Kah Kah Kah! Pakar liwat nak membohong dibulan puasa. Khatib sendiri dah mengaku dia lagi nak nafi.
KENYATAAN MEDIA
20 OGOS 2010
Kami memandang serius fitnah terbaru yang dimainkan pimpinan Umno untuk menyemarakkan api kebencian di negara ini. Tuduhan yang dilemparkan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bahawa nama Yang Di Pertuan Agong telah digantikan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Saudara Lim Guan Eng telah terbukti merupakan satu pembohongan semata. Saya sendiri memantau perkembangan tersebut, membaca teks khutbah yang diedarkan dan menerusi rakan-rakan di Pulau Pinang mendapati tuduhan tersebut tidak berasas bahkan ianya merupakan satu fitnah demi laba politik pemerintah yang kian hari kian terdesak.
Pimpinan Umno menerusi akhbar Utusan Malaysia berterusan menggunakan aksi politik perkauman sempit yang usang. Kegagalan pentadbiran Najib memahami nurani rakyat Malaysia keseluruhannya yang mahukan sebuah negara yang kekal aman dan sejahtera dizahirkan oleh kenyataan berunsur fitnah Ahmad Zahid Hamidi tersebut.
Kita yakin usaha pimpinan Umno ini tidak akan berhenti di situ sahaja. Mereka pasti menganyam fitnah yang lain pula demi memecah belahkan muafakat masyarakat di negara ini yang mahu hidup dalam kerukunan dan sejahtera. Mereka menyedari rakyat Malaysia mempunyai keyakinan yang teguh untuk terus beriltizam dengan Perubahan dan demi Malaysia yang Adil. Oleh demikian saya menyeru rakyat Malaysia untuk perteguh keazaman bersama Pakatan Rakyat dan mara mengharungi serangan yang tidak akan kunjung diam dari pimpinan Umno itu. Hanya dengan melakukan Perubahan, politik perkauman sempit akan berjaya dihalang.
ANWAR IBRAHIM
AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH
KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA
Kerajaan negeri Pulau Pinang menafikan sekeras-kerasnya bahawa nama Ketua Menteri Lim Guan Eng menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat yang dibaca di beberapa masjid di negeri itu.
Exco Hal-Ehwal Agama negeri, Abdul Malik Abul Kassim berkata siasatan awal mendapati ianya tidak berlaku kerana teks khutbah Jumaat, yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam negeri, tidak menggunakan nama Lim.
Katanya, hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat.
Abdul Malik berkata, beliau telah membuat siasatan awal dan mendapati kejadian itu tidak berlaku seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga pengerusi perhubungan Umno negeri.
Abdul Malik menjelaskan, teks khutbah yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) tidak menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Lim, seperti yang didakwa.
"Dan kalau mereka tidak baca teks sekalipun, saya percaya hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan ganti nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah," katanya lagi.
Tambahnya, dakwaan itu juga tidak menyebut dengan jelas masjid yang terbabit, sebaliknya hanya menamakan kawasan Permatang Pauh, Jelutong dan Tasek Gelugor.
Ditanya lanjut, beliau berkata kerajaan negeri tidak akan mengambil tindakan lanjut atas dakwaan itu kerana "tidak timbul isu."
"Isu ini sengaja diada-adakan, sebab sememangnya tiada isu. BN yang sengaja wujudkan isu ini," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Abdul Malik juga berkata, sekiranya Ahmad Zahid mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut, beliau hendaklah membuat laporan supaya dakwaan tersebut dapat disiasat.
"Kalau dia ada maklumat, sepatutnya dia buat laporan kepada kerajaan negeri, atau kepada polis atau kepada pejabat mufti, bukannya pergi beri kenyataan kepada media," katanya lagi.
Sementara itu, bercakap dalam satu sidang media pagi ini, Abdul Malik juga berkata kerajaan negeri serta JAIPP tidak menerima sebarang arahan lisan mahupun bertulis untuk menukar nama tersebut dalam teks khutbah.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa sesetengah jawatankuasa masjid menggunakan isu tersebut untuk mensabotaj kerajaan negeri.
Kah Kah! Mamak yg suara dia mcm doraemon nobita ni pun nak membohong jugak. Kena tarik telur terus suara jadi macam Nobita
Reply 246#penyo.
die nih da bese kencing..
tuh yg balaci die ikut skali..
beriye cakap pitnah..bile dah terbukti ada
kuar soklan lain plak
"berdosa ke tak doakan YDPA?"
GOMBAK 22 Ogos - Dewan Pemuda Pas Pusat mempertahan tindakan khatib jemputan, Zakaria Ahmad, yang mendoakan kesejahteraan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semasa khutbah Jumaat di beberapa daerah di negeri itu.
Ketuanya, Nasarudin Hassan berkata, tiada salahnya bagi umat Islam memohon kepada Allah agar diberi hidayah kepada Guan Eng supaya menerima Islam walaupun dalam khutbah Jumaat.
"Nabi Muhammad SAW sendiri pernah mendoakan agar orang-orang kafir diberi hidayah agar memeluk Islam. Jadi dari segi hukumnya, tindakan Zakaria tidak salah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Nasarudin berkata demikian ketika diminta mengulas pengakuan Zakaria yang juga ahli Pas bahawa beliau bukan khatib pertama yang membaca doa tersebut sejak dua tahun lalu.
Ditanya adakah Pas juga turut mempertahankan tindakan Zakaria dan khatib lain yang menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam doa khutbah Jumaat, beliau berkata perkara itu diserahkan kepada pihak berkuasa.
"Soal menggantikan doa kepada Yang di-Pertuan Agong, perkara itu kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan dan menentukan bentuk tindakan susulan," jelasnya.
Mengenai cadangan pihak polis agar Tabung DNA (asid deosiribonukleik) diwujud bagi membolehkan pihak berkuasa mengesan individu yang bertanggungjawab membuang bayi, Nasarudin berkata, pihaknya menyokong langkah tersebut tetapi bersyarat.
Menurutnya, pihak berkuasa perlu memastikan bahawa Tabung DNA itu tidak disalah guna bagi tujuan untuk menyabitkan pihak yang mempunyai ideologi berbeza dengan kesalahan jenayah pada masa hadapan.
"Jika ia bertujuan untuk membanteras isu pembuangan bayi, kami tidak mempunyai masalah tetapi ia perlu dipastikan tidak disalah guna," katanya.
Ketuanya, Nasarudin Hassan berkata, tiada salahnya bagi umat Islam memohon kepada Allah agar diberi hidayah kepada Guan Eng supaya menerima Islam walaupun dalam khutbah Jumaat.
"Nabi Muhammad SAW sendiri pernah mendoakan agar orang-orang kafir diberi hidayah agar memeluk Islam. Jadi dari segi hukumnya, tindakan Zakaria tidak salah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
GOMBAK 22 Ogos - Dewan Pemuda Pas Pusat mempertahan tindakan khatib je ...
airhawk Post at 23-8-2010 10:22
Apa ni lobai? Hari tu masa mamak yg suara seperti ditarik tulur buat press conference kata org UMNO buat fitnah, PAstu kata org gila je yg sanggup buat mcm tu. La ni kata pertahankan khatib pulak... Prrfghhhhhhhhh........Lidah bercabang
ada ka orang BN nafikan ada solat hajat untuk calon BN ke apa ke..
tak cam puak PR yang munafik
mula mula kata fitnah
lepas tu keluar bukti
siang malam pertahan kata tak salah
walhal sebelum tu dah siap siap cakap orang gila saja yang sanggup berdoa camtue