View: 9855|Reply: 42
|
'Apa Salah Sultan Brunei? Kenapa Hina Sultan & Kacau Negara Kami?'
[Copy link]
|
|
Edited by Diandra at 17-6-2016 10:26 PM
![](https://1.bp.blogspot.com/-gm1R8IeirzM/V2NePd8Dt-I/AAAAAAAAI9I/DsB0DjM3-oA3Kvy64yDxzIOp8Tn_OEMqACLcB/s1600/1.png)
KUALA LUMPUR - Gara-gara menggunakan perkataan yang tidak sesuai bagi mengambarkan kekayaan dan secara tidak langsungnya melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap Sultan Brunei, seorang doktor 'Facebook' dikecam netizen terutamanya rakyat Brunei.
Status 'Bonus Raya' yang diterbitkan pada 11 Jun lalu, pada asalnya hanya mahu membandingkan 'keprihatinan' Kerajaan Malaysia memberikan Bantuan Khas RM500 kepada penjawat awam yang melibatkan peruntukan sebanyak RM1 bilion.
Namun, dakwaan yang mengatakan Sultan Brunei yang kaya 'nak mampus' itu langsung tidak memberikan 'bonus' kepada penjawat awam di negara itu, mencetuskan kemarahan rakyat Brunei.
"Saya ingatkan dia memberi komen yang positif, tetapi dia menghina negara kami. Dan tidak perlulah kami tunjukkan kepadanya apa yang Sultan Brunei telah lakukan untuk rakyatnya. Sebagai rakyat Brunei, kami tidak pernah mempersoalkannya dan kami percaya Sultan kami selalu memberikan yang terbaik untuk negara kami. Untuk makluman, di Brunei bukan hanya ada dua universiti seperti yang didakwa doktor berkenaan," kata T-qah Pha.
"Siapa budak A**** R***** ini? Kalau berani, datanglah ke Brunei. Talk to us like a man. Mulut dia macam longkang. Jangan sesuka hati menghina negara kami Brunei Darussalam dan kepimpinan raja kami. Jangan hanya berani di dalam Facebook sahaja," kata Erwan Malai Hasim.
"Kita di negera Brunei Darussalam diberikan tambang haji percuma bagi kakitangan kerajaan dan para muallaf secara percuma. Malahan, dikurniakan wang saku B$2,000 setiap seorang sebelum berangkat ke Baitullah.
"Belum lagi yang lain seperti wang tunai tambang percuma melancong ke Asean setiap 4 tahun, wang untuk warga tua, anak yatim, balu, janda dan banyak lagi. Tak hebatkah itu? Kita sangat bersyukur atas nikmat yang dikurniakan," kata Mike.
Bagaimanapun, dalam kemaskini pada 14 Jun lalu di posting yang sama, doktor berkenaan tampil memberikan penjelasan.
"Sebelum ini saya ada gunakan perkataan Sultan Brunei 'kaya nak mampus' di dalam status di atas. Kaya nak mampus bermaksud kaya yang amat atau kaya sangat mengikut dialek orang Malaysia terutama kawasan selatan Semenanjung.
"Malangnya status harmless saya ini disalahertikan oleh golongan-golongan jahil dan sesetengah warga asing. Oleh itu saya gantikan perkataan 'kaya nak mampus' tersebut dengan 'kaya yang amat' bagi mengelakkan salah faham dan manipulasi oleh golongan yang jahil," katanya.
Malangnya tindakan itu sudah terlambat kerana seorang wanita tampil membuat aduan secara bertulis yang dihantar ke Hospital Melaka.
Berdasarkan surat maklumbalas dari pihak hospital berkenaan menyatakan mereka akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan tersebut.
Meskipun sudah dijawab, netizen dari Brunei tetap menuntut pegawai perubatan berkenaan memohon maaf. Namun, sehingga kini tiada sebarang pemohonan maaf yang dibuat. - SUMBER
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lobai_romendan at 17-6-2016 10:27 PM
Diandra replied at 17-6-2016 10:23 PM
KUALA LUMPUR - Gara-gara menggunakan perkataan yang tidak sesuai bagi mengambarkan kekayaan dan ...
Owh... doktor poyo kat ER
Sebelum ni kutuk TGNA... pastu palit kan nama DrMAZA sekali |
|
|
|
|
|
|
|
Poyo ke? Haha! Biasa tengok dia ni bidas dakwaan orang yang 'hentam' hospital/klinik. Hari ini, rakyat Malaysia + Brunei bersatu 'sekolahkan' dia balik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia kutuk TGNA pasal apa eh? Tertinggal keretapi. Mohon pencerahan
|
|
|
|
|
|
|
|
Ooo.. pasal ludah rupanya. Orang dah tak ada pun dia tergamak kata camtu. Nampak sangat macainya. LOL!
Sebagai pegawai perubatan, dia sepatutnya jaga tutur kata. Hairan gak kenapa KKM tak ambil tindakan terhadap penjawat awam celupar ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
lobai_romendan replied at 17-6-2016 10:32 PM
http://bloglist-malaysia.blogspot.my/2015/02/mufti-perlis-dr-maza-bidas-seorang.html?m=1
Tapi xnafikan.. Dr ni mulut kurang ajar juga.. Selayaknya kena hencap
Cuma kalo kena sosma sebab dia bayangan tuhan.. Wow je mampu.. ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by OmJualGas at 17-6-2016 10:46 PM
Doktor Palui main fasbuk.... |
|
|
|
|
|
|
|
maapkan la doktor tuh... dia ter- over sexcited sgt dpt bonus raya.
![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Macai.. klu x bodoh x sah la kann... berlagak kot jd doktor? Ntah2 doc yg bengap.. i pernah je jupa dic bengap.. nama ubat pn xtau.. kita plak nk kna explain n tunjuk kt dia.. pakai kabel kot dpt keja..
Mulut longkang perasan bagus.. nnti klu jupa mampus kt mana2.. selayaknya la.. berani2 melongkang dgn manusia kaya dunia.. bodoh.. ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
meleysie dan mulut celaka bajet paling bagus sendiri di dunia ini berpisah teda ye @pyropura ![](static/image/smiley/default/3laugh.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Oh...
Nasib baik sultan brunei x mcm sultan kt mlysia..
Klu x kne masuk dlm dah dokter ni ![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Doktor tu mamak kolingga ke nmpk hitam je , mulut mcm mamak paria nasi kandaq |
|
|
|
|
|
|
|
Bodohnya orang brunei. Setakat kata sultannya kaya nak mampos pun sentap. Padan la sultan ludah saja rakyatnya. Bapok dungu yang tak mampu bersaing dengan gurkha ummah bapok untuk jadi askar elit di negara mereka sendiri. Hahahahahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang brunei bodoh nak mampos. |
|
|
|
|
|
|
|
ok la tu ayat kaya nk mmpos beerti kaya gila. jgn cm aku sudah.. sebot kopek buah, ade pompuan ckp aku ckp kotor sebot buah dada![](static/image/smiley/default/titter.gif)
kopek=kupas![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Sultan brunei buleh pulak dikata pemurah gitu..kenapa kerajaan kita dilabel zalim lak kan...negara kita pun bil perubatan singgit, ade brim bbim ptptn biasiswa elaun oku elaun jkm dan segala macam lagi..but still rakyat mesia tak puas hati lagi.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|