View: 17430|Reply: 26
|
[Lain-Lain]
Kata Lelaki Perancis terhadap Panggung Melayu...
[Copy link]
|
|
Pierre Rissient - antara penggerak usaha menampilkan filem alternatif bagi produk Hollywood. Lelaki asal Perancis ini berkeliling seluruh dunia, dan telah empat dekad menumpahkan perhatian kepada panggung Asia, mencari dan menggilap potensi baru dari rantau ini. Malah Pierre disebut sebagai lelaki barat pertama memperkenalkan filem Asia kepada Cannes, di tahun 1970an.
Lino Broca, Garin Nugroho dan U-Wei Shaari hanya antara beberapa nama dalam senarai panjang pengarah yang [ernah ditonjolkan Pierre. Selain mereka adalah Im Kwon Taek, pengarah terbaik Korea yang menempa nama di persada filem antarabangsa dalam tahun 1980an menerusi bantuan Pierre. Usaha-usaha tokoh ini mendapat pengiktirafan UNESCO apabila pertubuhan itu menganugerahkan Medal Emas Fellini atas sumbangannya terhadap dunia filem.
Selain sebagai pemilih karya ke Festival Filem Cannes, Pierre juga merupakan pengarah, penerbit, pengedar dan penasihat kepada beberapa pengarah terbaik dunia, antaranya Jane Champion, pengarah The Piano. Penglibatannya sebagai pembantu pengarah kepada Godard, meninggalkan kenangan manis apabila filem itu menjadi sensasi Box-Office dan dianggap sebagai sebuah filem yang memberi tenaga baru kepada filem Perancis
Berikut adalah sebahagian daripada petikan wawancara antara wartawan Al-Mustaqeem dan Abror Rivai dengan Pierre Rissient bertempat di Carcosa Sri Negara pertengahan tahun lalu. Butiran wawancara ini telahpun disiarkan di dalam majalah Siasah keluaran Julai 2003...
--------------
========
Siasah : Berbanding perkembangan panggung negara lain, di tahun mana anda letakkan panggung Malaysia ?
Pierre Rissient : Saya tidak cukup maklum dengan panggung Malaysia. Ya, saya tahu ada P.Ramlee. Tetapi saya tidak berasa kagum dengannya. Sebagai pelakon memang dia menarik, tetapi tidak sebagai pengarah. Hussin Haniff, saya melihat beberapa fiilemnya. Daripada dua atau filem pengarah itu ada beberapa momen yang sangat menarik perhatian visualnya. Magnetik. Tetapi hanya dalam beberapa segmen. Saya diberitahu tentang M.Amin. Kata orang filemnya bagus, tetapi saya belum berpeluang melihat karyanya. Saya juga mendengar tentang sebuah filem 70an yang bertajuk "Gerhana" tetapi belum berpeluang melihatnya. Saya melihat dua fi;em Jamil SUlong. Saya fikir pengarah itu berdaya saing.
Jadi, saya kurang arif panggung Melayu dahulu, mungkin kerana tidak wujud salinan, atau tidak mendapat access kepadanya. Saya mengetahui banyak tentang panggung Jepun, Korea dan China kerana filem-filem lamanya tersimpan baik.
Apabila saya datang ke sini pada tahun 1977, saya bertemu seorang yang, mungkin, berdarah kacukan Melayu-British, di FINAS. Saya cuba mendapatkan salinan filem-filem, tetapi bahan-bahan itu tidak ada waktu itu. Saya ingat seorang menemukan saya dengan Jamil SUlong, tetapi salinan filem-filem Jamil SUlong juga tidak ada waktu itu.
Jadi, bila saya datang selepas itu, dalam tahun 1991, saya bertemu seorang bernama Zarul. Saya ditunjukkan beberapa filem yang gagal menarik minat saya. Zarul menyebut, "Oh, mungkin ada seorang pengarah yang mungkin, anda akan berminat dengan karyanya". Dan dia menunjukkan dua buah filem digital karya U-Wei. Saya fikir itu dua filem pertama dibikinya selepas pulang dari Amerika. Saya katakan, "U-Wei seorang pengarah yang berbakat. Dia memahami apa itu filem".
Dua tahun kemudian, saya datang ke Singapura. Waktu makan malam dengan Philip James, org kuat festivalo filem Singapura itu berkata kepada saya, "Pierre Rissient ! ada sebuah filem Malaysia yang sedang laris di pasaran. Sebuah filem dipanggil 'j*****' karya seorang lelaki yang bernama U-Wei." U-Wei ? Saya telah ketemu dia 2-3 tahun lalu. DIa langsung tidak memberitahu saya tentang apa-apa filem." Anda tahu... U-Wei seharusnya lebih banyak berhubung dengan saya.
Kemudian, saya melihat filem tersebut. Ia bukanlah sebuah filem yang sepenuhnya bagus. Tetapi, dia telah merakam beberapa momen yang sangat-sangat bagus. Saya fikir, jika momen-momen terbaik itu disunting dan diadun semula akan membuahkan hasil mengagumkan.
Selepas itu, U-Wei memberitahu saya tentang "Kaki Bakar" yang dibikinnya untuk siaran TV. Ternyata filem itu sangat bagus. Saya sungguh-sungguh mendesak U-Wei membuat salinan filem itu untuk ditayangkan di Cannes. Selain Cannes, filem itu ditayangkan di beberapa tempat lain. Filem itu juga ditayangkan di Festival Filem New York dan mendapat ulasan yang baik dalam akhbar New York Times.
Saya beritahu kepada orang Amerika bahawa pengarah Malaysia ini boleh membikin filem. Tetapi, sekali lagi, U-Wei mengecewakan saya. Peluang ini seharusnya dia gunakan untuk membuat sebuah filem yang benar-benar bagus. Tetapi galakan yang diberi tidak dimanfaatkan. Akibatnya, panggung Melayu masih belum benar-benar telah bermula.
Saya telah bertemu pengarah dan pelakon di banyak negara. Antara mereka Christine Hakim. Saya berhasil membawa dua filem dari Indonesia, salah satunya "Tjoet Nya' Dhien", Christine salah seorang penerbitnya, dan sebuah filem Garin. Baru-baru ini Christine menelefon saya memberitahu dia dan Slamet[Rahardjo] sedang terlibat dengan sebuah filem di Malaysia(filem Puteri Gunung Ledang) dan menjemput saya ke sini untuk melihat pembikinan filem. Saya mengharapkan ia menjadi sebuah filem yang menarik. Saya sentiasa berharap setiap negara memiliki industri dan filem yang mencerminkan negara itu sendiri. Mana-mana negara wajar mempunyai filem yang identiti tempatannya melampaui intergirti artistik.
*Petikan daripada majalah Siasah, edisi 10, Julai 2003, ms 51-52 |
|
|
|
|
|
|
|
Sukar nak lahirkan pengarah yg betul |
|
|
|
|
|
|
|
ano ..
Hussin Haniff tu siapa ar? .. mcm tak penah dgr la nama ni .. cuba bg tau apa cth karya2 dia yg terkenal?
btw .. tak dpt tidak .. terasa jg sedikit dgn statement dia yg mengatakan P Ramlee itu bukan seorg pengarah yg bagus .. agaknya mengapa dia berkata begitu? |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm...tak taulah kenapa dia kata camtuh...jawapan tepat kena tanya dia sendirilah kot....BTW...aku perasan dia kata dia kurang tertarik dengan cara pengarahan P.Ramle...tapi bagi dia P. Ramlee sebagai pelakon memang OK...cuma tidak sebagai pengarah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by GAIA at 14-4-2004 12:57 PM:
hmmm...tak taulah kenapa dia kata camtuh...jawapan tepat kena tanya dia sendirilah kot....BTW...aku perasan dia kata dia kurang tertarik dengan cara pengarahan P.Ramle...tapi bagi dia P. Ramlee seb ...
Kekurangan skill mengarah kot?! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shanew3stgalz at 14-4-2004 13:24:
Kekurangan skill mengarah kot?!
mungkin juga...bergandtung dengan apa yg dimaksudkan dengan skil megarah tuh....keupayaan menggunakan filem sebagai medan seni...kemampuan mengeksploitasi bahasa-bahasa filem....dan bla..bla..bla...itulah.....
atau sekurang2nya untuk filem lama ia perlu bertemakan universal...macam tema 'taraf manusia ini sama sahaja dan tiada batasan kaum' seperti yg ditunjukkan oleh sebuah filem hitam-putih Perancis La Grande Illusiion yg diterbitkan pada era 30an.....dimana filem itu cuba menentang idealogi perkauman Nazi di eropah pada waktu itu... |
|
|
|
|
|
|
|
Saya beritahu kepada orang Amerika bahawa pengarah Malaysia ini boleh membikin filem. Tetapi, sekali lagi, U-Wei mengecewakan saya. Peluang ini seharusnya dia gunakan untuk membuat sebuah filem yang benar-benar bagus. Tetapi galakan yang diberi tidak dimanfaatkan. Akibatnya, panggung Melayu masih belum benar-benar telah bermula.
maybe U-wei taknak tanggung risiko...tapi dier patut amik peluang tue...patutlah filem malaysia hanya dpt sambutan di malaysia jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by GAIA at 2004-4-14 12:57 PM:
hmmm...tak taulah kenapa dia kata camtuh...jawapan tepat kena tanya dia sendirilah kot....BTW...aku perasan dia kata dia kurang tertarik dengan cara pengarahan P.Ramle...tapi bagi dia P. Ramlee seb ...
yup .. I did noticed that .. |
|
|
|
|
|
|
|
btw putri gunong ledang tu bila nak tunjuk? |
|
|
|
|
|
|
|
at least ada juga orang luar yang benar2 bagi pendapat yang telus tentang filem Melayu..komen2nya sungguh membina dan tak bermaksud nak kecilkan hati sesapa..pasal dia tak berapa suka pengarahan P Ramlee..mungkin maksud dia ada momen yang tidak begitu digemarinya tapi ketika dia memuji U Wei..terasa ada satu semangat bangga menusuk masuk ke kalbu..baguslah..kalaulah U wei di beri modal untuk buat filem di bawah dana filem...at least dia akan tunjukkan apa itu sebenarnya filem walaupun bajet kecil dalam RM 2 juta....selepas embun dan paloh |
|
|
|
|
|
|
Minah_Flunxy This user has been deleted
|
hurmm..tak sangka filem-filem kita yang lepas di era lepas tak disimpan dengan baik buat tatapan kelak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yellow belmont at 2004-4-12 08:26 PM:
Hussin Haniff tu siapa ar? .. mcm tak penah dgr la nama ni .. cuba bg tau apa cth karya2 dia yg terkenal?
btw .. tak dpt tidak .. terasa jg sedikit dgn statement dia yg mengat ...
hussein hanif tu director filem hang jebat yg nordin ahmad berlakon tuh.rasa2 aku ini satu jela filem hussein hanif yg btol2 popular + berkualiti.aku ada baca review kt mana ntah,yg kata hussein hanif punya daya pengarahan lagi bagus drpd p.ramlee...kt mana ar,kena carik jap artikel tuh...
tp filem hang jebat memang best...selain batu belah batu bertangkup
p.ramlee bagi aku berbakat besar + genius sbg komposer & penggubah lagu,bukan sbg pengarah filem.dah kebetulan dia bole buat macam2 benda itu yg orang pandang tinggi sket |
|
|
|
|
|
|
|
pasal hussein hanif
Hang Jebat tetap relevan sepanjang zaman
Hang Jebat arahan Hussein Haniff antara sejumlah kecil filem Melayu yang masih hidup dan relevan sepanjang zaman. Sebenarnya tidak banyak filem Melayu yang mempunyai jangka hayat sepanjang Jebat yang relevan dalam semua zaman dan sentiasa segar menyampaikan kritik sosial.
Filem Melayu kerap kali mati selepas dikeluarkan dari pawagam. Apabila ditayangkan di TV, ia terus terpisah dengan masyarakat. Kecuali kepada mereka yang menonton untuk mengembalikan nostalgia lampau.
Atau diingat hanya apabila pelakon lelaki dan wanitanya mencipta kontroversi yang tidak ada kena mengena dengan dunia kesenimanan mereka. Kahwin, cerai, skandal, menjadi pengusaha salun atau butik.
Selepas itu ia terus terpisah dari premis sosial dan politik dan tidak dapat berdiri sebagai karya yang boleh ''dibaca'' oleh semua zaman.
Hang Jebat yang ditayangkan di TV3 Selasa lalu boleh dilihat dan dibaca dari sudut yang pelbagai. Filem ini tetap evergreen. Tetapi bukan evergreen dalam konteks filem-filem popular P. Ramlee. Hang Jebat diingat bukan kerana sifatnya yang nostalgik tetapi isu yang dikemukakan relevan dengan semua zaman.
Filem yang dikelaskan antara filem Melayu terbaik ini sentiasa mengingatkan dan terus mengingatkan manusia pada semua zaman.
Kalau diukur pada usia, Hang Jebat memang telah terpisah jauh oleh zaman. Apa lagi ia bercerita tentang zaman yang hanya terlukis dalam Hikayat Hang Tuah dan diterbitkan pada 1960 iaitu saat-saat terakhir kegemilangan Jalan Ampas.
Tetapi jangan lupa, kebijaksanaan silam boleh dimanfaat dan ditelaah sepanjang masa. Malah Hang Jebat dianggap sebagai memadam hasil buruk filem Hang Tuah arahan Phandi Majundar yang telah meng'india'kan Hikayat Hang Tuah.
Hang Jebat dijayakan oleh pelakon hebat Nordin Ahmad (sebagai pelakon dia kerap mengatasi P. Ramlee), M. Amin dan Mahmud June.
Rebellious Jebat sebenarnya ada pertalian dengan watak Hussein Haniff dan lanjutan gerakan kebangkitan kalangan seniman pada dekad 50-an yang melahirkan Angkatan Sasterawan 50-an (Asas 50). Selain perjuangan menuntut kemerdekaan, ini dekad penting sebagai titik tolak baru reformasi keadilan sosial.
Naskhah Hang Jebat tulisan Ali Aziz dalam konteks kita adalah Hamlet atau Ceaser karya Shakespeare kerana sarat dengan political statement. Hamlet atau Ceaser bercakap tentang intrig politik yang sejagat sifatnya. Selepas lebih 200 tahun Shakespeare meninggal dunia, kedua-dua karya ini terus relevan dengan manusia.
Hang Jebat di tangan Hussein Haniff tidak hanya bersandar kepada mitos menjunjung ''titah tuanku'' tetapi reformasi awal umat Melayu terhadap institusi yang menaungi rakyat.
Siapa yang berani memulakan kerja mulia, sekalipun dianggap oleh Hang Tuah sebagai derhaka, untuk mencari keadilan sosial kalau bukan Jebat.
Sebenarnya bukan pada zaman Melaka sahaja ketaksuban kepada pemimpin telah sewenang-wenang membelakangkan keadilan sosial. Malah terus berlanjutan dan keadilan sosial terus dicari makna yang sebaiknya.
Siapa yang meletakkan semula Hang Tuah dalam kerajaan Melaka kalau bukan reformasi Jebat. Ada juga pandangan mengata Hang Tuah bukan menyelamatkan sultan tetapi institusi yang menaungi rakyat.
Walau apapun percaturan politik berlatarkan istana dan kekuatan filemik dengan light and shadow yang kontras menjadikan filem ini cukup bermakna dan ia terus dicari maknanya.
Mengikut Hikayat Hang Tuah, Pateh Karma Wijaya adalah watak penting yang harus dibaca subtexts setiap gerak-geri atau kata-katanya. Dalam Hang Jebat, Pateh Karma Wijaya melampaui Mahmud June yang menghidupkan watak itu dengan jayanya.
Hang Jebat sebenarnya memberikan banyak kiasan tentang intrig politik. Hang Tuah kecundang kerana fitnah dan Jebat kecundang kerana melanggar adat. Ini sebahagian daripada hukum hakam politik. Malah ia juga mengingatkan persaudaraan boleh terputus bila-bila masa sahaja apabila berada dalam ideologi yang berbeza.
Buktinya Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu dan Kasturi akrab sebelum mereka terseret dalam percaturan politik di istana.
Hussein Haniff melihat kejujuran bukanlah tempat sebaiknya dalam politik. Pateh Karma Wijaya misalnya menggunakan kejujuran Tuah untuk mendapat perhatian sultan seterusnya landasan untuk menjadi laksamana.
Jebat mengingatkan, apabila Tuah dan Jebat, dua pembesar negara yang sama-sama berpengaruh bertelagah, yang menjadi mangsa adalah rakyat jelata. Pertelagahan itu untuk siapa sebenarnya?
Oleh : Ku Seman Ku Hussain ([email protected])
Utusan Online 27/8/1998 |
|
|
|
|
|
|
|
lagi satu...
Hang Jebat filem terbaik Hussein
Beberapa minggu lalu TV1 telah menayangkan kembali filem Hang Jebat dan Dang Anum. Kedua-duanya arahan Allahyarham Hussein Haniff. Sebagai seorang pengarah, nama Hussein Haniff tidak sepopular P. Ramlee untuk selalu diperbincangkan. Tetapi, filemnya Hang Jebat adalah antara filem Melayu yang terbaik yang pernah dihasilkan dalam sejarah perfileman Melayu.
Hang Jebat menjadi sedemikian penting bukan sahaja kerana tafsirannya yang begitu provokatif tetapi juga kerana keupayaan filem ini terdiri sebagai seni filem yang mengagumkan.
Hang Jebat telah dihasilkan secara intelektual oleh Hussein Haniff.
Dengan keupayaannya menguasai suntingan dan secara bijaksana menanfaatkan fotografi, Hussein berupaya menghasilkan imej-imej yang penuh emosi, berkesan dan cukup meransangkan. Melalui penguasaan ruang dan pengawalan tempo, Hang Jebat bukan lagi sekadar satu tragedi dua hero Melayu tetapi bagai puisi imej yang penuh emosi dan cukup provokatif. Hang Jebat menjadi peristiwa kepada sebuah filem yang hebat yang berusaha mencari kesempurnaan dalam gerak dan imej.
Melalui Hang Jebat, Ali Aziz (penulis skrip) menilai kembali epik silam dari konteks dan kesedaran nilai-nilai semasa. Dengan mengambil episod penderhakaan Hang Jebat, dan pertikaman Tuah-Jebat, daripada Hikayat Hang Tuah sebagai dasarnya, adaptasi yang dilakukan oleh Ali Aziz bukanlah pemindahan terus. Ali menilai dan menafsir semula erti kesetiakawanan, taat setia yang melulu kepada sultan, konsep derhaka dan balas dendam. Filem ini bukan hanya hujahan moral yang menghukum siapa yang bersalah atau menilai kembali moral di sebalik pertikaman Tuah dan Jebat. Ali tidak memaksa kesalahan pada Jebat, raja atau Tuah, tetapi mereka ditekan dan dipenjara oleh suasana. Hang Jebat anti-feudal, dia memahami erti kesetiaan dan keadilan tetapi keadaan yang menyebabkannya memberontak.
Skrip Hang Jebat didasarkan daripada skrip pentas Hang Jebat Menderhaka, karya Ali Aziz yang sebelum itu telah dijadikan skrip drama radio. Dialognya yang begitu bertenaga sebahagian besarnya dihasilkan dengan bantuan M. Amin.
Hang Jebat mempersoalkan feudalisme. Dalam Hang Jebat kewibawaan raja bukan sahaja dicabar tetapi dipersoalkan. Kewajaran hukuman raja ke atas Hang Tuah tidak sahaja dipertikaikan keadilannya oleh Hang Jebat tetapi turut dipersoalkan oleh permaisuri baginda.
Ketika adegan di rumah bendahara, permaisuri baginda (Rosnani) mengingatkan tindakan raja, katanya, "Tuanku suka mengikut rasa, kan akhirnya binasa... Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna." Terlebih dahulu dari itu, Hang Jebat dengan berani menyanggah dan berhujah dengan raja apabila dia dituduh melarikan Dang Baru (Latifah Omar) dan Hang Jebat dengan tegas tidak memberi peluang raja menguasainya.
Dalam Hang Jebat, raja bukan sahaja ditentang secara terang oleh Hang Jebat, malahan permaisuri turut menentang kewajaran hukuman raja secara halus tetapi cukup menyakitkan. Alangkah lemahnya Raja Melaka hingga terpenjara dalam suasana akibat tindakannya yang di luar kebijaksanaannya. Kelemahannya memberi ruang yang luas untuk dieksploit oleh Pateh Karmawijaya (Mahmud June).
Terpenjara dalam suasana, tekanan mental yang mengacaukan dan moral yang terhina, tidak sahaja dihadapi oleh Raja Melaka tetapi turut dirasai oleh Hang Tuah, hambanya yang setia, yang bersiap sedia menjalankan perintah raja membunuh Hang Jebat. Kewajaran tindakan Hang Tuah dipersoalkan oleh isterinya sendiri dalam satu adegan yang cukup tegang dan menyentuh perasaan yang saya anggap adegan terpenting filem ini. Malam itu, di waktu Hang Tuah mengasap kerisnya, isterinya menghujah kewajarannya. Hujah-hujahnya tajam menghiris Hang Tuah. Katanya, "Abang ini tergila-gila akan ketaatan dan kesetiaan kepada Sultan itu sehingga enggan mengerti... dan Abang hendak mengambil hati raja dengan mempersembahkan nyawa saudaramu sendiri."
Hang Tuah terpaku dan terpukul. Dan dalam keharuan dan ketidakpastian itulah Hang Tuah menuduh isterinya berlaku curang dengan Hang Jebat sepanjang ketiadaannya. Hang Tuah terpenjara dengan suasana yang begitu mencengkam dan secara fizikal dan mental Hang Tuah kelihatan begitu letih.
Hang Tuah di tangan Hussein Haniff menjadi sedemikian lemah dalam menghadapi suasana, terhina dan malah hilang kebijaksanaannya. Di tangan Hussein Haniff, setiap tindak-tanduk Hang Tuah sentiasa dipersoalkan.
Dalam perjalanan Hang Tuah menuju ke istana untuk membunuh Hang Jebat, Hussien Haniff sengaja menggunakan shot luas.
Hang Tuah berada di tengah taman istana melalui kawasan yang seakan terbahagi kepada kawasan terang dan gelap. Simbol yang menyuarakan dilema batin yang dihadapi oleh Hang Tuah yang mempersoalkan benar salah tindakannya.
Hussein seakan menyebelahi Hang Tuah, hanya selepas Hang Jebat telah luka parah datang menemui Hang Tuah. Seakan menyedari kesilapannya, Hang Tuah ditonjolkan lebih bersimpati kepada Hang Jebat. Di saat itu barulah dapat dirasakan erti persahabatan dan makna persaudaraan antara Hang Tuah dan Hang Jebat.
sambung.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sebagai sebuah cerita, Hang Jebat cukup nipis, plotnya lurus dan Hussein kelihatan seakan tidak memperdulikan aspek cerita. Untungnya Hang Jebat adalah epik Melayu yang sudah sedemikian dikenali. Apa yang utama adalah memberikan penafsiran baru pada hikayat tersebut.
Hussein Haniff amat mengutamakan komposisi imej dan pengawalan tempo. Maka dalam Hang Jebat, stail menjadi substance sedangkan cerita menjadi subordinate. Sebab itulah kita lebih merasakan imej-imej yang berkesan memualkan, menggetarkan, menyesalkan atau imej yang begitu puitis serta begitu mengesankan. Dengan kawalan temponya kita dapat merasakan kejemuan dalam adegan yang romantik dan klise.
Barangkali, secara sedar Hussein menggunakan pendekatan dialetikal dalam penyuntingan Hang Jebat. Dengan pendekatan ini, peristiwa ditafsir untuk menjadi titik-tolak yang membentuk tesis, yang kemudian mencipta konflik hasil pertembungan dengan elemen lain yang membentuk antitesis. Dan seterusnya menuju ke klimaks yang membawa penyelesaian iaitu sintesis, apabila Hang Jebat dibunuh dalam adegan pertikaman.
Melalui suntingan, Hussein sering menyarankan kontras, konflik atau pun pergeseran idea dan bentuk. Bukan itu sahaja, suntingan dalam Hang Jebat berjaya memberi keseimbangan pada keseluruhan filem. Imej dan gerak dalam Hang Jebat bersatu dalam satu kesatuan yang dinamik.
Hussein Haniff tidak mungkin dapat menghasilkan suntingan yang sedemikian baik tanpa adanya hasil fotografi yang cemerlang dan jurukamera berpengalaman, Hsu Chio Meng. Visualnya terpuji. Frem-frem dalam Hang Jebat sentiasa berisikan imej-imej yang selalunya menyarankan makna dan begitu suggestive sekali. Setiap shot ternyata dirancang dengan begitu baik oleh Hussein Haniff. Dia mengambil kira jarak objek dengan kamera. Kameranya tidak statik, sentiasa bergerak, komposisi objeknya sentiasa terkawal.
Imej-imej dalam Hang Jebat adalah imej-imej yang tidak selesa, komposisi dilakukan dalam ruang yang sempit, lalu imej yang dihasilkan terasa begitu mendesak.
Hussein Haniff tidak banyak memberikan relief dengan visual yang selesa, luas dan tenang.
Filem Hang Jebat lebih banyak dikuasai oleh adegan-adegan gelap dengan cahaya yang cukup terkawal, banyak adegan dalaman yang terasa begitu interns sekali. Barangkali dengan frem yang banyak dikuasai oleh gelap, Hussein mengajak kita menyelami kegelapan, ketidakpastian dan kekecewaan Hang Jebat. Atau meyelami sisi gelap kehidupan seorang raja.
Kamera Hussein dengan bijak menangkap riak wajah yang penuh kemarahan dan dendam dalam shot-shot close up.
Tidak kurang daripada empat kali Hussein menggunakan shot close up wajah Hang Jebat yang memancarkan kemarahan dan dendam. Nordin Ahmad ternyata telah memberikan dinamisme pada watak Hang Jebat. Selain daripada kekuatan lakonan Nordin Ahmad, Hang Jebat diperkuatkan lagi oleh lakonan M. Amin, Abdullah Sani, Siput Sarawak dan pelakon-pelakon lain yang berjaya memperlengkapkan.
Imej-imej yang dirakamkan oleh kamera Hussein sering menyarankan makna yang memberikan inspirasi kepada tindakan yang bakal menyusul dari Hang Jebat. Bermula dengan larian pantas Hang Jebat di padang lalang, pertanyaan-pertanyaan kecil anak Hang Tuah, keris dan tarian maut yang dipersembahkan di istana, semuanya menjadi sintesis kepada tindakannya untuk menderhaka dan membalas dendam.
Hussein Haniff mempunyai fahamannya sendiri terhadap kekejaman dan keganasan. Lalu tidak hairanlah adegan pergelutan dan pertikaman dalam Hang Jebat kelihatan begitu kejam dan seru.
Hussein ternyata amat mangutamakan adegan pergelutan dan persilatan. Tidak hairanlah adegan pertikaman Hang Jebat begitu dominan. Apatah lagi dengan koreografi silat yang baik oleh Mahmud June, adegan pertikaman Tuah-Jebat adalah antara adegan pertarungan terbaik pernah ada dalam filem Melayu.
Adegan Hang Jebat ditikam di balik tirai menjadi begitu simbolik, cantik dan kesannya begitu menusuk. Malah tarian yang selalunya sekadar penyari dalam filem Melayu menjadi begitu berbeza dalam Hang Jebat. Tarian yang dikoreografikan oleh Siput Sarawak jelas menunjukkan citarasa Hussein Haniff yang tersendiri. Terkeluar dari tradisi Hindustan.
Tariannya bermotifkan maut, geraknya membawa unsur kematian dan pemberontakan. Jebat nyata sekali mendapat inspirasi dari tarian tersebut.
Hang Jebat bernasib baik dihasilkan dalam hitam putih.
Dengan warna hitam putih, dapat dirasakan kesan yang begitu dominan intensiti bayang-bayangnya. Hitam putih mempermudahkan ransangan visual ke arah kesatuan harmoni dan kontras yang jelas. Hitam putih mempertingkatkan imaginasi dan merangsangkan emosi.
Lihat adegan Jebat ditikam, darah yang keluar kehitaman atau pada shot close-up perut Jebat yang luka parah akibat tikaman, darah yang membuak keluar berwarna hitam pekat.
Hasilnya, visual yang paling mengerikan dan begitu mengacaukan fikiran kita. Serupa juga kesan yang kita rasai semasa menonton adegan pembunuhan dalam bilik mandi filem Psycho arahan Alfred Hitchcock.
Hussein Haniff adalah pengarah rebel with a cause. Dia terkenal sebagai perfectionist. Dalam mengarah filem dia mencari kesempurnaan. Dia obses dengan imej dan gerak atau suntingan. Filem-filemnya cemerlang dari aspek fotografi dan suntingan.
Daripada 12 filem arahannya, kecuali Hang Jebat dan Dang Anum, filem-filemnya yang lain gagal di pasaran. Silapnya kerana Hussein sering melupakan aspek cerita.
Untuk Hang Jebat dan Dang Anum, Hussein beruntung mendapat skrip yang ditulis oleh Ali Aziz. Usaha menggabungkan semula Ali Aziz dan Hussein dalam Dua Pendekar adalah gagal.
Hussein mengarahkan 12 buah filem di Cathay Kris.
Hang Jebat diarahkannya pada usia 27 tahun. Beliau meninggal dunia dalam usia 32 tahun.
Oleh: A.Wahab Hamzah
Sumber : Utusan Malaysia 20/2/1993 & 27/2/1993 |
|
|
|
|
|
|
|
wow...menariknya artikel dari Ku seman ngan Wahab tuh...kebetulan aku selalu ikut tulisan mereka dalam setahun dua nie....yang lama2 dulu aku tak ikut......seperti biasa tulisan A Wahab Hamzah tu terlalu "technical"....ada jugak bahagian yang susah nak faham....
Nampaknya aku kena ada koleksi pribadi filem Hang Jebat....menonton dan mengkajinya kembali.....tentunya ia benar2 merupakan satu khazanah berharga buat negara ini......
Maklumat dalam posting iscol tu sangat bermakna....aku nak digest thread nie....terima kasih utk artikel itu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Puan Yasmin Ahmad pernah bagitau aku yg dia pernah berbual dengan Pierre nie kat phone...
masa dia bawak RABUN ke festival Torino di Italy dulu......beberapa Jury kat Torino adalah orang Perancis...dan mereka suka sangat kat Rabun....then diorang yg cakap kat Pierre Rissient pesal RABUN....
Pierre pun bersusah payah cari jalan nak hubungi Yasmin...kemudian dia berjaya call Yasmin dan meminta salinan RABUN dihantar padanya....
Selepas tuh....Pierre cakap kat Ho Yuhang(apek tak picaya ka dlm iklan BBMB) yang juga merupakan kawan Yasmin...bahawa dia pun suka sangat kat RABUN.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by iscol_klang at 2004-5-7 08:36 AM:
hussein hanif tu director filem hang jebat yg nordin ahmad berlakon tuh.rasa2 aku ini satu jela filem hussein hanif yg btol2 popular + berkualiti.aku ada baca review kt mana ntah,yg kata h ...
oic .. pengarah zaman dulu2 rupanya .. baru aku tau .. thanks for the answer
btw .. filem Hang Jebat ni yg mana 1 ek? .. sapo jadi Hang Tuah? .. M. Amin ke? .. aku jadi tak brapa sure sbb seingat aku mcm ada 2-3 filem crita pasal Tuah ngan Jebat ni .. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by GAIA at 2004-5-7 03:34 PM:
wow...menariknya artikel dari Ku seman ngan Wahab tuh...kebetulan aku selalu ikut tulisan mereka dalam setahun dua nie....yang lama2 dulu aku tak ikut......seperti biasa tulisan A Wahab Hamzah tu t ...
a ah la .. tulisan A Wahab Hamzah tu banyak guna term yg aku tak paham .. alamat lain kali kena bukak kamus la kalau nak baca tulisan dia .. tp antara 2 review tu .. tulisan dia tu yg paling menarik aku rasa .. sbb dia becakap benda yg aku tak tau .. :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# yellow belmont
p ramlee byk adapt dari filem luar.. tidak original. contoh ali baba bujang lapok. sebijik sebuat filem tamil zaman 50an. |
|
|
|
|
|
|
| |
|