CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Isu Lynas-Loji Lynas sedia beroperasi dalam tempoh tiga minggu- MCA Bantah Kilan

  [Copy link]
Post time 27-2-2012 06:29 PM | Show all posts
Reply 300# abgboroi


    Apa yg bezanya? Dua2 manusia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2012 06:32 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 06:42 PM | Show all posts
Reply  abgboroi


    Apa yg bezanya? Dua2 manusia...
Manami Post at 27-2-2012 18:29



    pada aku citer TBH tu pelik...x kisah laa camner cara jatuh...yang penting jatuh ok....agaknya org SPRM x reti nak pukul kat mana pastu campak ke bawah...gitu gak nyer...kalu nak bunuh org pun x kan sebodoh tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 07:40 PM | Show all posts
sonang jo, buat lanas kat sobolah umah adnan yaakub dn rosmah
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 08:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 08:56 PM | Show all posts
nanti asap traslate kpd hujan-->tanaman / ternakan --> manusia makan....habislah...

jgn terlupa dekat sana ada tempat industri sarang burung yg besar...ada ladang sawit...kalau tercemar lagi...habis impact industri malaysia...jaraknya jauh, boleh sampai >1000km..maknanya seluruh semenanjung akan terganggu...iskandar, melaka yg BN tuangkan berjuta2 ringgit yg lebih dekat hancur dgn cepat saja..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2012 08:56 PM | Show all posts
Wakil MCA.. Apa kata Najib & Adnan?
Manami Post at 27-2-2012 16:35



    hanya monyet2 dalam umno je sokong lynas...

monyet tu semua, sadly mengaku melayu dan islam....

mari MCA, tinggalkan BN, kita bersatu padu menentang umno yg zalim
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 09:01 PM | Show all posts
hanya monyet2 dalam umno je sokong lynas...

monyet tu semua, sadly mengaku melayu dan i ...
toki_rompin Post at 27-2-2012 20:56


kamu ingat MCA tu berani keluar BN? kalau keluar BN, kes2 rasuah terus tertimbul...yg pertama masuk lockap ialah porn star utama tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2012 09:02 PM | Show all posts
just nak tanya... minta maaf kalau sudah terjawab sebelum ini...

kalau malaysia dah bagi holiday tax untuk 12 tahun, apa hasil yg negara akan dapat dari 'pelaburan' nie....

there's a saying.. 'the higher the risk, the bigger the return'...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 09:05 PM | Show all posts
cer baca
atira Post at 27-2-2012 20:35



    aku rasa elok kita bukak ladang limau...mana tidaknya beribu ribu lime akan digunakan oleh lynas utk melupuskan thorium....
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 09:08 PM | Show all posts
just nak tanya... minta maaf kalau sudah terjawab sebelum ini...

kalau malaysia dah bagi holiday  ...
defeduck Post at 27-2-2012 21:02



    hmm aku lebih harapkan Lynas ni milik msia...tapi 12 tu tak laa lama sangat....

cuba baca ni...laporan yang sama dari nytimes yang tira bagi tu

Despite the potential hazards, the Malaysian government was eager for investment by Lynas, even offering a 12-year tax holiday. If rare earth prices stay at current lofty levels, the refinery will generate $1.7 billion a year in exports starting late next year, equal to nearly 1 percent of the entire Malaysian economy.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 09:42 PM | Show all posts
just nak tanya... minta maaf kalau sudah terjawab sebelum ini...

kalau malaysia dah bagi holiday  ...
defeduck Post at 27-2-2012 21:02


mungkin pekerjaan bagi 350 orang.
income tax drp pekerja2 tersebut
corporate tax drp supplier lynas...

lagi....errrrr.... hehe

btw dikatakan kalau lynas beroperasi di australia dia boleh dikenakan tax hinggg AUD2.3 billion
tapi kerana dia operasi di malaysia dia hanya perlu bayar AUD800 juta saja kat sana
dan malaysia pulak kehilangan hasil RM3.4 billion sebab dah bagi pelepasan awal2
itu tak termasuk kos sosial yg malaysia terpaksa tanggung sebab adanya kilang tuh

heran gak kan kilang yg boleh buat untung terus dlm tahun pertama atau kedua beroperasi diberi pelepasan cukai 12 tahun...
gila...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2012 09:46 PM | Show all posts


Wartawan di Himpunan Hijau kena 8 jahitan


Susan Loone
8:00AM Feb 27, 2012




[VIDEO 1] [VIDEO 2]
Wartawan akhbar harian Cina, Kwong Wah Jit Poh - Adam Chew, 29 - yang dibelasah semasa membuat liputan Himpunan Hijau 2.0 di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade, Pulau Pinang, semalam, terpaksa memerlukan lapan jahitan akibat kecederaan di tangannya itu.

Perhimpunan itu diadakan sebagai solidariti kepada Himpunan Hijau di Kuantan, semalam yang diadakan dengan kehadiran hampir 15,000 orang yang membantah keputusan kerajaan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Advanced Material Plant (Lamp) beroperasi di Gebeng, Pahang.

Seorang lagi petugas Kwong Wah - Lee Hong Chun, 25, pula dilaporkan dipukul dengan topi keledar semasa bertugas. Beliau hanya mengalami kecederaan kecil dengan kesan lebam di  kepalanya.

Chew (kanan), bagaimanapun, terpaksa mendapatkan rawatan perubatan di wad kecemasan Hospital Pulau Pinang pada kira-kira jam 8 malam selepas perhimpunan yang diadakan di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade itu disuraikan oleh pihak polis selepas diganggu oleh kira-kira 50 orang, termasuk pemimpin tempatan dari Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA.

Ketika dihubungi, Chew berkata kepalanya sedikit pening selepas dipukul oleh kira-kira enam lelaki yang terdiri daripada peserta kumpulan pro-Lynas, yang cuba untuk menghalang Himpunan Hijau  yang dihadiri lebih daripada 500 orang itu, termasuk oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Katnya, beliau akan berjumpa doktor sekali lagi hari ini kerana matanya mempunyai kesan seperti darah beku.

"Saya tidak boleh bekerja dan doktor memberi saya cuti sakit serta meminta saya untuk datang semula jika saya mengalami pening mana-mana," katanya kepada Malaysiakini.

Menceritakan pengalamannya itu, Chew berkata beliau ditugaskan membuat liputan perhimpunan solidariti Himpunan Hijau seperti yang diadakan di bandar-bandar lain di seluruh negara, seperti di Kuala Lumpur, Perak dan Kuantan.

"Kejadian berlaku apabila ketua menteri turun dari pentas selepas ucapannya untuk menyertai orang ramai.

"Kumpulan pro-Lynas cuba mengganggu Lim tetapi kakitangan keselamatan mengepung dan mengekori rapat.

"Tetapi kumpulan itu berjaya untuk memecahkan ‘rantaian manusia’ yang dibuat itu dan saya juga cuba menghalang mereka daripada merapati ketua menteri," kata Chew.

Kumpulan berkenaan sebelum majlis bermula dilaporkan telah mula menjerit kepada orang ramai yang berhimpun secara aman itu dan memberi amaran kepada mereka bahawa isu Lynas itu bukan "isu Pulau Pinang" dengan  melaungkan slogan "Hidup Umno", "Kami mahukan kebebasan" dan "Balik Kuantan (Kembali ke Kuantan)".

Walaupun membuat bising dan memprovokasi peserta, namun tidak ada tindakan diambil terhadap mereka. Mereka juga dikatakan cuba mengganggu ucapan yang disampaikan.

Menurut Chew, kumpulan berkenaan selain menghamburkan kata-kata kesat, turut melemparkan kata-kata perkauman.

Namun apabila ditegur supaya tidak menimbulkan kata-kata perkauman yang boleh mencetuskan perkara yang tidak diingini, kumpulan yang turut disertai oleh pemimpin Umno dan PERKASA itu mula menjadi berang.

"Kemudian mereka tarik tangan saya. Seorang daripada mereka memukul saya dengan topi keledar, dan lima rakannya juga memukul saya di kepala.

"Apa yang saya lakukan ialah cuma menghalang mereka daripada serang CM," katanya.

Malam tadi, Lim juga mengunjungi Chew di hospital dengan beberapa pemimpin DAP dan setiausaha akhbar beliau.

Ketika dihubungi Lim berkata beliau terharu kerana Chew membahayakan dirinya untuk melindunginya namun beliau kecewa dan kesal terhadap apa yang berlaku kepada wartawan itu.

Beliau juga membidas tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menyemai benih-benih kebencian berbentuk perkauman di kalangan rakyat di negara ini. Menurut Lim, beliau akan mengadakan sidang akhbar pagi ini, untuk mengulas isu berkenaan.

"Saya juga telah arahkan setiausaha akhbar saya untuk memantau keadaan Chew. Jika beliau berasa pening atau tidak sihat, maka beliau mesti dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2012 09:47 PM | Show all posts


Pemuda PAS: Rakyat tak peduli jaminan PM


3:26PM Feb 27, 2012


Walau apa pun penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung isu projek nadir bumi di Gebeng, rakyat sudah tidak peduli kerana merasakan mereka lebih peka terhadap isu alam sekitar, kata Pemuda PAS.

Ketua penerangannya Riduan Mohd Nor (kanan) berkata, dakwaan ia selamat dari segi "fakta dan saintifik" tidak meyakinkan rakyat yang sendiri berisiko merasai sendiri akibatnya.

"Rakyat tidak melihat PM dan anggota kabinet merasai denyut nadi kehidupan rakyat di bawah kerana mereka dipisahkan oleh kehidupan pemimpin negara yang begitu eksklusif dan elit," katanya.

Ekoran itu, Riduan berkata, Umno dan BN tidak boleh lagi mendabik dada bahawa Pahang bukan lagi kubu selamat mereka kerana kini segalanya boleh berlaku sekiranya pemimpinnya silap percaturan.

"Pemuda PAS beranggapan, apa pun alasannya, kerajaan perlu segera menghentikan operasi Lynas demi kemaslahatan rakyat," katanya lagi.

Jika tidak bersedialah menghadapi hukuman rakyat dalam PRU (pilihan raya umum) ke-13 nanti. Pahang mungkin akan menjadi paku terakhir buat keranda UMNO di negara ini."

Selepas perhimpunan besar melibatkan ribuan aktivis dan pembangkang di Kuantan semalam, Najib dilaporkan mendakwa setelah menyemak semula, fakta saintifik menunjukkan projek itu tidak membawa kemudaratan kepada masyarakat setempat.

Dalam kenyataannya hari ini, Riduan berkata, perhimpunan besar mereka semalam memberi petunjuk bahawa rakyat bersatu tidak mengizinkan seinci pun bumi Pahang dicemari dengan aktiviti yang boleh merosakkan alam sekitar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2012 09:49 PM | Show all posts


NUJ bidas serangan, mahu polis bertindak


1:51PM Feb 27, 2012


Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) hari ini mahu polis bertindak tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab mencederakan dua wartawan yang membuat liputan perhimpunan solidariti bagi menyokong Himpuan Hijau 2.0 di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade, Pulau Pinang, semalam.

"NUJ mengutuk kumpulan yang dipercayai didalangi penyokong PERKASA dan Umno kerana menyerang dua ahli media yang bertugas meliputi perhimpunan solidariti di Pulau Pinang, petang semalam," kata presiden NUJ Chin Sung Chew (kanan).

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Chin berkata tidak ada sebarang alasan bagi mereka menyerang wartawan.

"Para wartawan hanya ditugaskan untuk membuat liputan acara berkenaan dan saya pasti orang ramai, termasuk kumpulan itu dapat mengenal pasti anggota media yang bertugas," katanya.

Pada kejadian semalam, wartawan Kwong Wah Yit Poh Adam Chew dan Lee Hong Chun diserang selepas pertengkaran yang tercetus pada perhimpunan itu.

Akibat kecederaan yang dialaminya, Chew terpaksa memerlukan lapan jahitan, manakala Lee hanya luka dan lebam di kepalanya

Menurut Chin, NUJ membidas keganasan yang disasarkan terhadap wartawan yang menjalankan tugas mereka. NUJ juga menasihati ahli-ahli media untuk berhati-hati pada masa akan datang.

"NUJ akan memantau kes ini dengan teliti kerana kita tidak mahu ia menjadi satu trend di mana petugas media diserang semasa menjalankan tugas," katanya.

Semua Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di seluruh negara bagi membantah keputusan kerajaan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Advanced Material Plant (Lamp) beroperasi di Gebeng, Pahang semalam berjalan lancar kecuali di Pulau Pinang.

Malah acara utama di Kuantan, Pahang,  menyaksikan kira-kira 15,000 orang ramai berhimpun membantah loji pemprosesan itu kerana bimbang berlakunya pencemaran radioaktif.

Pemuda PKR dukacita dengan polis

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda PKR (AMK) Lee Khai Loon berkata, pihaknya dukacita dengan tindakan polis yang didakwa lewat mengawal keadaan dan menuduh penganjur tidak memaklumkan kepada mereka lebih awal.

Lee (kiri) dalam kenyataannya hari ini juga mendakwa, gambar yang direkodkan menunjukkan kemunculan seorang pemimpin kanan Umno bahagian Bukit Gelugor bersama "samseng" yang membuat kecoh dan provokasi.

"Oleh itu, AMK menyeru agar polis mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang memukul dan mencederakan wartawan dan orang awam.

"Polis perlu bersikap neutral serta profesional dalam menyiasat insiden tersebut agar mengembalikan kewibawaan polis," katanya.

Sementara itu, Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bayan Baru pula berkata, tindakan pihak yang didakwa "samseng-samseng Umno" dianggap sebagai tindakan "fasis" yang menggunakan ketegangan untuk mempertahankan kepentingan pemerintah.

"Keganasan berbentuk fasis sebegini hanya membuktikan bahawa Umno adalah panghalang utama dalam perkembangan demokrasi di bumi Malaysia," kata Pengerusi PSM Bayan Baru Choo Chon Kai dalam kenyatannya hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 09:50 PM | Show all posts
hanya monyet2 dalam umno je sokong lynas...

monyet tu semua, sadly mengaku melayu dan i ...

toki_rompin Post at 27-2-2012 20:56


monyet ke??...aku nampak macam babi je....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2012 09:52 PM | Show all posts


Protes hijau kuning pula dirancang selepas ini


6:17PM Feb 27, 2012


Sehari selepas Himpunan Hijau 2.0, jawatankuasa penganjur mengumumkan bahawa satu lagi perhimpunan yang digelar 'Himpunan Hijau 3.0' akan diadakan kerana kegagalan kerajaan menutup loji pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng.

Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Himpunan Hijau 2.0 Wong Tack berkata Himpunan Hijau 3.0 tidak dapat dielakkan dan mereka sedang mempertimbangkan untuk bergabung dengan BERSIH  2.0 untuk mengadakan protes "hijau kuning".

Katanya, pihak mereka juga tidak puas hati dengan kenyataan oleh Datuk Seri Najib Razak yang berkata, kerajaan telah menyemak semula projek kontroversi itu dan fakta saintifik menunjukkan projek tersebut tidak membawa kemudaratan kepada masyarakat setempat.

Dengan kehadiran ribuan peserta Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan, Wong semalam memberi Najib 24 jam bagi menutup loji pemprosesan sisa radioaktif itu.

"Kami memberi tempoh kepada kerajaan 24 jam untuk menutup loji berkenaan, jika tidak kami akan menganjurkan demonstrasi yang lebih besar.

"Tutup kilang Lynas,  atau kami akan tumbangkan kerajaan, kamu buat keputusan," katanya sambil menggesa kerajaan menyelesaikan masalah berkenaan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Mengulas bantahan hampir 15,000 rakyat itu, Najib semalam berkata, kebimbangan rakyat daripada segi psikologi bahawa projek tersebut akan membawa kesan buruk juga diambil kira oleh kerajaan.

Tetapi setelah fakta saintifik menunjukkan projek tersebut tidak membawa kemudaratan kepada masyarakat setempat, katanya, kerajaan mengeluarkan lesen operasi kepada Lynas dengan mengenakan syarat yang cukup ketat.

Antaranya, sisa-sisa dari kilang tersebut perlu dilupuskan di tempat yang jauh dari penempatan masyarakat.
PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 09:52 PM | Show all posts
mungkin pekerjaan bagi 350 orang.
income tax drp pekerja2 tersebut
corporate tax drp supplier  ...

petola Post at 27-2-2012 21:42


telah terbokti sebelum ni...banyak kilang yang dapat tax holiday sebelum ni...akan lari selepas tax holiday tu habis....

gomen melopong je lepas tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2012 09:53 PM | Show all posts


Umno dakwa 'wartawan Cina' kurang ajar


5:09PM Feb 27, 2012


Insiden wartawan tercedera dalam perhimpunan anti-Lynas di Pulau Pinang semalam meletus akibat provokasi dan penampilan mereka sendiri, yang digambarkan mengambil sikap memihak, dakwa Pemuda Umno setempat.

Timbalan Ketua Pemuda Umno Bukit Gelugor Novandri Hasan Basri (kanan) berkata, seorang daripada wartawan itu - Adam Chew dari harian Kwong Wah Jit Poh - menimbulkan kemarahan rakyat apabila "bertindak sebagai benteng" kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng.

"Aksi wartawan suratkhabar Cina yang membangkitkan kemarahan anak muda Melayu," tulis Dr Novandri dalam blognya Dr MiM.

Beliau mendakwa lagi, Adam juga tidak memegang kamera dan memakai baju hijau seperti penyokong anti-Lynas.

"Walhal, dalam insiden di Padang Kota semalam, tiada seoranng pun wartawan yang memegang kamera dan video dipukul atau cedera," tulisnya lagi.

Chew, 29, dilapor dibelasah dalam Himpunan Hijau di Padang Kota dan mendapat lapan jahitan akibat kecederaan di tangan.

Rakan sekerjanya Lee Hong Chun, 25, pula dilapor dipukul dengan topi keledar dan mengalami kecederaan kecil di kepala.

Chew (kanan) mendakwa dipukul oleh kira-kira enam lelaki yang terdiri daripada peserta kumpulan pro-Lynas, yang dilapor turut disertai pemimpin Umno dan kumpulan pendesak Melayu PERKASA.

Manakala Pemuda PKR pula mendakwa Novandri muncul di kawasan insiden bersama "samseng" yang membuat kecoh dan provokasi.

Sambil menggelar Adam sebagai "wartawan Cina kurang ajar" dan "lelaki kung fu cari pasal", Dr Novandri mendakwa media propembangkang memuatarbelitkan peristiwa itu untuk menagih simpati orang ramai.

"Pada mulanya MiM mahu berlapik-lapik untuk memberikan laporan di dalam blog ini tetapi memandangkan ada pihak yang cuba menukar cerita sebenarnya, MiM dan rakan yang lain akan dedahkan semuanya!" tulisnya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 09:57 PM | Show all posts
telah terbokti sebelum ni...banyak kilang yang dapat tax holiday sebelum ni...akan lari selepas  ...
freebird Post at 27-2-2012 21:52


musti ada yg masyukkkk...

sapa agaknya ya...

mau makan tak habis tujuh generasi tuh... hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.043976 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list