CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

'Pinjaman Islam' sepatutnya tidak membebankan-Sistem perbankan Islam tidak zalim

  [Copy link]
Post time 28-1-2012 07:27 AM | Show all posts
takpa la.....tiru jer yahudi, janji tak tangkap ikan hari sabtu. dgn harapan Tuhan boleh diperdayakan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2012 07:41 AM | Show all posts
ni maksudnya cam tak halal 100%... tapi lehla amek and sokong...

kalu guna babi sebagai  ...
moskau12 Post at 27-1-2012 23:38



Perumpamaan ko ni tak adil dan tidak setara. Apa perlunya dan apa dharuratnya nak bela babi kalau umat Islam masih ada pilihan untuk makan benda halal lain spt lembu, kambing, kuda, kerbau etc?


Masalah perbankan pula, pada zaman hari ini, umat Islam takde pilihan lain. Sistem ekonomi kapitalis ni menguasai semua perkara. Paling asas tapi cukup penting, sistem matawang, tu aje dah cukup mengikat hidup kita kepada sistem kapitalis. Nak buat sistem sendiri yg 100% terpisah drpd sistem sedia ada, tak feasible buat masa ini. Maka nak tak nak, terpaksa adaptive dgn sistem sedia ada dengan harapan perlahan demi perlahan sistem perbankan Islam boleh grow cukup kuat untuk offer harga yg lebih baik kpd pengguna.

Sudahlah kerajaan UMNO BN tu sendiri takde komitmen & political will pun nak create sistem ekonomi yg berasaskan Islam 100%.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 07:45 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 28-1-2012 07:47
aku rasa ko ni macam sesat dlm hutan yg ko buat sendiri... hehe

sepaham aku bila bank jual harta dia pada pelanggan, hak atas harta tu dah kira pelanggan punya ler..
cuma cara nak bayar pembelian tu yg tertangguh
dlm kaedah ini hak atas harta tu tidak tertakluk pada syarat bayar habis baru jadi dia punya macam kaedah sewa beli
oleh kerana harta tu sekarang dia yg punya maka dia boleh jual balik kat bank
bila dia jual reta tu balik kat bank, bank beli bayar tunai... jadi sekarang reta tu dah jadi bank punya balik ler..
cumanya hutang dia yg asal tu tadi dia kena jelaskanlah...

silapnya ko ialah bila ko anggap reta tu masih bank yg punya sehingga dia bayar habis
ia tidak begitu...petola Post at 27-1-2012 21:44


kita tak hanya memperkatakan mesin ATM aje ,kalau ikutkan article dalam thread nih bangunan bank termasuk tingkat dan blok juga bank guna sebagai barang dagangan dalam agreement .... so kau kata setelah akad aje automatik jadi pelanggan tu punya aset (maknanya jadi hakmilik dia sepenuhnya lah kan )  walaupun bayaran tak di jelaskan lagi waktu tu .

.......jadi kalau gitu maknanya pelanggan berhak untuk tak nak jual kembali pada Bank lah apabila kemudiannya bank nak beli secara tunai pada harga rendah gitu ? Hakmilik sendiri ikut suka sendiri lah nak jual atau tak nak jual kan , bank tak boleh paksa lah .

Kalau dah bangunan bank jadi hakmilik pelanggan tu maka lebih baik dia sewakan balik aje pada bank bangunan tu dan guna duit sewa tu untuk bayar bayaran tertangguh pulak !   Imagine kalau bangunan bank tu terletak kat kolumpo , whuessh sikit punya mahal value nya kan, sewa boleh mencecah puluh hingga ratusan ribu sebulan beb . Ape kejadah nak jual semula pada bank dengan harga yang rendah walaupun bank nak bayar tunai sekali pun , tak gitu ?

Kau tekankan guna otak kan ,  so orang berotak akan jual balik kat bank pada harga rendah dari harga yang dia beli ke , atau akan sewakan aje dengan harga tinggi pada Bank  ?    Kalau bank tak nak bayar sewa , tunggu apa lagi kan sila belah laa dari bangunan tu agar penyewa lain boleh masuk pulak !

Persoalannya ada ke dalam Islam sistem harga tertangguh ni yang menyebabkan hakmilik dimiliki walau harga penuh tak dibayar lagi macam yang kau faham tu ? Jawabnya tak ada . Islam tak meletakkan kaedah jualbeli merapu gitu yang merugikan dan menindas penjual barang .
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 07:49 AM | Show all posts
kalu dia beli atm machine tu, owner leh tak amek caj perkhidmatan atm machine tuh? kalu so ...
moskau12 Post at 27-1-2012 23:39


Spot on ! Kalau gitu kekdahnya lebih baik amek caj perkhidmatan kan dari jual balik pada bank dengan harga rendah ya amat !
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 08:00 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 28-1-2012 08:12
sebab tu yg nak duit pun mestilah org yg berakal juga..
sistem ini ialah dua2 mesti paham apa yg mereka buat...
bukan main sain kedian ambik duit...
petola Post at 27-1-2012 22:48


Bank memang tak dak akai langsunglah kalau duit tak terima sepenuhnya tapi habih mesin ATM , bangunan , tingkat dan blok jadi milik pelanggan-pelanggannya .
   
yg celakanya duit nak tapi kedian komplen kenapa gitu gini
tak nak riba tapi nak mengelak riba tak tau cara
org sediakan cara tapi bising2 plak
petola Post at 27-1-2012 22:48


Kalau apa yang kau fahamkan mengenai harga tertangguh tu betul-betul jadi gitu maknanya cara yang bank sediakan memang betul-betul menjerut leher bank sendiri lah kekdahnya. Aku tak rasa pelanggan tu akan yang bising-bising tapi bank yang akan melolong .

kalau susah2 ijtihad jer yg bunga bank tu halal belaka
betul salahnserah pada tuhan
settle...  tak gitu?
petola Post at 27-1-2012 22:48


Kalau manusia dibenarkan Allah untuk mengijtihadkan yang haram agar jadi halal dengan guna akalfikiran sendiri  , maka tak ada yang haram lah kat dunia ni sebab semua yang haram boleh aje di ijtihadkan sebagai halal belaka-belaka .
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 08:09 AM | Show all posts
kaarim kenalah diberitau yg bank tidak bagi pinjam duit gitu2
yg ada ialah jual beli mesin atm kepunyaan bank..
dan dia kena ingat itu
yg dia bayar pada bank bukan pasal pinjam duit tapi sebab beli mesin atm
yg kedian dia jual balik kat bank

kalau tidak dia pun sama2 subahat nak tipu tuhan.. hehehpetola Post at 27-1-2012 22:22

Kau nak kata hanya dengan perbetul niat aje tup tup yang haram jadi halal ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2012 08:30 AM | Show all posts
Kau nak kata hanya dengan perbetul niat aje tup tup yang haram jadi halal ?
blastoff Post at 28-1-2012 08:09



    meaning karim kena betul2 pasang niat dari rumah utk ke bank membeli mesin ATM.  ha ha ha
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 08:45 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 28-1-2012 08:50
meaning karim kena betul2 pasang niat dari rumah utk ke bank membeli mesin ATM.  ha ha ha
tobby Post at 28-1-2012 08:30


Manufacture dan penjual arak kena pasang niat siap-siap bahwa yang dia buat dan jual adalah juice anggur dan tukarlah nama araknya agar jadi bunyi arob-arob gittew serta print out besor-besor kat botol tu sebagai juice anggur pekat islamik ke hapa kan , kemudian orang yang nak beli pulak kena pasang niat siap-siap dari rumah bahwa dia nak beli tu adalah air juice anggur islamic dan bukannya arak ..... Tuhan boleh tertipu semata-mata dengan manusia pasang niat siap-siap ke ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2012 08:58 AM | Show all posts
kita tak hanya memperkatakan mesin ATM aje ,kalau ikutkan article dalam thread nih bangunan bank ...
blastoff Post at 28-1-2012 07:45



silapnya ko ialah ko anggap transaksi tu menda yg cerai2 sedang ia adalah satu pakej
bank jual ko beli bayar ansur kedian jual balik kat bank bank bayar tunai..
kalau ko ada intention tak nak jual balik pada bank, transaksi tu tak jalan sebab bank pun taknak jual kat ko
dan ko pun in the first instance takkan beli reta bank kalau tak mau jual balik sedang yg ko nak ialah hasil akhir transaksi itu, ie duit tunai..

betul ke dlm islam tak boleh bayar tangguh?
kalau barang aku aku jual, aku bagi terus barang tu kat ko tapi ko bayar je ansur2 ni kira haram ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 09:06 AM | Show all posts
btw persoalan di sini sebenarnya apa?
kaedah tak betul ke atau bank ambik untung banyak sgt?
atau dua?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 09:06 AM | Show all posts
takpa la.....tiru jer yahudi, janji tak tangkap ikan hari sabtu. dgn harapan Tuhan boleh diperdayaka ...
tobby Post at 28-1-2012 07:27 AM



    bukan Yahudi ke yang tiru stat2 Melayu pasal 'perbankan islam' ni?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 09:12 AM | Show all posts
meaning karim kena betul2 pasang niat dari rumah utk ke bank membeli mesin ATM.  ha ha ha
tobby Post at 28-1-2012 08:30 AM



    dan bank pula kena tulis dalam M&A company salah satu objektifnya ialah menjual mesin ATM..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 09:12 AM | Show all posts
Kau nak kata hanya dengan perbetul niat aje tup tup yang haram jadi halal ?
blastoff Post at 28-1-2012 08:09


ko konpius beza antara menda haram dan menda halal pada asasnya
duit dgn arak adalah dua menda yg beza..
arak pusing manapun ia tetap haram
duit?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 10:07 AM | Show all posts
Untung berlipat ganda harom; tp sbb akad ianya halalan toyyiba. Maka kalau untung 1000% pun halal.


Soklan: Akad untung tu berlandaskan persen x tahun; tu bukan berlipat ganda?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 10:40 AM | Show all posts
ko akan lagi rasa bengang bila pinjaman nak diselesaikan dgn lebih cepat tapi ko akan kena denda sbb bayar awal. tak ke bangang punya kes ker? sedangkan kalau conventional lebih cepat kita bayar kasi habis lebih bagus & kurang interestnya.

BOIKOT PERBANKAN ISLAM...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 11:12 AM | Show all posts
dan bank pula kena tulis dalam M&A company salah satu objektifnya ialah menjual mesin ATM. ...
Hang Post at 28-1-2012 09:12


putar belit akad bercirikan islamik dgn menipu niat utk datang ke bank membeli mesin ATM.     yahudi yg kena sumpah jadi KERA tu pun tabik dgn putar belit akad ustaz bank.  ha ha..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2012 11:19 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 28-1-2012 11:31
silapnya ko ialah ko anggap transaksi tu menda yg cerai2 sedang ia adalah satu pakej
bank jual ko beli bayar ansur kedian jual balik kat bank bank bayar tunai..
petola Post at 28-1-2012 08:58


bank jual ko beli bayar ansur  = transaksi pertama   , kedian jual balik kat bank bank bayar tunai = transaksi kedua

Di sini ada dua transaksi berbeza dan setiap satunya nya mempunyai cara dan tempoh bayaran yang berbeza , satu ansuran dan memakan masa bertahun bayarannya,  manakala yang satu lagi tunai dan immediately bayarannya  , jadi kau tak boleh lamsamkan jadi satu untuk dua transaksi yang totally berbeza gitu ditambah pulak dengan buyer dan seller yang berubah-ubah peranannya dalam setiap transaksi tersebut .

silapnya ko ialah ko anggap transaksi tu menda yg cerai2 sedang ia adalah satu pakej
bank jual ko beli bayar ansur kedian jual balik kat bank bank bayar tunai..
kalau ko ada intention tak nak jual balik pada bank, transaksi tu tak jalan sebab bank pun taknak jual kat ko
petola Post at 28-1-2012 08:58


Bank boleh baca intention pelanggan dia kah ? Intention letaknya di hati so bank boleh tahu apa yang tersirat di hati ? Kau jugak yang suruh pasang niat untuk beli aset Bank kan .... jadi haram kah kalau pasang niat untuk tak nak jual balik aset yang dah di beli tu ? Hatta kalau dia memang niat nak jual balik pun tup tup dia berubah fikiran dan berniat tak nak jual semula pulak , haram kah untuk berubah fikiran gitu ?

dan ko pun in the first instance takkan beli reta bank kalau tak mau jual balik sedang yg ko nak ialah hasil akhir transaksi itu, ie duit tunai..
petola Post at 28-1-2012 08:58


Kenapa pulak pelanggan just beli aset untuk jual balik aje  ? Kalau menghasilkan duit matlamatnya maka banyak cara pe boleh guna ,  beli untuk sewakan pun boleh buat duit jugak , atau tunggu aje untuk beberapa tahun kemudian jual semula dengan harga yang lebih tinggi pun boleh buat duit jugak  .

Kalau betul transaksi tu memang jualbeli aset Bank dan bukan omongan kosong atas kertas just untuk tipu Tuhan bagi menutup perbuatan pinjaman riba , maka tak salah lah apabila pelanggan tu nak sewakan aset yang dah jadi miliknya tu , Allah tak haramkan pemilik aset untuk menyewakan asetnya pada pihak lain pun . Tak gitu ?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 11:29 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 28-1-2012 11:32
betul ke dlm islam tak boleh bayar tangguh?
kalau barang aku aku jual, aku bagi terus barang tu kat ko tapi ko bayar je ansur2 ni kira haram ke?petola Post at 28-1-2012 08:58


Ada aku kata tak boleh bayar ansuran dalam Islam ? Yang kau tekan kan adalah harga tertangguh makna pembeli dapat hakmilik sepenuhnya walau tak bayar lagi pun , yang aku tekankan adalah hakmilik penuh hanya akan di perolehi pembeli setelah pembeli melangsaikan semua bayaran ansuran ittew .

Jangan konfius . jangan konfius .
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 11:36 AM | Show all posts
bank jual ko beli bayar ansur  = transaksi pertama   , kedian jual balik kat bank bank bayar tun ...
blastoff Post at 28-1-2012 11:19


dua transaksi dalam satu pakej...
pakej pakej pakej...

menda tu hanya jadik bila dua2 pihak awal2 lagi dah berniat nak laksanakan pakej tu

kalau nak berenti tengah jalan jer maknanya niat asal tak kesampaian... so terbatal ler transksi tuh...

macam terima nikah tapi tak nak bayar maskawin... lepas ke?

apapun kalau memang berniat nak beli barang untuk kegunaan dan faedah diri, misal mesin potong rumput, haaa itu guna kaedah lain ler..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 11:42 AM | Show all posts
bukan Yahudi ke yang tiru stat2 Melayu pasal 'perbankan islam' ni?
Hang Post at 28-1-2012 09:06


tu la.  bila dipikir2 balik trick yg yahudi buat lagi better dari trick yg ustaz bank ni buat. trick yahudi lebih logik. sbb Allah larang tangkap ikan hari Sabtu, so memang clear cut depa avoid hari Sabtu. instead depa tangkap ikan hari Jumaat. tapi tetap kena sumpah jadi KERA.

buat la trick akad berbelit2 sekali pun, Allah tetap takkan terpedaya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-8-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.070091 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list