|
Nak tunggu kat pantai mana dino? Nelayan pun x nampak muka ? |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tunggu kat pantai mana dino? Nelayan pun x nampak muka ?
sueism Post at 24-6-2011 09:14
kat kl mana la ade |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 16# artgeex
Asyik kerajaan BN je , Kerajaan Kebajikan PR, PAS ape yg dia buat, ape yg dia buat, asyik buat ceramah lepas tu mintak derma kat rakyat.. jee,Demo bersih kira kebajikan jugak ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
22 JUN 2011 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibawa melawat Kedai Rakyat 1Malaysia selepas beliau merasmikan kedai itu di station LRT Kelana Jaya, Selangor. - Utusan/RASHID MAHFOF
Bagus Najib ni... |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha sembang dalam forum bolehlah....kutuk sana sini...silap2 org ni yang sibuk dok terpacak kat kedai 1 malaysia...tak apa kalau yang rasa barang tu tak ada kualiti, nak muntahlah...tak payah pergi pun....tak ada org kisah.....hiduplah kau dengan kejahilan dan kesombongan bodoh tu...banyak lagi rakyat sana yang memerlukan...
kau tengok geng2 DAP....pakai kereta gila2 mahal...bila tang parking semua tak nak bayar...parking tepi jalan aje....punya banyak duit pun masih tetap nak berjimat...yang melayu rasa hidup konon2 dah senang sikit dapat pakai vios.....kau hiduplah dengan cara kau hahahaha....tu pun masih ada yang bodoh. |
|
|
|
|
|
|
|
Harga camtu pun boleh untung lagi sebenarnya.
Bayangkan yang jual barang lagi mahal, nerapa besor profit margin diorang.
Kedai ni sebenarnya serba sedikit boleh jadi rujukan untuk harga barang-barang keperluan walaupun jenama mungkin berbeza. |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha sembang dalam forum bolehlah....kutuk sana sini...silap2 org ni yang sibuk dok terpacak kat k ...
stonefury Post at 24-6-2011 11:55
Yang melayu rasa hidup konon2 dah senang sikit dapat pakaivios tu tak menyalak subsidi kehulu subsidi kehilir..tak apa jugak..ni bila harga barang naik..menyalak plak salahkan najib...macam najib plak yg naikkan harga2 barang2 tu suma..akai akai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Harga camtu pun boleh untung lagi sebenarnya.
Bayangkan yang jual barang lagi mahal, nerapa besor p ...
kekekek Post at 24-6-2011 12:03
tulah pasal...kalau ada pekedai yg boleh kasi 30% kurang...kenapa plak ada orang salahkan Najib bila minyak Ron97 naik 10sen...apa pemborong2 yg angkut barang2 tu pakai lori taruk minyak ron97 ke?...bukan minyak disel ke?.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by TGV at 24-6-2011 12:17
Dari Malaysiakini
Barang 1Malaysia murah, 'kualiti belum tahu'
Dalam keadaan warga kota yang semakin terhimpit dengan kenaikan harga barangan, Kedai Rakyat 1Malaysia yang dirasmikan perdana menteri semalam dilihat sebagai satu peluang kepada pengguna untuk membeli barangan keperluan pada harga yang lebih rendah.
Namun, keyakinan pengguna terhadap kualiti barangan berjenama 1Malaysia itu setakat ini masih belum dapat dipastikan kerana ia masih belum dicuba oleh pembeli.
Tinjauan Malaysiakini ke kedai itu di stesen LRT Kelana Jaya semalam mendapati, orang ramai mula mengunjungi kedai tersebut seawal jam 11 pagi lagi dan keadaan kedai berkenaan mulai sesak menjelang jam 12 tengahari.
Antara tarikan kedai berkenaan ialah harga yang murah bagi barangan keperluan pengguna tertentu yang ditawarkan di situ, seperti beras, minyak dan susu tepung.
Produk berkenaan dijual dalam bungkusan tertera logo1Malaysia yang dijual dengan harga yang lebih rendah berbanding produk berjenama lain di dalam kedai berkenaan.
Kedai kecil
Seorang pelanggan, Zafirul Wahab, berpendapat, harga barangan di kedai tersebut adalah murah namun jumlah barangan di kedai berkenaan agak terhad kerana saiz kedainya yang kecil.
“Harga boleh tahanlah rendah cuma produk terhad. Dari segi bungkusan memang menarik, tapi kualiti tidak tahulah,” katanya Zafirul, 33.
Beliau yang turut membeli sebanyak 20 botol air mineral daripada kedai berkenaan juga berkata beliau menghadapi kesulitan untuk mendapatkan tempat meletak kenderaan untuk ke kedai berkenaan.
“Agak susah untuk parkir kereta. Saya kena pusing beberapa kali, kena guna 'Touch n Go' semula baru boleh masuk. Kalau boleh tambah cawangan (Kedai Rakyat 1Malaysia),” katanya.
Selain itu, seorang lagi pelanggan, Alice Chang berkata beliau perlu mencuba produk yang baru dibeli dari kedai tersebut terlebih dahulu sebelum membuat keputusan sama ada untuk berkunjung lagi ke kedai tersebut.
“Mesti mahu cuba dahulu. Harga bolehlah (murah). Mesti tengok kualiti dia (barangan) baru boleh cakap. Mesti mahu cuba kualiti dahulu baru boleh tahu boleh datang lagi ke tidak,” kata Alice, 58.
Tak menang tangan
Sementara itu, seorang petugas kedai berkenaan, Nuriah Mat Salleh, 20, berkata kadar harga yang ditetapkan itu membolehkan pengguna berpendapatan rendah membuat pilihan.
Katanya, sejak kedai itu dibuka semalam pelanggan berpusu-pusu mengunjungi kedai berkenaan sehingga kakitangan berkenaan tidak menang tangan.
Malah, kedai berkenaan terpaksa 'meminjam' kakitangan daripada syarikat Mydin Mohamed Holdings Bhd yang mengendalikan kedai berkenaan, kata Nuriah lagi.
Salah seorang pelanggan yang ditemui, Fatimah Yaacob, 56, (kiri) mengakui bahawa harga barangan di kedai tersebut lebih murah berbanding kedai lain.
Namun, beliau berpendapat kedai berkenaan terlalu kecil untuk menampung jumlah pelanggan pada satu-satu masa.
“Harganya murah, bolehlah. Mungkin juga akan datang lagi. Kalau harga kurang, memang akan datang lagi... (Tapi) kedai ini kecil sangat, cuba besarkan lagi," katanya yang mengetahui mengenai pelancaran kedai tersebut sejak semalam.
Parkir terhad
Tinjauan Malaysiakini turut mendapati, kawasan kedai berkenaan turut dipenuhi longgokan stok barangan yang masih belum disusun.
Diperhatikan, keadaan ini menimbulkan kesesakan untuk orang ramai bergerak di dalam kedai berkenaan yang hanya boleh dipenuhi sekitar 30 orang untuk satu-satu masa.
Kedai berkenaan yang terletak betul-betul di pintu utama stesen LRT Kelana Jaya dilihat mudah untuk dikunjungi pengguna yang dihubungkan dengan jaringan pengangkutan awam di situ.
Namun, bagi pengguna yang berkereta, lokasi kedai berkenaan menyulitkan mereka kerana stesen berkenaan tidak dilengkapi dengan tempat letak kereta yang mencukupi.
Beberapa orang pengguna berkenaan berpendapat, kedai berkenaan sepatutnya mudah dikunjungi oleh pengguna berkenderaan persendirian dan bukannya pengguna LRT sahaja.
"Pertama kali datang tengok Parkir di sini sangat susah. (Saya) datang naik kereta kalau LRT tak apa," katanya Leong Wei Meng, 40.
Demikian juga keluhan seorang lagi pelanggan yang berpendapat bahawa kedai berkenaan perlu diperluaskan ke kawasan lain yang menjadi tumpuan penduduk.
Tambah cawangan
Angeline Mutu, 30, berkata kedai yang terletak di stesen LRT Kelana Jaya itu dikhuatiri tidak dapat menampung jumlah pelanggannya dan kawasan itu juga tidak disediakan dengan tempat letak kereta yang mencukupi.
"Parkir sini sangat susah, saya datang naik kereta. parkir sebelah jalan sana sebab parkir tak ada. Kalau parkir depan jalan nanti kena saman. Parkir dalam pun tidak boleh masuk kerana itu parkir untuk pekerja sahaja," katanya yang tidak begitu berpuas hati dengan harga barangan di kedai berkenaan.
Angeline berkata, harga barangan yang tidak berjenama 1Malaysia tetap dijual dengan harga sama seperti di kedai lain. |
|
|
|
|
|
|
|
bongokkk
kalau kualiti belom tawu tak payah la nak gebang lebih. cuba la dulu baru sembang kencang :re: |
|
|
|
|
|
|
|
bongokkk
kalau kualiti belom tawu tak payah la nak gebang lebih. cuba la dulu baru sembang kenc ...
cik.panda Post at 24-6-2011 12:18
tu dia.....barang tak kualitil ah pula hehehehe
patut kau bersyukur...kalau barang tu tak berkualiti lagi bagus...mesti rakyat akan marah najib...undi PR lepas ni akan bertambah....tak begitu? atau cemburu kot?
apa kata PR buat kedai Malaysia malaysia yang bagi harga mcm kedai 1 Malaysia dan barang yang hang kata lebih berkualiti? boleh ke? |
|
|
|
|
|
|
|
tu dia.....barang tak kualitil ah pula hehehehe
patut kau bersyukur...kalau barang tu tak be ...
stonefury Post at 24-6-2011 12:27
barangan barangan produk 1 malaysia kebanyakkan diambil dari perusahaan kecil sederhanana.... aku rasa penyokong penyokong DAP (Pakatan Rakyat) mestilah tak suka sebab ini akan membantu orang melayu dalam perniagaan... aku suspect orang DAP tak suka kerajaan ambil barangan dari usahawan melayu perusahaan kecil sederhana
boleh tengok geng geng DAP banyak mengutuk barangan ni .... |
|
|
|
|
|
|
|
tu dia.....barang tak kualitil ah pula hehehehe
patut kau bersyukur...kalau barang tu tak be ...
stonefury Post at 24-6-2011 12:27
kau ada masalah pemahaman untuk paham apa yang aku tulis ke? |
|
|
|
|
|
|
|
selagi takde kedai ni kat Kg Sawa Gerik
aku taknak pangkah BN |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 99# golok mail
eeeeee..bengang je kat comment org yg mcm ni..contoh..setin sardin kat Mercato/Cold Storage/Village Grocer adalah lebih mahal daripada setin sardin, jenama yg sama, size sama di Giant/Tesco/Mydin etc...dahtu..kira govt kenakan tax mahal lah kat mercato/cold storage/village?...mcm owner Mydin tu ckp lah...company selalu mark-up brg2 depending on cost spt sewa..promosi..iklan...etc etc..takde kena mengena pun dgn kerajaaaaaaaaaannn...yaAllaaahhh........bukalahhh mindaaa tuuu |
|
|
|
|
|
|
|
aku kalau boleh nak kedai 1malaysia bercambah di seluruh negara ...dapat membantu ekonomi org2 malaysia....org2 cina india pun dapat menikmati barang yang lebih murah....ni asyik2 org acheh yg kontrol kedai runcit...DAP tu normal lah.....apa yg kerajaan buat semua tak betul...kalau hebat sangat buatlah kedai malaysia malaysia hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
bagus la klu ada kedai jual brg murah.... di borneo bila lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
alahai Malaysiakini, nampak sangat busuk hati. Apa kata kau sendiri pergi try test tengok kualiti tak berkualiti barang kat situ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply golok mail
eeeeee..bengang je kat comment org yg mcm ni..contoh..setin sardin kat Mercato ...
anail Post at 24-6-2011 12:36
macam tu la...kalau dah tak suka, apa saja yg lalu depan mata semua tak elok...
pengalaman aku keja kat retailing ni mmg membuka mata...product SMEs, IKS..sorry,
tak akan ada kat mana-mana gondola pun...mcm-mcm alasan...packaging tak menarik le...
takut SKU tak cukup le...quality rendah le...mcm-mcm....so mcm mana peniaga bumiputra
nak market their products ?
so bila ada kedai mcm ni...amat bagus...re-packaging is normal, in-house brand is created
to cater the different segment of customers....choices is up to the customer. nak yg mahal, murah,
pilih sendiri, tak ada paksaan...sesuai sgt utk pengguna yg nak berjimat & price concious...
jadi pada yg suka sgt nak kondem-kondem ni...buka la minda tu, usah le dok politicise sgt isu-isu cenggini,
dah bagi pilihan dah...apa lagi yg tak puas hatinye...lagi teruk dok minta2 supaya kedai-kedai cenggini tutup
satu hari nanti...apa punya pemikiran nih ?
lagi kelakar dok compare milo plak..rasa lain le, quality tak sama le...deiii! milo is a product brand daa...mana ada
rasa sama...it's a cocoa drink...lain brand lain rasa le...haiyaa!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|