meh aku tambah lagi pasal jual-beli menggunakan perbankan Islam.
Mari kita melihat apa yang berlaku jika rumah itu terbengkalai dan siapa yang patut dipertanggung jawabkan dari kacamata Islam.
Jika kita melihat dalam proses pembiayaan BBA bagi rumah dalam proses pembinaan di Malaysia. Secara umumnya, aturan aqad atau kontraknya adalah seperti berikut :- 1) Encik Karim membayar 10 % kepada pemaju serta menandatangani perjanjian beli rumah yang dalam pembinaan (sebagai contoh harga rumah RM 100,000, ini bermakna pelanggan telah membayar RM 10,000). Ini tiada kena mengena dengan Bank Islam kerana ia dilakukan sebelum bertemu dengan bank Islam. Pihak pemaju mewarwarkan bahawa rumah akan siap dalam tempoh 2 tahun. 2) Kemudian Encik Karim akan memohon pembiayaan dari mana-mana Bank Islam. Setelah dipersetujui oleh bank. 3) Pihak bank akan membeli rumah tersebut dari Encik Karim. Justeru, satu perjanjian jual beli akan dimeterai. Harga jualan ini biasanya adalah harga pembiayaan yang diperlukan iaitu RM 90,000. Dengan termeterainya aqad ini, bermakna En Karim telah menjual hak milik ke atas rumah dalam pembinaan itu kepada bank Islam. Hasilnya, en Karim sepatutnya bertanggung jawab memastikan rumah itu akan siap dalam tempoh 2 tahun. 4) Setelah pihak bank sah memiliki hak ke atas rumah yang didalam pembinaan tersebut, pihak bank akan menjualkannya smeula kepada En karim dengan harga dicampur keuntungan, sebagai contoh RM 150,000 kerana En Karim ingin membayar secara ansuran selama 25 tahun.
5) Tiba-tiba, dalam tempoh 2 tahun yang dijanjikan siap, rumah terbengkalai akibat pemaju bermasalah. Pihak bank memberi tempoh lanjut selama 6 bulan selepas 2 tahun itu, En Karim mesti membyara harga kepada bank. Mengapa bank menuntut? Jawabnya, kerana nombor empat di atas. Iaitu bank dah jual hak milik tu pada En kari, so En Karim kena bayar lah. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- sebahagian petikan dari web Ustaz. nak tepek semua, panjang sangat. So, dalam jual-beli kenderaan pun samalah kan. Cuma dalam jual-beli rumah ni, ia melibatkan nilai yg besar. tu yg memberi kesan apabila pembeli gagal menjelaskan bayaran perumahan. Tapi, aku pasti bank akan letak harga yg tinggi/mengikut pasaran apabila dia hendak menjual semula rumah tersebut kepada pembeli. Nak tak nak, pembeli kena setuju...... kalau tak, mmg tak dapat nak beli rumah tu..... |