|
oleh Adib Za
Kalau singgah ke kaunter kecantikan, rasa tak tahan pula nak mencuba beberapa lipstik terbaru, pelembap muka, dan juga produk tester yang lain, betul tak?
Namun, awas ya kerana tanpa kita sedari ia telah digunakan oleh beratus-ratus orang yang turut mahu mencubanya.
Ini boleh menyebabkan perpindahan bakteria dan virus dalam produk tester tersebut.
![](http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201605/23/164111ima9ql2l292223qk.jpg)
Memetik laman dailymail, menunjukkan hampir semua tester mekap telah tersebar bakteria E Coli dan pelbagai kuman yang lain.
Bakteria tersebut boleh menyebabkan sakit perut dan juga masalah pencernaan. Manakala, bakteria staphyloccus dan streptococcus yang menjadi penyebab infeksi turut ditemui dalam beberapa tester mekap.
Pendek kata, tester mekap dan pelbagai produk lain sudah terdedah kepada kekotoran, malah dikatakan lebih kotor daripada tandas. Ngeri kan! - CARI Infonet
![](http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201605/23/164112l17gw17xt6t17i7p.jpg)
Sumber foto Carian google |
|