|
oleh Adib Za
Adakah anak anda sering menangis dan nampak cemas sekali bila anda meninggalkannya di rumah pengasuh, taska dan sebagainya?
Situasi ini pasti membuatkan para ibu bapa berasa risau bila melihat si kecil susah nak berenggang.
Tahukah anda inilah yang dipanggil sebagai 'separation anxiety' yang dialami oleh sesetengah anak-anak. Ia merupakan perasaan takut dan bimbang bila berjauhan dengan ibu bapanya.
Sebenarnya, ia merupakan satu fasa yang normal ya, seperti yang dipaparkan menerusi Baby Buddies. Malah, ia menunjukkan petanda perkembangan yang sihat di kalangan bayi anda!
Khas untuk ibu bapa, jangan risau dan bimbang, fahami lebih lanjut tentang situasi separation anxiety di kalangan anak-anak ini menerusi paparan di bawah, memetik laman Baby Buddies. - CARI Infonet
|
|