Rezeki...alhamdulillah   15h
luqman_sham Coz u're a good example.   15h
ummulsyaheera Makcik? Lol..   15h
mutiaramarketing @wardinasafiyyah_ makcik yg comey   13h
fezryn @wardinasafiyyah_ I just saw u kat surau giant KD...terkesima sekejap dgn kecantikanmu...MasyaAllah...u're so beautiful...   13h
haziqabdulrahman Skrg byk iklan muka akak.   12h

Read more at http://web.stagram.com/n/wardinasafiyyah_/#7wsPEaP7FfCmq7dH.99
Quote mamapea 4-3-2014 08:28 AM
mula2 aku tak suka wardina sbb nmpk poyo dan mcm dia sorang jer bagus..
tp lama kelamaan aku makin suka kt dia ni..aku suka cara dia didik anak2 dia..
good luck wardina
Quote molimoshika 4-3-2014 08:39 AM
dia sambung Ph.D ke kat sana? sonoknye sbb semua family ada sana
Quote ellZack 4-3-2014 08:56 AM
vanilacup posted on 4-3-2014 08:18 AM
sayangnya rumah dah deko lawa2 so x nak duduk Malaysia.Untunglah siapa yg mampu beli rumah dia kat K ...

mungkin sebab dia selalu kena attack.. kadang2 kesian dgn wardina ni.. niat dia just nak nasihat/sort-of tapi mungkin cara dia salah ke or penggunaan ayat dia mcm dia good2 sangat ke, buat orang sakit hati.. lepas tu yang mana butthurt ni, mula la attack dia balik, korek cerita2 zaman spanar jaya dulu2 dan ntah apa2 lagi... bagi iols, iols baca tweet nasihat dia, i dont feel offended pun.. mungkin sebab points dia not really hit my mistake agaknya.. tapi yang mana points dia hit straight to some people face, tu yg beria attack wardina.. kena pulak yg attack tu so called twitfemes, berduyun2 la yg takde kena mengena dgn tweet tu pun boleh dtg serang.. but IMHO, kalau orang tak berapa nak baik berubah jadi baik terus di-denied-kan hak dia untuk menegur, there's something wrong with us.. takkan sebab dia pernah jadi tak baik, semua nasihat dia tak boleh nak pakai..

Quote siputsedut 4-3-2014 09:02 AM
tinker_bell posted on 4-3-2014 06:49 AM
uoll kenal irfan jugak ker??

Heee schoolmate..
Quote blackred99 4-3-2014 09:07 AM
bye. takde orang rindu kat sini.
Quote tinker_bell 4-3-2014 09:17 AM
siputsedut posted on 4-3-2014 09:02 AM
Heee schoolmate..

heol bukan masuk boys school ker??ker uoll laki??
Quote siputsedut 4-3-2014 09:18 AM
tinker_bell posted on 4-3-2014 09:17 AM
heol bukan masuk boys school ker??ker uoll laki??

Mana ade..heols skolah mrsm la dr form 4 ke form 5..uols knl heols camne? Die ke duk aussie tu?
Quote adik^manis 4-3-2014 09:19 AM
Sumber: Malaysian Digest

.

Bekas pelakon juga pengacara yang kini aktif sebagai motivator, Wardina Safiyyah mengakui mengambil masa lebih kurang sebulan sebelum memberikan kata putus menerima tawaran sebagai duta jenama tilam tempatan, Goodnite.

Menurut aktres kacukan Australia-Acheh yang pernah popular menerusi lakonannya dalam 'Spanar Jaya' ini, pada mulanya dia berasa pelik saat didatangi wakil Goodnite. Bahkan awal-awal lagi Wardina berterus terang kepada pihak berkenaan akan syarat-syaratnya terutama beliau tidak akan memakai pakaian yang ketat apatahlagi bergaya seksi untuk gambar promosi produk berkenaan.

Namun selepas meminta pendapat suaminya, beliau akhirnya bersetuju. Tambahan pihak Goodnite turut menawarkan suami dan anak-anak beliau terlibat sama dalam iklan untuk kempen berkonsepkan kekeluargaan.

"Mula-mula tu saya sangat pelik kenapa mereka (wakil Goodnite) memilih saya. Iyalah, saya ni bukannya popular lagi. Saya katakan pada mereka, saya tidak akan memakai baju ketat-ketat, tidak akan berposing seksi di atas tilam mereka. Walaupun mereka bukan Islam tapi mereka faam dan hormati syarat-syarat saya.

"Saya berbincang dengan suami saya. Selain seperkara yang buat saya tertarik ialah kempen yang mereka wujudkan untuk promosikan produk tilam ni iaitu kempen yang berkonsep memetingkan nilai keluargaan serta kepentingan tidur yang cukup. Anak-anak dan suami saya juga terlibat untuk iklan tersebut", kata Wardina yang menandatangani kontrak selama dua tahun dengan Goodnite.

Pemilik nama sebenar Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, 34, ini ditemui pada majlis pelancaran memperkenalkan dirinya sebagai duta baru Goodnite, bertempat di Hotel Westin, Kuala Lumpur.


Wardina Safiyyah bersama Pengarah Urusan Goodnite, Dato' Edmond Chew sewaktu di majlis pelancaran Goodnite, baru-baru ini.

Pada majlis itu, Pengarah Urusan Goodnite, Dato' Edmond Chew turut menyarungkan sebentuk cincin ke jari Wardina sebagai simbolik pemilihan selebriti itu sebagai duta baru jenama tilam tersebut.

Bawa Anak-Anak Pindah Ke Australia

Dalam pada itu berkongsi mengenai perkembangan diri, Wardina memberitahu sejak meninggalkan dunia lakonan juga pengacaraan, tumpuan beliau hanya pada pengajian serta aktiviti amal ataupun program ceramah.

Beliau juga kini sedang menunggu surat tawaran rasmi dari dua buah universiti di Australia bagi melanjutkan pengajian dalam jurusan Ijazah Psikologi. Kalau tiada aral, Wardina akan berpindah ke sana pada bulan Jun ini.

Demi mengejar cita-citanya mahu bergelar pakar psikologi, bekas pengantara program Malaysia Hari Ini (MHI) dengan rela hati membuat keputusan untuk meninggalkan segala aktiviti ceramah serta amal kebajikan persatuannya di sini bagi menumpukan sepenuh perhatian pada pelajarannya di 'bumi kanggaru' itu.

"Saya akan berpindah ke Brisbane, Australia. Dari dulu lagi saya memang teringin belajar di luar negara. Saya nak menimba pengalaman baru di tempat baru. Cuma masa inilah baru ada kesempatan. Sekarang ni saya sedang tunggu surat tawaran. InsyaAllah saya akan menyambut pengajian Ijazah untuk tahun ketiga dan selepas ini sebolehnya saya nak lanjutkan pelajaran ke peringkat paling tinggi lagi.

"Saya akan berpindah bersama anak-anak sementara suami saya akan tinggal di sini dulu buat.........................................................................


Baca Lanjut: http://malaysiandigest.com/hibur ... ahu-pose-seksi.html
Quote tinker_bell 4-3-2014 09:22 AM
siputsedut posted on 4-3-2014 09:18 AM
Mana ade..heols skolah mrsm la dr form 4 ke form 5..uols knl heols camne? Die ke duk aussie tu?

tak tahu la noks..uoll kata schoolmate..takkan tak ada fb heol..mcm ioll kenal family dorang gituh2 je..pernah jumpa irfan ni berapa kali je pon..
Quote camflo03 4-3-2014 09:24 AM
bestnya migrate ke australia..hopefully if ada rezeki, i wanted to do the same.
all the best wardina~
Quote tinker_bell 4-3-2014 09:24 AM
molimoshika posted on 4-3-2014 08:39 AM
dia sambung Ph.D ke kat sana? sonoknye sbb semua family ada sana

habiskn degree la..kn uni swasta bila final year selalu buat dkt oversea..
Quote NAT_11 4-3-2014 09:31 AM
Baguslah. GOODBYE...............

Lihat semua komen(321)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.374042 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top