CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Pulau Pangkor

5-3-2014 05:35 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10189| Komen: 14

Description: Pulau Pangkor Terletak Di Negeri Perak, Di Perairan Selat Melaka. Luasnya Cuma 2,200 Hektar Dan Penduduknya Berjumlah Kira-Kira 25,000 Orang. Pulau Pangkor Merupakan Salah Satu Destinasi Pelancongan U ...
Pulau Pangkor
Pulau Pangkor terletak di negeri Perak, di perairan Selat Melaka. Luasnya cuma 2,200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang. Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia.

Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau tropika yang menawan dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik. Diantara tempat yang menjadi tumpuan pelancong adalah:-

  • Kota Belanda
  • Batu bersurat
  • Pantai Puteri Dewi
  • Pantai Pasir Bogak
  • Teluk Nipah


Pulau Pangkor boleh dijelajahi dengan berjalan kaki atau menggunakan kenderaan dan laut hangat di sekelilingnya sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang, snorkling, berkayak, dan memancing.

Pelancong juga boleh menaiki bot untuk pergi ke Pulau Pangkor laut yang dimiliki oleh orang persendirian, di mana terdapat peranginan Pangkor laut, sebuah tempat peranginan kecil mewah.

Sejarah

Pulau Pangkor terkenal sejak sekian lama .
  • 1670: Belanda telah menjadikan Pulau Pangkor sebagai lokasi memunggah bijih timah dari negeri Perak. Kota Belanda telah dibina bagi menyimpan bijih timah dan lain-lain dagangan dari negeri Perak. Selalu terjadi aktiviti lanun di Selat Dinding.
  • 1874: Sir Andrew Clarke selaku Gabenor Negeri Selat yang beribu pejabat di Singapura telah datang ke Pulau Pangkor bagi menandatangani Perjanjian Pangkor. Perjanjian ini bersetuju dan mengiktiraf Sultan Abdullah sebagai Sultan Perak. Pelombong bijih timah yang berperang merebut kawasan juga setuju untuk didamaikan dan ini menguntungkan Syarikat Hindia Timur Inggeris. (SHTI)



1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alieyrina 17-2-2014 03:52 PM
Dlm gambaq tu celah mana..kdg2 balik kg somi ada p pangkor tp x tour island or snorkel mcm ni..duk kat teluk nipah ja..mcm nk bwk anak p pulak..
Quote whadda 22-2-2014 12:20 PM
gambar tu kat pulau giam... berhadapan teluk nipah.. kene seberang naik bot... tempat popular aktiviti snorkeling...
Quote purpledesire 22-2-2014 03:39 PM
kan best kalo dapat gi honeymoon kat pulau pangkor nie..huhuu
Quote thessailly 22-2-2014 09:40 PM
pulau pangkor ni...tak best mana
Quote otai_g 22-2-2014 09:51 PM
penah la gi family trip kat pangkor ms zaman sek men dulu.

bg yg suka kedamaian ok la sbb sana x de hanky panky n suasana  bz mcm kat kl.

pkl 8 malam pun da mcm pkl 12 malam
Quote -electrifying- 7-3-2014 11:28 AM
aku pnah skali je holiday kt pangkor, tu pon ats niat nk berlendir ng ex gf
Quote lucky_peace 11-3-2014 10:52 AM
pulau pangkor dah tak seindah dulu, dek kerana pembangunan, tapi bukannya pembangunan tuk pelancongan, namun pembangunan tuk perindustrian... kawasan2 kat sekitar lumt dah di dirikan kilang2 mega bertaraf dunia, sampai tercemar air laut, huhu...
Quote yanasan21 11-3-2014 03:35 PM
tak pernah pergi...huhu.....
Quote aloynr 12-3-2014 08:10 AM
xpenah g pangkor.. apa nama kwsn private yg da ditambak tu.. juz 5 minit da bole smpai ke pangkor...
Quote key.la 12-3-2014 03:38 PM
Marina Island..
Quote bedahmulutpuaka 12-3-2014 04:40 PM
last pergi umur 7 tahun...

waktu tu tak tau pon apa benda percutian..
Quote riehan 13-3-2014 12:35 PM
xprnh pegi..tp ade org ckp skrg lg cntik dr dulu..huhu..sape2 prnh gi x bru2 ni?
Quote duniaku85 14-3-2014 11:10 AM
riehan posted on 13-3-2014 12:35 PM
xprnh pegi..tp ade org ckp skrg lg cntik dr dulu..huhu..sape2 prnh gi x bru2 ni?

saya pnh pegi tahun lepas...tpt tu diorg dah tak jaga..sampah sarap dari sumber domestik tak terurus..dkt hutan simpan tu ada 1 kg, diorg tu buang sampah tepi jalan, nak dkt dgn pantai..malu klau pelancong luar tgk. Lg pun pangkor ni kecik je..jalan sempit. Dah la aritu first time pegi, boleh pulak semua teksi mogok..dh tu nak  tak nk kne sewa keta la..dh la harga keta melambung, sbb kes teksi mogok ni..mmg cekik darah la..tp part plg best, mkn ketam goreng..mahbeles. tp klau g time cuaca panas..mmg terbakar la
Quote riehan 14-3-2014 11:41 AM
tringin jgk nk gi..hehehe..nk cuci mata..tmpt die pun sunyi kn..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.056326 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top