CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Bantuan RM500: Rayuan permohonan BR1M dilanjut akhir bulan ini

  [Copy link]
Post time 13-12-2011 02:08 PM | Show all posts
klu kite mohon..

adekah pru nti kite wajib mengundi...

sbb aku mmg xpenah g ngundi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2011 09:51 PM | Show all posts
tanya sket, kakitangan awam yg bertugas di luar negara layak tak dpt tuntutan ini?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 12:44 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 09:29 AM | Show all posts
kalau hantar wakil untuk submit borang tu boleh ker
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2011 06:23 PM | Show all posts
Pemohon BR1M tidak perlu beri akaun bank


2011/12/14

KUALA LUMPUR: Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu memberi nombor akaun bank semasa membuat permohonan bantuan tersebut, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai.

Beliau berkata, kementerian itu menerima aduan orang ramai tentang munculnya borang palsu BR1M yang meminta mereka memberi nombor akaun bank. "Kementerian hanya mahu butiran seperti nama penuh pemohon, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan pendapatan bulanan, bukannya nombor akaun bank mereka," katanya pada sidang akhbar di ruang legar Bangunan Parlimen di sini, hari ini. Lim berkata, sindiket penipuan sudah cuba mengaut keuntungan segera menerusi pemalsuan borang BR1M dan pemohon diingatkan supaya lebih berhati-hati.

Mereka boleh menghubungi talian Hotline BR1M di 1-800-222-500 untuk mendapat kepastian untuk mengelak daripada menjadi mangsa sindiket penipuan, katanya.

Beliau berkata, borang bantuan BR1M diedarkan secara percuma sejak Sabtu lalu, yang boleh didapati di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, lobi utama Kementerian Kewangan dan sekolah terpilih dari 9 pagi hingga 5 petang.

Pendaftaran permohonan BR1M bermula pada 10 Disember lalu dan tarikh akhir menghantar borang adalah pada 10 Januari tahun depan (2012).

Maklumat lanjut mengenai BR1M juga boleh diakses dengan melayari laman web http://www.treasury.gov.my.

Sementara itu, Ketua Pemuda MIC, T Mohan memberitahu satu sidang akhbar lain di sini pihaknya akan 'turun padang' Ahad ini membantu masyarakat India yang masih keliru dengan syarat kelayakan BR1M.

Mohan berkata, Pemuda MIC akan mengedar lebih 50,000 borang BR1M percuma dan membantu dalam mengisi borang.

"Tindakan ini diambil selepas menerima panggilan mengenai BR1M dan bagaimana mendapatkan borang.

"Pendaftaran BR1M secara besar-besaran akan dibuat bagi memastikan tidak ada sesiapa yang tertinggal di kalangan masyarakat India untuk mendapat bantuan khas ini," katanya.

Pada pembentangan Bajet 2012 Oktober lalu, kerajaan mengumumkan pemberian bantuan RM500 kepada seorang lelaki dan wanita yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah dan berpendapatan kasar isi rumah bawah RM3,000 sebulan.

Mohan meminta Kementerian Kewangan mengadakan talian khas dalam bahasa Tamil bagi memudahkan kaum India memahami tentang BR1M.

"Sekiranya ada bahasa Tamil lebih senanglah masyarakat India memahami cara memperoleh bantuan itu," katanya. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 07:09 PM | Show all posts
nanti kaum lain pon nak talian dlm bahasa diorang gak....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2011 07:19 PM | Show all posts
rm500 ,,,,nti lps PRU semua brg naik harga, lps lah  cover bantuan kehulu kehilir
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 07:53 PM | Show all posts
rakyat didahulukan....menanggung beban..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-12-2011 09:10 PM | Show all posts
SMS minta anggota parti pembangkang terima BR1M derma RM100 kepada parti dipersoal


2011/12/14

KUALA LUMPUR: Khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta anggota parti pembangkang yang menerima wang RM500 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya menderma RM100 kepada parti bagi membantu mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dipersoalkan oleh beberapa pihak.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata permintaan tersebut tidak sesuai kerana BR1M bertujuan membantu meringankan beban keluarga yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dan bukan untuk tujuan lain. "Wang itu sepatutnya digunakan untuk memperbaiki kehidupan, untuk membeli keperluan rumah bukannya untuk didermakan kembali kepada parti politik mereka," katanya. Beliau berkata, walaupun perkara itu "terpulang kepada penerima untuk dermakan ke mana, tetapi dari segi moral mereka tidak menghargai bantuan kerajaan kerana sudah dapat bantuan, mereka nak beri derma pula pada parti."

Senator Ezam Mohd Nor pula menyifatkan ia satu tindakan tidak bertanggungjawab.

"Mereka ambil hak rakyat miskin yang memerlukan untuk tujuan politik parti. Saya cabar parti pembangkang buat penjelasan dan tarik balik tindakan yang amat tidak bersifat negarawan ini," katanya.

Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali, berkata jika benar dakwaan yang SMS itu disebarkan oleh parti pembangkang, ia adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab kerana wang tersebut diberikan untuk meringankan beban rakyat.
"Jika ada yang berbuat demikian, mereka ini mengkhianati diri sendiri dan keluarga. Ia juga disifatkan tidak amanah atas pemberian ikhlas kerajaan," katanya.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, bagaimanapun menafikan PAS ada menghantar SMS itu dan berkata parti pakatan pembangkang sudah mempunyai dana yang mencukupi untuk menghadapi pilihan raya umum itu.

"Kita tidak buat perkara sebegitu, duit kita semuanya cukup dan diharapkan mereka yang mendapat duit RM500 itu agar gunakannya untuk persekolahan anak-anak, pembangkang tak perlu duit tersebut," katanya. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2011 09:28 PM | Show all posts
Borang BR1M Yang Palsu


Borang BR1M Palsu





Borang BR1M Yang Asli

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 02:50 PM | Show all posts
so... mcm mana kita nak tau yg permohonan kita lulus dan bakal menerima sedekah rm500 dr kerajaan ni?? kot celah mana nak check?? aku sian mak ayah aku ni...tengah kering....hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2011 08:53 PM | Show all posts
Bukan niat kerajaan pancing undi beri bantuan: Nazri


2011/12/15

BESUT: Kerajaan tidak berniat untuk memancing undi melalui pelbagai jenis bantuan yang disalurkan kepada orang ramai termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sedang dilaksanakan sekarang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata, bantuan yang diberikan itu semata-mata bagi menjalankan tanggungjawab kerajaan membantu golongan yang susah di samping menghargai mereka yang sentiasa menolong kerajaan dan memenuhi janji bahawa rakyat sentiasa didahulukan dalam pentadbiran kerajaan pada masa ini. "Inilah antara jenis kebajikan yang dilakukan oleh kerajaan kepada rakyat yang telah dilaksanakan sejak 50 tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan penduduk di Kampung Pengkalan Atap di Kuala Besut hari ini. Kampung itu dilanda ombak besar Ahad lalu. Nazri berharap rakyat tidak mudah terpedaya dengan polemik, ucapan maupun ungkapan pembangkang yang cuba meniru pendekatan kerajaan dalam membantu mereka dengan menjanjikan slogan "negara kebajikan" sekiranya diberi mandat dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Beliau melahirkan rasa kecewa dengan sikap pemimpin pembangkang yang menyuruh penyokong mereka menerima setiap bantuan daripada kerajaan tetapi tidak mengajar mereka supaya bersyukur dengan pemberian, apatah lagi untuk mengucapkan terima kasih kepada kerajaan.

"Kita beri tidak kira parti tetapi mereka suruh ambik apa yang UMNO (kerajaan) beri tetapi bila tiba pilihan raya, undi mereka (pembangkang)," katanya.

Mengenai permintaan Pas supaya dua wakil kerajaan persekutuan menyertai Jawatankuasa Kajian Hukum Hudud, beliau berkata, permintaan itu tidak perlu dilayan.
"Kalau benar perlembagaan Pas itu al-Quran, kenapa pula nak salahkan Perlembagaan Malaysia kerana mereka sepatutnya boleh melakukannya di negeri-negeri yang mereka kuasai seperti di Kelantan dan Kedah.

"Kalau tidak mampu melakukannya, janganlah salahkan orang lain," katanya.

Nazri, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara berkata, Majlis Keselamatan Negara sedang membuat penilaian tentang kerosakan yang dialami beberapa negeri ekoran banjir yang berlaku pada bulan lepas dan yang sedang berlaku sekarang.

Mengenai 41 keluarga di Kampung Pengkalan Atap, yang dilanda air pasang dan ombak besar itu, beliau berkata, pertimbangan sedang dibuat bagi memastikan mereka mendapat bantuan manakala benteng ombak di situ yang runtuh akibat kejadian itu akan dibaik pulih. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2011 09:05 PM | Show all posts
60,000 borang BR1M diedar di Ampang

AMPANG 14 Dis. - Parlimen Ampang merupakan antara kawasan tertinggi mengagihkan borang program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) apabila sebanyak 60,000 set diedarkan kepada anggota masyarakat semua kaum yang berkelayakan.

Penyelaras Parlimen Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata, pihaknya juga menyediakan hampir 50 pusat mengisi borang tersebut di lokasi strategik yang mendapat sambutan menggalakkan.

''Antara syarat kelayakan untuk pemohon program Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 ialah warganegara Malaysia dan ketua isi keluarga berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui semasa meninjau ke beberapa lokasi pengisian borang tersebut di sini baru-baru ini.

Pemberian bantuan wang RM500 kepada golongan berkelayakan itu adalah antara perkara terkandung dalam Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen baru-baru ini.

Menurut Ismail, bagi mereka yang tidak berkesempatan mengisi borang permohonan itu boleh mendapatkannya di Pejabat UMNO Bahagian Ampang dalam tempoh sebulan dari sekarang.

Katanya, pemohon diminta membawa salinan kad pengenalan dan penyata gaji bagi yang bekerja tetap.

Ismail merangkap Ketua UMNO Bahagian Ampang berkata, langkah memperkenalkan BR1M oleh Najib itu membuktikan Perdana Menteri amat prihatin dengan kesusahan rakyat.

"Bantuan sedemikian sekurang-kurangnya akan dapat meringankan beban ketua keluarga dalam sesebuah rumah untuk menyediakan keperluan anak-anak mereka bagi menghadapi penggal persekolahan akan datang," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2011 09:06 PM | Show all posts
Tiada borang BR1M palsu - LHDN

TELUK INTAN 14 Dis. - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) Teluk Intan menjelaskan semua borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sama ada yang diedarkan di pejabat Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di daerah ini adalah sah untuk digunakan.

Pengarahnya, Mafti Ahmad berkata, dakwaan kononnya terdapat borang BR1M palsu yang diedarkan oleh wakil rakyat tertentu adalah tidak benar.

''Borang yang boleh didapati di Pusat Khidmat Parlimen Pasir Salak dan pejabat ADUN Sungai Manik boleh digunakan dan tidak timbul isu borang palsu.

''Jadi kita minta orang ramai jangan keliru kerana walaupun ada borang yang difotostat, selagi format borang tidak diubah, maka ia sah digunakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kekeliruan ekoran wujud percanggahan mengenai keaslian borang yang dikeluarkan sama ada pejabat Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman atau pejabat ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzli Paharuddin.

Mafti memberitahu, pihaknya menerima pelbagai aduan berhubung perkara tersebut sedangkan borang yang diedarkan melalui kedua-dua wakil rakyat itu sebenarnya boleh digunakan.

Sehubungan itu, katanya, LHDN sudah mengambil langkah segera melalui ketua-ketua kampung serta pemimpin setempat bagi menjelaskan perkara itu.

''Setakat ini, pihak kami sudah mengeluarkan sebanyak 57,000 borang BR1M di pejabat Daerah, pejabat Penghulu, Pejabat Pusat Khidmat Parlimen dan ADUN yang semuanya sah untuk digunakan. Jadi orang ramai tidak perlu bimbang.

''Walaupun ada pihak sudah membuat salinan fotostat yang menyebabkan warna borang berbeza dari yang lain, tetapi ia masih sah dan perkara ini sudah kita panjangkan kepada wakil rakyat terbabit," jelasnya.

Beliau menegaskan, pihaknya akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang mengubah format borang tersebut kerana ia boleh mendatangkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 09:48 PM | Show all posts
try,,, jgn tak try...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 10:30 PM | Show all posts
aku nk lps geram ni.

baru kejap td smbg2 ngn geng2 aku sekali dia ckp dia n adik beradik mertua  ...
seb_baik Post at 13-12-2011 13:44



   gaji 3000 sorg pn gigih jugak nk 500 tu...busuk hati punya org..ape jkkk tu bsr sgt ke pangkat dlm M'sia ni???choyy la kwn ko tu...org2 cenggini mmg bkn miskin duit harta, tp miskin kesedaran dri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2011 07:56 AM | Show all posts
gaji 3000 sorg pn gigih jugak nk 500 tu...busuk hati punya org..ape jkkk tu bsr sgt ke pang ...
aechae Post at 15-12-2011 22:30



    katanya bapak mertua dia jkkk tu rakan comolot noh omar. apa nk buat? terima je la. smlm pn ada sorg lg bg tau aku dia pn dpt offer rm500 tu padahal gaji laki dia sj dh dkt rm6000. chooi sgt! dia kata pak cik dia org kuar umno. dia kata ini nasib dan birokrasi. xblh bantah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 08:46 AM | Show all posts
muga allah melaknati orang2 yg tidak layak tapi masih mengambil kesempatan untuk mengambil hak rakyat yang lebih memerlukan.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 02:06 PM | Show all posts
borang yg blh download online nih ori kah palsu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 04:20 PM | Show all posts
kat kg saya di Kota BHaru..borang kena ada tandatangan JPP (UMNO) atau Ketua Bahagian UMNO..
Rupanya duit bantuan ni dari yuran keahlian UMNO ek..
syukurrr...baik sungguh org2 UMNO nih...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.758042 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list