|
oleh Adib Za
Sumber foto: Carian google
Teringat lagi waktu sekolah dulu, setiap kali habis kelas, penulis suka singgah kedai dan beli jeruk.
Antara yang menjadi pilihan pastinya jeruk buah salak. Memang sangat enak dan tak pernah lupa rasanya yang rangup dan masam manis.
Kini, ia boleh disediakan sendiri, lebih sihat dan juga kebersihan juga terjamin. Jom cuba!
Bahan-bahan:
1. Buah salak
2. Gula melaka
3. Gula/ garam
4. Sedikit cuka
5. Air
6. Lada kering/ cili boh/ serbuk cili
Cara-caranya:
1. Didihkan air.
2. Kopek kulit buah salak, bersihkan dan buka setiap ulas..masukkan ke dalam air yang telah mendidih tadi, masukkan sedikit garam, kacau, biarkan dalam 3 minit.
3. Toskan buah. Sementara menunggu air gula sejuk..masukkan buah ke dalam peti sejuk.
4. Masak gula melaka, garam, gula, kalau nak gantikan dengan gula batu pun boleh. Jangan lupa cuka sikit. Kalau suka pedas boleh masukkan lada. Didihkan. Biarkan sejuk.
5. Bila air gula dah sejuk masukkan buah salak tadi. Simpan dalam peti ais. - CARI Infonet
Symber: Zakirawang Wordpress |
|