CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Bantuan RM500: Rayuan permohonan BR1M dilanjut akhir bulan ini

  [Copy link]
Post time 17-1-2012 09:16 PM | Show all posts
sekolah aku jadi tempat penyerahan ni...siap org bank dtg nak tgk tempat sbb nnt,pas bg baucer,tukar kat bank trus 500...menyusahkan betul la!skolah ni kan tempat blaja..mengganggu betul la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2012 11:16 AM | Show all posts
LHDN hanya terima borang BR1M

PUTRAJAYA 19 Jan. - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini menjelaskan, mekanisme pembayaran program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diuruskan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) masing-masing.

Bagaimanapun, untuk negeri di bawah pembangkang iaitu di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, urusan itu dilakukan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan persekutuan (JPP) negeri masing-masing.

LHDN dalam kenyataannya menyebut, sejurus selepas permohonan didaftarkan oleh LHDN, maklumat tersebut disalurkan terus kepada pejabat SUK dan JPP setiap negeri.

"Dengan maklumat itu, urusan pembayaran akan diatur oleh SUK atau JPP di mana surat makluman status permohonan BR1M akan dikeluarkan kepada semua pemohon termasuk permohonan yang tidak layak.

"Bagi pemohon yang layak, penyerahan baucar tunai kepada pemohon dibuat oleh pejabat yang berkenaan mengikut kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dinyatakan dalam surat pemakluman tersebut," menurut kenyataan itu di sini.

*ingatkan LHDN yang uruskan semua.. rupanya JKKKP yang urus, padan lah ramai dpt kat org UMNO jer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2012 11:43 AM | Show all posts
LHDN hanya bantu proses BR1M


HASAN (tengah) beramah mesra dengan sebahagian penerima BR1M di Kuala Pilah, Negeri Sembilan semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


PUTRAJAYA - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak terlibat dalam urusan pembayaran program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebaliknya hanya membantu dalam aspek penerimaan dan pendaftaran borang-borang permohonan.

LHDN dalam satu kenyataan semalam menyatakan mekanisme pembayaran untuk penerima di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan diuruskan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri masing-masing.

Pembayaran bagi negeri-negeri selain empat negeri itu diuruskan oleh pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Sebelum ini, LHDN menerima banyak pertanyaan daripada orang awam melalui talian pusat khidmat pelanggannya atau yang hadir sendiri ke pejabat cawangan LHDN berhubung mekanisme pembayaran itu.

LHDN menjelaskan, selepas ia mendaftarkan permohonan BR1M, maklumat itu akan disalurkan kepada pejabat SUK dan JPP.

"Melalui maklumat ini, urusan pembayaran akan diatur oleh SUK atau JPP di mana surat makluman status permohonan BR1M akan dikeluarkan kepada semua pemohon termasuk yang tidak layak," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 12:02 PM | Show all posts
opis aku ni satu building ngan LHDN..dulu masa amek borang jenuh mulut dok jawap soalan  public mana nak amek borang..sampai dah tampal sign pun masih ada yg tanya..then now tanya lagi mana lak nak amek duit..hadoii sabor ajalah..tunggulah surat dr LHDN..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2012 06:06 PM | Show all posts
BR1M diberi hasil kekuatan ekonomi dalaman negara - Najib

20/01/2012
5:09pm


KUALA LUMPUR 20 Jan. - Kerajaan dapat mengagih bantuan RM500 kepada keluarga berpendapatan rendah menerusi program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sejak awal tahun ini, hasil kekuatan ekonomi dalaman negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, BR1M juga merupakan hasil daripada keberkesanan kerajaan menguruskan pentadbiran negara.

"Kadar pertumbuhan negara tahun lepas melebihi lima peratus, manakala kadar pertumbuhan pelaburan swasta dari dalam dan luar negara dijangka melebihi sasaran, mencecah RM93 bilion.

"Hasil kedudukan kewangan negara yang kukuh ini, kita mampu beri (BR1M) kepada rakyat. Kewangan kita yang kukuh ini juga hasil pentadbiran kerajaan yang mantap,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Makan Tengah Hari Bersama Rakyat dan Penyampaian BR1M di kawasan padang bola sepak Flat Sri Johor di Bandar Tun Razak di sini dalam program turun padang ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 08:58 PM | Show all posts
BR1M ni duit BN ke...
apasal parlimen yg bukan BN sume diurus seliakan oleh pjbt penyelaras Parlimen (org BN le atau bakal MP kwsn tu)...bukan nye pejabat ahli parlimen kawasan tersebut...duit sapa ni....??salah ke duit kerajaan tu di bg pada pejabat ahli parlimen kwsn tu sendiri..menjadi ahli parlimen bukan kerajaan tu bkn kira bekerja utk MALAYSIA ke di bawah naungan YDPA.....
so BR1M yg hanya datang sekali seumur hidup ni leh dikategorikan bermotif POLITIK atau gula2 kan......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2012 09:24 PM | Show all posts
sampai bila partai aku nak jadi cerdik....asyik wat kija bodoh je....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2012 06:19 PM | Show all posts
Peluang kemuka rayuan bantuan BR1M


Oleh TOREK SULONG


BACHOK 20 Jan. - Keluarga dengan isu rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah yang gagal mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, masih berhak membuat rayuan untuk dipertimbangkan oleh kerajaan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, mereka berhak mengemukakan rayuan kerana mungkin permohonan awal ditolak disebabkan kesilapan teknikal atau lain-lain faktor.

Menurutnya, pemohon yang gagal dalam permohonan pertama, bagaimanapun perlu menyatakan alasan munasabah bagi menyokong rayuan tersebut untuk dipertimbangkan.

"Rayuan akan dipertimbangkan sebaik mungkin berdasarkan perincian alasan yang boleh diterima. Ia bertujuan memberi keadilan dan membuka ruang kepada rakyat untuk menuntut hak yang sepatutnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengagihkan sumbangan limau dan angpau kepada 270 masyarakat keturunan Cina dan Siam di Kampung Balai dekat sini, hari ini.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, rakyat Kelantan merupakan penerima tertinggi BR1M berbanding negeri lain.

Menurutnya, ia turut melibatkan masyarakat keturunan Siam dan Cina di kawasan kampung serta pedalaman yang bergantung hidup kepada kerja-kerja kampung, perniagaan kecil-kecilan serta hasil pertanian.

Bagi pengagihan fasa pertama di Bachok, katanya, seramai 11,000 daripada 17,000 pemohon sudah menerima BR1M yang diagihkan sejak semalam.

"Berasaskan pembelaan dan kebajikan rakyat sebagai keutamaan, justeru kerajaan memutuskan untuk memberi peluang kepada mereka yang gagal mendapatkan bantuan itu supaya mengemukakan rayuan," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-1-2012 06:47 PM | Show all posts
[size=1em]21 JAN. 2012: Sebahagian orang ramai terpaksa beratur panjang untuk mengambil wang Bantuan Rakyat 1Malaysia bagi kawasan Parlimen Tambun di Ipoh, Perak. - Utusan/ROY AZIS ABD AZIZ
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2012 07:22 PM | Show all posts
Reply 309# along3746

punya le payah nak ambil duit sendirik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2012 06:40 PM | Show all posts
300,000 rakyat Kelantan layak terima BR1M

KOTA BHARU 22 Jan. - Dianggarkan 300,000 rakyat Kelantan layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM500 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, setakat ini 5,000 keluarga telah menerima bantuan tersebut melibatkan peruntukan RM2.5 juta.

"Proses pengagihan bantuan itu berjalan lancar dan tiada sebarang masalah. Yang belum dapat harap bersabar kerana masa pengagihan sehingga hujung Mac, sekiranya ia tidak selesai, kita pasti kerajaan akan melanjutkan masa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas majlis pengagihan BR1M kepada 347 penerima melibatkan peruntukan RM173,500 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mulong di sini yang turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK), Datuk Makhtar Mustapha dan Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Datuk Mohd. Fauzi Ismail.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, agihan bantuan itu tertakluk kepada jadual yang ditetapkan melibatkan pemimpin tempatan yang perlu memberi sedikit sebanyak taklimat kepada rakyat mengenai usaha kerajaan membantu mereka.

Sehubungan itu, beliau berharap, rakyat Kelantan bersyukur dengan bantuan yang diberikan kerana ia melibatkan peruntukan wang besar di sebalik kebimbangan terhadap keadaan ekonomi dunia.

Dalam perkembangan lain, Mustapa berkata, parti pembangkang, termasuk Pas akan sentiasa mencari jalan untuk menanam kebencian dalam kalangan rakyat kepada Kerajaan Pusat dengan menafikan segala kemajuan yang dilaksanakan, termasuk di Kelantan supaya mereka boleh berkuasa.

"Tugas mereka ialah supaya rakyat benci kerajaan, kalau rakyat sayang kerajaan maka mereka terkapai-kapai, berasa kelam kabut. Maka tugas mereka ialah untuk meningkat dan menimbulkan kebencian dalam kalangan rakyat.

"Maka itu, mereka dakwa kita sekat, negara nak bankrap, ini semua fitnah yang dilemparkan. Mana kita nak bankrap, kalau bankrap macam mana kita nak bayar gaji kakitangan kerajaan, juga dengan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) melibatkan tambahan gaji," ujar Mustapa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2012 10:12 AM | Show all posts
BR1M: Keliru penglibatan JHDN


SAYA seorang daripada jutaan rakyat yang telah mengisi borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk mendapatkan bantuan ini dan telah menyerahkan borang melalui pejabat JHDN di Wangsa Maju.

Setelah diumumkan kerajaan akan mula membuat pembayaran, saya dengan pertolongan kawan telah membuat semakan sama ada layak atau tidak. Jawapan diterima, saya tidak layak kerana masih ada hutang dengan LHDN. Saya tidak tahu kerana JHDN tidak pernah memberitahu saya perkara itu. Bagaimana pun saya akur kepada keputusan itu.

Sewaktu mengikuti berita pada hari Khamis 19 dipaparkan di kaca TV menyatakan antaranya: "JHDN tidak terlibat dengan urusan BR1M". Ini membuatkan saya terfikir, kalau betul informasi itu, kenapa hak saya untuk menerima BR1M dinafikan?

ABDUL LATIF MOHAMMED
Taman Melati, Setapak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2012 10:33 PM | Show all posts
Penerima BR1M Parlimen Pandan Kesal Tunggu Terlalu Lama Untuk Dapatkan Bantuan


KUALA LUMPUR: Penerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi kawasan Parlimen Pandan mengeluh kerana terpaksa menunggu terlalu lama sebelum dapat menuntut wang masing-masing.

Penerima bantuan itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Mewah kesal kerana selain terpaksa berbaris panjang dalam keadaan panas terik, pihak penyelaras juga dikatakan gagal menguruskan pemberian bantuan tersebut secara sistematik sehingga menyusahkan penerima terutamanya warga emas dan orang kelainan upaya (OKU).

Seorang penerima bantuan, Daud Ghani, 64, berkata beliau hanya dapat menuntut bantuan itu selepas lebih empat jam kerana terpaksa mengharungi empat peringkat yang menyusahkan.

"Kita berterima kasih kepada kerajaan dengan bantuan ini tetapi kita kesalkerana cara pengagihannya menyusahkan orang ramai. Mula-mula kita dimintaberatur di sini, kemudian di tempat lain pula.

"Ramai yang mengeluh kerana terpaksa berbaris panjang sebelum dapat memasukidewan sekolah untuk menuntut wang masing-masing. Sepatutnya jangan ada banyaksangat tapisan kerana kita bawa surat pengesahan yang menyatakan kita memanglayak mendapat bantuan ini," katanya, Jumaat.

Sehubungan itu, Daud yang merupakan pesara swasta, mencadangkan agar pemberian bantuan itu dipermudahkan terutama warga emas yang tidak sihat dan tidak dapat mengambil bantuan itu sendiri.

"Saya cuba untuk mengambil bantuan itu bagi pihak bapa saya kerana beliau tidak sihat tetapi pegawai yang bertugas memaklumkan perkara ini akan disemak dan akan menghubungi saya kemudian.

"Pada pendapat saya, kalau dokumen yang diserahkan itu sah, masukkan sahajawang tersebut ke dalam akaun. Kenapa tidak dipermudahkan kerana bagi mereka yangtidak sihat, sukar untuk mereka beratur dan menunggu terlalu lama," katanya. -BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2012 05:16 PM | Show all posts
Boleh buat rayuan


Oleh LUQMAN HAZIQ dan ZULHISHAM ISAHAK
[email protected]



MUHYIDDIN Yassin ditemani isterinya, Noorainee Abdul Rahman menyampaikan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada Tan Beng Hwat @ Tan Bak San di Balai Serba Guna Lenga, Pagoh, Johor, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


LEDANG 28 Jan. - Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditolak permohonan mereka walaupun layak, dibenarkan membuat rayuan atau memohon semula.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mereka yang tidak berpuas hati boleh berjumpa pegawai daerah atau pemimpin setempat bagi mengemukakan permohonan semula.

"Bagi yang ditolak permohonan tersebut ada sebab-sebab tertentu, mungkin mereka tidak memahami syarat kelayakan atau pun borang maklumat tidak lengkap.

"Kalau ada yang tidak puas hati boleh jumpa pegawai daerah atau pemimpin tempatan, mereka boleh bantu buat rayuan dan akan dipertimbangkan," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Orang Ramai di rumah pegawai khasnya, Lim Pey Heng di Kampung Kebun Baru di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, mereka yang layak tetapi belum memohon BR1M diminta berbuat demikian sebelum tarikh tutup pada bulan depan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) diharap mempercepatkan proses permohonan itu.

Menurut beliau, bagi pemohon yang menghantar borang BR1M melepasi tarikh tutup, kerajaan sedia menimbang permohonan itu sekiranya memenuhi syarat atau menyatakan alasan munasabah berbuat demikian.

Terdahulu, beliau menyampaikan baucar BR1M kepada kira-kira 100 penerima dari zon Bukit Kepong dan Lenga di Balai Serba Guna Lenga dekat sini.

Muhyiddin berkata, kira-kira 80 peratus rakyat Malaysia menikmati BR1M dan penerima perlu berterima kasih serta bersyukur dengan keprihatinan kerajaan meringankan bebanan hidup rakyat.

Pada satu majlis lain, Timbalan Perdana Menteri turut menyampaikan geran hak milik tanah kepada 118 peserta Felcra Paya Kepar dan merasmikan Balai Raya Kampung Kechik, Bukit Kepong dekat sini.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berharap tanah berkenaan akan terus diusahakan seperti sebelum ini dengan kerjasama Felcra melalui kaedah pertanian moden yang mampu menjana pendapatan tinggi.

"Harap skim pembangunan tanah sebelum ini dapat diuruskan Felcra kerana kalau tidak, akan ada tanah terbiar. Kalau masih dengan Felcra, kita boleh bantu bina tali air, beri benih ikan dan sebagainya," katanya.

Mengenai permintaan peserta tersebut supaya menaikkan elaun sara hidup kepada RM800 sebulan daripada RM240 sekarang sementara fasa penanaman semula mengeluarkan hasil, beliau berkata, Felcra sedia menimbangkannya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 05:26 PM | Show all posts
BR1M ni duit BN ke...
apasal parlimen yg bukan BN sume diurus seliakan oleh pjbt penyelaras Parlime ...
azharfcsit Post at 20-1-2012 20:58



      Duit siapa tu depa tak kira.Ada kuasa depa guna lah utk buat apa pun.Ada member aku bg tahu org kampung dia, suami isteri dapat.Padahal duk satu rumah.tapi itu bukan apply di LHDN.Apply di kampung melalui cawangan UMNO.Betul ke tidak aku tak tahu.Jangan ada pulak yang siasat aku pasal kes ni.

      Minggu lepas aa sorang pak cik satu pejabat dengan aku dia kata dapat bantuan ni 2x.Aku pun sound elok2 kat pak cik tu.Aku kata "pak cik tak baik ambil hak org lain."Pak cik tu kata "dah deme bagi kita ambil je la."Aku malas nak cakap lebih lanjut dengan org yg akan bersara lg 2 thn.Dia patutnya lebih tahu soal hukum mengambil yang bukan hak.

       Ada sorang kawan aku duk di Utara tanah air, ada anak 7 org dan bakal mendapat anak ke-8, bergaji tak sampai RM900 sebulan sampai sekarang belum dapat bantuan tu walaupun dia juga antara org yang terawal memohon BR1M ni.Aku harap dia dapat la sbb keluarganya memang betul2 sesak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2012 05:56 PM | Show all posts
Pembangkang Resah Bantuan Langsung Kerajaan Dihargai Rakyat:Noh Omar


TANJONG KARANG: Pembangkang mula rasa tergugat apabila bantuan langsung kerajaan seperti Bantuan Awal Persekolahan dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dihargai rakyat, kata Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata rakyat mula menunjukkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada kerajaan di atas sumbangan yang diterima.

"Bagaimanapun, tindak balas positif yang ditunjukkan rakyat ini tidak digemari oleh pihak pembangkang yang rasa tergugat, dan mendakwa bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) memberikan banyak bantuan atas desakan pembangkang," katanya ketika melancarkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) peringkat negeri Selangor, Ahad.

Beliau berkata BN sudah lama memberi bantuan secara langsung kepada rakyat seperti Elaun Saraan Bulanan Nelayan sebanyak RM200 sebulan dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat kira-kira RM300 sebulan kepada golongan miskin, namun tidak ramai yang menyedarinya kerana ia tanpa musim dan bukan hanya dilaksanakan menjelang pilihan raya.

Ini tidak termasuk bantuan secara tidak langsung seperti subsidi kepada pesawah yang berjumlah RM1.2 bilion tahun lepas dan RM2.2 bilion pada tahun ini, katanya.

Mengenai SARA 1Malaysia, Noh berkata ia berbeza dengan skim pelaburan amanah lain kerana kerajaan menanggung faedah yang dikenakan ke atas pinjaman oleh peserta.

Beliau berkata secara keseluruhan, kerajaan memperuntukkan RM100 juta untuk menampung kos faedah pinjaman dan sejumlah RM500 juta di bawah Skim SARA 1Malaysia untuk dipohon 100,000 isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan mulai Isnin.

Skim itu dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 12 Jan lepas dan dikendalikan Malaysian Development Holdings Sdn Bhd dengan kerjasama empat bank iaitu Maybank, CIMB Bank Bhd, RHB Bank Bhd serta Bank Simpanan Nasional, yang akan memberi pinjaman kepada pemohon yang layak.

Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Datuk Mohd Ismail Siregar Abdullah, yang mewakili Kementerian Kewangan, berkata setiap negeri mempunyai kuota untuk pengagihan skim ini kerana taburan isi rumah yang layak memohon adalah berbeza. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-1-2012 09:35 PM | Show all posts
Ketua isi rumah gagal dapat BR1M boleh kemuka rayuan

29/01/2012
8:24pm


IPOH 29 Jan. – Kerajaan menasihatkan ketua isi rumah yang layak tetapi gagal mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk mengemukakan rayuan sebelum 10 Februari ini bagi bolehkan permohonan mereka segera diproses.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, keluarga dengan isi rumah berpendapatan sebanyak RM3,000 ke bawah yang gagal mendapat BR1M masih boleh membuat rayuan untuk dipertimbangkan oleh kerajaan.

"Mereka berhak mengemukakan rayuan kerana mungkin permohonan awal ditolak disebabkan kesilapan teknikal atau faktor-faktor lain dan kita minta mereka membuat rayuan dengan segera.

"Rayuan akan dipertimbangkan sebaik mungkin berdasarkan perincian alasan yang boleh diterima. Ia bertujuan memberi keadilan dan membuka ruang kepada rakyat untuk menuntut hak yang sepatutnya,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional Parlimen Tambun di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Cheng di Chemor hari ini.

Dalam laporan akhbar yang disiarkan baru-baru ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menerima sebanyak 4,123,713 borang dan daripada jumlah itu sebanyak 3,850,668 borang telah dimasukkan ke dalam sistem data bagi tujuan pengesahan.

Daripada jumlah itu, hanya 3,102,054 permohonan telah diluluskan dan pemohon akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat, dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar diadakan. – BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2012 05:06 PM | Show all posts
Dua minggu agih dana RM450 juta


Oleh JUNHAIRI ALYASA
[email protected]



PENDUDUK Kuala Lipis, Pahang adalah antara rakyat yang menerima sumbangan BR1M yang disampaikan oleh Ahli Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Fong Koong Fuee (kiri) semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR – Seramai 900,000 daripada 4.3 juta pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijangka menerima wang masing-masing sebanyak RM500 membabitkan nilai peruntukan keseluruhan sebanyak RM450 juta dalam tempoh dua minggu lagi.

Bagi pemohon yang membuat rayuan sebelum 10 Februari ini akibat masalah teknikal, bayaran akan dibuat sebelum 15 Mac depan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, daripada 4.3 juta borang permohonan BR1M yang diterima setakat ini, sebanyak 3.4 juta permohonan diluluskan dengan proses pembayaran fasa pertama BR1M bermula pada 16 Januari lalu.

“Saya berharap orang ramai dapat bersabar sebab mereka yang layak tetap akan mendapat wang masing-masing.

“Apa yang perlu mereka lakukan ialah membuat permohonan serta mengisi borang dengan maklumat yang betul,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pemberian BR1M diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2012 Oktober tahun lalu membabitkan pengagihan wang tunai sekali bayar sebanyak RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah.



Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2012 05:07 PM | Show all posts
Penduduk miskin terkilan tak layak terima BR1M

06/02/2012
2:21pm


ALOR SETAR - Seorang bekas guru agama yang menyara empat anggota keluarganya dekat sini terkilan kerana permohonan untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) gagal.

Kamaruddin Abdullah 66, yang tinggal di sebuah rumah usang di Jalan Sungai Korok bersama ibunya Saadiah Saad, 83, adiknya, Muhammad Sharifuddin, 59, dan anak perempuannya, Solehah, 31, mengharapkan BR1M kerana mereka kini hidup dengan bantuan daripada saudara mara.

Beliau berkata, permohonannya gagal kerana surat yang diterima menyatakan beliau tidak layak untuk mendapatkan BR1M.

"Kami memang berharap sangat untuk dapat BR1M kerana duit itu sekurang-kurangnya boleh meringankan beban kami sekeluarga,’’ katanya.

Beliau juga berkata, tidak pernah memohon dan menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya lagi, tambah memeritkan apabila beliau dan Sharifuddin mengalami masalah pada kaki selepas terbabit dalam kemalangan yang berasingan tiga tahun lepas.

Manakala anak perempuannya, Solehah pula menghidapi penyakit jantung berlubang dan memerlukan rawatan di Hospital Pulau Pinang setiap bulan dan kadang-kadang, lima kali sebulan.

Kamaruddin berkata, ibu mereka yang telah uzur tidak mampu melakukan kerja-kerja berat di rumah dan tugas itu diambil alih oleh anaknya, Solehah yang tidak boleh terlalu kuat bekerja kerana penyakit jantungnya sering menyerang kalau beliau letih.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Sharifuddin di talian 019-5257479 atau melalui akaun Maybank Sharifuddin 152170046644. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2012 05:45 PM | Show all posts
Boleh tuntut BR1M selepas tarikh tutup


AHMAD Husni Hanadzlah (dua dari kanan) bertanyakan khabar dan masalah penduduk kampung sambil diperhatikan oleh Ahli Dewan Undangan Ulu Kinta, Rusnah Kassim (kanan) pada program bantuan kepada mangsa ribut yang menimpa 27 keluarga di Kampung Ulu Chemor, Tambun, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


IPOH 5 Feb. - Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang mempunyai kesulitan untuk menuntut wang bantuan pada tarikh ditetapkan seperti terkandung dalam surat pemberitahuan, dibenarkan membuat tuntutan selepas tempoh itu.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, penerima masih boleh menuntut baucar bayaran BR1M tersebut melalui pejabat daerah atau pejabat pembangunan negeri.

"Mereka yang tidak hadir semasa majlis penyerahan boleh terus ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri untuk mendapatkan baucar berkenaan.

"Selain itu, bagi mereka yang lewat menerima surat pemberitahuan juga perlu mendapatkan baucar masing-masing di pejabat berkenaan sebelum menunaikannya di bank," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 27 mangsa ribut di Kampung Ulu Chemor di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Husni berkata, bagi memberi kemudahan kepada orang ramai, pihaknya turut menyediakan kemudahan bank bergerak di setiap majlis penyerahan baucar BR1M bagi memudahkan mereka menunaikan terus baucar berkenaan.

Menurutnya, inisiatif itu dilakukan kerajaan kerana tidak mahu orang ramai yang layak menerima bantuan tersebut berdepan kesulitan untuk menunaikan baucar masing-masing.

"Terdapat kes orang ramai terutama yang berada di kawasan pedalaman menghadapi masalah pengangkutan untuk menunaikan baucar di bank yang terletak jauh.

"Jadi, kita bawa bank ke sini supaya selepas dapat baucar, mereka terus pergi ke bank bergerak yang disediakan untuk menunaikan baucar masing-masing," katanya.

Sementara itu, Ahmad Husni berkata, bagi pemohon yang belum menerima surat makluman sama ada permohonan mereka ditolak atau diterima, permohonan masih dalam pertimbangan.

"Jika hingga sekarang tidak ada surat penolakan, bermakna mereka berjaya," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.061692 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list