CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bini Kena Penjara 1 Hari Akibat Cakar Rimau

12-3-2014 09:44 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9949| Komen: 22

Description: Melaka: Akibat Mencakar Suami Sehingga Cedera Dalam Kejadian Februari Lalu, Seorang Suri Rumah Dipenjara Sehari Oleh Mahkamah Majistret Semalam. Tertuduh, Lim Cheng Wan, 58, Dijatuhi Hukuman Itu Sele ...

Gambar hiasan


Melaka: Akibat mencakar suami sehingga cedera dalam kejadian Februari lalu, seorang suri rumah dipenjara sehari oleh Mahkamah Majistret semalam.
Tertuduh, Lim Cheng Wan, 58, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku salah di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencederakan suaminya, Ng Cheng Poh, 58, di sebuah pejabat, di Taman Perindustrian Melaka pada jam 10.30 pagi, 15 Februari 2014.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, Lim ke pejabat Ng dan membuat kacau serta marah-marah sambil menuduh suaminya mempunyai perempuan simpanan.

Tertuduh bertindak mengeluar dan membuang dokumen perniagaan yang berada dalam kereta suaminya sebelum mencakar tangan serta menarik baju Ng sehingga meninggalkan kesan calar ketika berada di dalam kereta berkenaan.

Lim yang tidak diwakili peguam ketika rayuan memohon supaya tidak dikenakan denda dan diringankan hukuman dengan alasan sudah tua dan mempunyai dua anak.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak yang mengendalikan pertuduhan memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh yang tidak memiliki rekod kesalahan lampau.

Mohd Firdaus kemudian memerintahkan tertuduh dipenjara sehari bermula dari tarikh jatuh hukum semalam.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gujiwa 12-3-2014 06:56 AM
Dia praktis cakar rimau ngan kaedah lain sket....
Quote pakweneelofa 12-3-2014 07:14 AM
surirumah mengganas
Quote ais_kosong 12-3-2014 07:29 AM
cakar sikit kena report
Quote ad_hoc79 12-3-2014 07:38 AM
amboi lakinye pon... cakar pon sampai mahkamah.
yg ia buat smpai bini susah2 beranak bini suka jer
Quote haryatie 12-3-2014 07:40 AM
laki nya pun..bini cakar pun repot..
da sah2 da x syg lagik kat bini tu..
blah je la...
Quote adelea 12-3-2014 08:04 AM
Jahat nya laki dia
Quote kucing_gebu 12-3-2014 08:47 AM
amboi...si laki ni...bini cakar pun sampai ke mahkamah...ada bini2 yg makan sepak terajang..kena cucuh api semua bagai...apa ke halnya...
Quote iniaroonz 12-3-2014 08:56 AM
tulah....bila hati dah tak sayang kann... main cakar2 pun tak leh...
Quote -electrifying- 12-3-2014 08:56 AM
ape kehal kes ni msuk mahkamah?
Quote kokocrunch 12-3-2014 09:44 AM
kasar sikit pun xleh..
Quote alinone78 12-3-2014 09:49 AM
auwww aucchhhh
ingatkan muda lagi
Quote klkl 12-3-2014 10:06 AM
pompuan simpanan cakar.. tak nak report pun..
Quote Artemesiaa 12-3-2014 11:04 AM
Nasib dicakarnya aja tak kena baling nagn meja, tong pemadam api etc.
Quote akik 12-3-2014 11:14 AM
mentang2 la bini dah tua..cedera kena cakar je pun terus report polis..
Quote LordMuramasa 12-3-2014 11:23 AM
http://www.broframestone.com/2010/06/teknik-cakar-harimau/





Quote nizam49 12-3-2014 11:41 AM
cakaran maut tu...
Quote Shahreen74 12-3-2014 01:17 PM
nak praktis cakar harimau.. tp tak reti.. terlebih cakar sampai luka la plak.. mana x hangin asben dia... binik baru nak manja2.. praktis cakaran2 tu... lain plak jadinyer yee...

Quote orgkpg 12-3-2014 02:38 PM
ni pun sampai mask mahkamah??? dah hidup bersam ntah berapa lama,,, hmmm....
Quote cmf_kunyit 12-3-2014 02:40 PM
penjara tanda syg tu..

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.219170 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top