CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12087|Reply: 17

Prosedur dakwa orang ketiga

[Copy link]
Post time 23-6-2016 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum.
Saya nak tanya..ada siapa2 ada pengalaman buat dakwaan orang ketiga dlm rumahtangga?

Boleh bagi tahu cara nak buat dakwaan.

Sangat2 memerlukan pertolongan sekarang.
Terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2016 04:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Mzz tak tau prosedur dia. And mzz tak tau pucuk pangkal cerita. Just nak wish all the best and fight for your rights
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2016 05:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Assuming TT is a Muslim;

Boleh ke dakwa pengacau rumahtangga di court syariah?

Boleh ke Muslim bawa kes sebegini masuk court civil?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2016 07:24 AM | Show all posts
Jumpa lawyer je.
Nnt tahu la lawyer nk buat apa.
Yang penting duit ada.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2016 08:36 AM | Show all posts
sumber: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1117&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm

ARKIB : 17/11/2010
Saman wanita jadi punca cerai
Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
[email protected]


PUTRAJAYA 16 Nov. - Isu perceraian yang menjadi topik hangat ketika ini 'semakin menarik' apabila seorang pengamal undang-undang memberi tips kepada isteri-isteri teraniaya mengenai cara berdepan perampas suami mereka.
Peguam berkenaan, Datuk Kamilia Ibrahim berkata, isteri yang diceraikan disebabkan suami mereka digoda orang ketiga boleh menyaman wanita yang menjadi punca penceraian rumah tangga mereka.
Beliau yang juga Naib Ketua Wanita UMNO memberitahu, satu pasukan peguam syarie boleh dibentuk bagi membantu isteri yang teraniaya akibat cinta suami beralih arah.
Menurutnya, terdapat peruntukan undang-undang di bawah Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam yang membolehkan seseorang itu didakwa kerana cuba memecahbelahkan perkahwinan orang lain.
Tambah beliau, tidak ramai wanita Melayu yang menyedari peruntukan itu dan pihaknya bersedia akan membantu mereka mendapatkan khidmat nasihat jika mereka berasa teraniaya apabila ditinggalkan suami ekoran gangguan pihak ketiga.
"Malah di bawah undang-undang sivil pun ada peruntukan ini, sebagai contoh kes model dan pengacara, Daphne Iking yang mana bekas suaminya menyaman seorang ahli perniagaan kerana memikat isterinya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kamilia berkata, kes-kes saman seumpama itu perlu dimulakan supaya masyarakat dapat disedarkan bahawa adalah suatu kesalahan meruntuhkan ikatan pasangan yang berkahwin.
Justeru, tegas beliau, pihak ketiga yang menjadi punca penceraian itu perlu diheret ke mahkamah dan disaman kerana menyebabkan seseorang isteri yang enggan bercerai tetap diceraikan oleh suaminya.
Sementara itu, mengulas mengenai trend penceraian terutama dalam tempoh 10 tahun pertama perkahwinan, Kamilia mencadangkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri agar menganjurkan kursus untuk pasangan yang sudah berkahwin untuk tempoh setiap lima tahun.
"Janganlah semasa hendak berkahwin saja kita adakan kursus, sebab dalam tempoh lima tahun perkahwinan, 10 tahun, 15 tahun, 20 tahun dan seterusnya ada ujiannya yang tersendiri.
"Dengan cara ini, saya percaya banyak perkahwinan yang dapat diselamatkan kerana mereka akan mendapat bimbingan dan khidmat nasihat daripada pakar-pakar yang arif tentang asam garam rumah tangga," katanya.
Selain itu, kata Kamilia, pasangan suami isteri perlu bijak menggunakan Internet tanpa menjadikan laman sosial seperti Facebook untuk meluahkan perasaan terhadap kekurangan pasangan masing-masing kepada orang lain.
"Jika seorang isteri menceritakan keburukan suaminya kepada lelaki lain dan lelaki itu mengambil kesempatan menggoda dia, sudah tentu akan berlaku masalah dalam perkahwinan mereka, begitu juga sebaliknya," katanya.




Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1117&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm#ixzz4CMHODuCb
© Utusan Melayu (M) Bhd

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2016 08:37 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-6-2016 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya dapat tahu suami berhubung & berjumpa lagi dgn kekasihnya.
Sebelum ni dah 2 kali saya dapat tahu, bersemuka dan dua2 janji takkan buat lagi, akan putuskan hubungan.
Tapi, rupanya dua2 menipu dibelakang saya.
Ini kali ketiga saya dapat tahu.

Nafkah batin pun dah 6 bulan tak bagi.Bila saya  cuba nak bersama, dia takde respon.tak macam sebelum2 ni. Last2 saya termalu sendiri sebab semua takde respon. Rasa nk pergi pejabat agama buat aduan & dakwaan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2016 11:22 AM | Show all posts
rasastress1 replied at 23-6-2016 08:46 AM
Saya dapat tahu suami berhubung & berjumpa lagi dgn kekasihnya.
Sebelum ni dah 2 kali saya dapat ta ...

kesian rasa... kalau nak saman bila2 masa boleh.. tapi salahkan laki akak dulu yg memang dah jenis menggatal... dapat pulak perempuan jenis murahan  yang tak tau malu ambik laki org... memang mereka janji x nak jumpa tapi perempuan murahan tu x tau malu.. suka2 goda laki awk..

so nak buat mcmmana dah? jumpa jenis dua-dua gatal.. nilah nisib kalau laki x de iman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2016 11:40 AM | Show all posts
sebelum saman pihak ketiga, sila saman laki awak yang birah tu dulu..
bertepuk sebelah tangan tak berbunyi sis..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2016 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
rasastress1 replied at 23-6-2016 08:46 AM
Saya dapat tahu suami berhubung & berjumpa lagi dgn kekasihnya.
Sebelum ni dah 2 kali saya dapat ta ...

Dah makan luar la tu siap xde perasaan lagi nak berjimak dgn bini, laki ni biasanya lagi die mencurang kat luar lagi baik die kat rumah. Nak cover punya pasal kan.. Ini terang-terangan xde respond. Aisehh sabar la kak..dugaan mu..perempuan tu memang cantik ke? Suami umor berapa?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2016 10:02 AM | Show all posts
Kasihan TT.
Niat dia hanya nak saman kekasih si suami.
Walau tahu suami curang dan menipu kali ketiga, tapi nampak gaya seperti masih mengharap suami berada di sisi dia.
Padahal si suami itu yang patut dipersalahkan dan disaman si mahkamah syariah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2016 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
birahnya sundal tu
jantan x guna begini elok saja dicampak bagi buaya makan .
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2016 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
ish
bulam posa ni..aku.memarah plak
grram.la.uols
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2016 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by munchkin at 25-6-2016 01:44 PM

Buang masa tenaga and wang nak saman pompuan tu. Suami tt yg bermasalah. Kalau putus ngan kekasih lama. Buat kekasih baru. Saman lagi. Buat kekasih baru2. Saman lagi. Buat kekasih baru3. Saman tu bagi I berbaloi kalau suami tt tak melayan tapi org ketiga menggila sampai kacau keluarga and tempat kerja. Why waste time. Just drop your infidel loser stupid husband dgn file taqliq sebab dah tak beri nafkah batin selama 6 bulan bayar rm10. Or you masih sayang husband you yg infidel tu lagi. Kalau dia kaya raya jutawan sila stay je. Klau nan hado cukup cukup makan or bini share share bayar tapi masih ada hati cam lelaki melayu lain nak memasang tapi hidup cukup beras bawang, lain bini share bayar sila pikir sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2016 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 24-6-2016 10:02 AM
Kasihan TT.
Niat dia hanya nak saman kekasih si suami.
Walau tahu suami curang dan menipu kali ket ...

Ntahnya suami dia yg perosak utama. Esok pompuan lain goda, saman pompuan lain pulak. Lusa pompuan lain goda saman pompuan lain lagi.

Kalu nak saman ni biar dua dua shitheads sekali.  
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2016 01:30 PM | Show all posts
munchkin replied at 25-6-2016 01:43 PM
Ntahnya suami dia yg perosak utama. Esok pompuan lain goda, saman pompuan lain pulak. Lusa pompuan ...

Cara TT nak buat ni iaitu saman org ketiga instead of her husband seolah suami dia mangsa.Sedangkan sudah kantoi 3x.
Entah berapa kali nak kantoi agaknya baru TT sedar suami dia juga perosak rumahtangga sendiri.
In denial kaedahnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2016 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 26-6-2016 01:30 PM
Cara TT nak buat ni iaitu saman org ketiga instead of her husband seolah suami dia mangsa.Sedangka ...

Tulah. Mangsa pertama tt. Mangsa kedua husband dia. Adoyai.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2016 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh..amek lawyer..pandai la dorg pusing.. Sediakan duit..nothing free
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.080654 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list