|
Oleh Izzah Abbasy
Umum mengetahui, wanita dan lelaki yang sudah baligh wajib berpuasa di bulan Ramadan.
Namun, jika wanita yang keluar darah haid dan nifas maka diperbolehkan untuk tidak berpuasa tetapi diwajibkan untuk mengganti puasa di hari lain sebanyak mana puasa yang ditinggalkan.
Tetapi, timbul persoalan bagaimana jika orang yang sakit, yang mengalami perjalanan jauh atau mengalami uzur adakah diperbolehkan tidak berpuasa?
Bagaimana pula dengan wanita yang sedang hamil atau menyusui bayi? Apakah ia juga diperbolehkan untuk membatalkan puasa?
Jawapan :
Hal ini juga diperkuat oleh penyataan ulama besar bernama Dr. Ali Ahmed Mashael, daripada Grand Mufti di Islamic Affairs dan Charitable Activities Department di Dubai (IACAD) yang memperbolehkan wanita hamil dan menyusui tidak berpuasa di bulan Ramadan.
Meskipun diperbolehkan tidak berpuasa, hal ini haruslah disokong oleh alasan yang kuat. Alasan tersebut antara lain adalah jika dengan puasa dikhuatirkan akan membahayakan kesihatan dan perkembangan janin, membahayakan kesihatan ibu atau membahayakan kedua-duanya.
Tetapi tetap wajib menggantikan puasa atau membayar fidyah (memberi makan orang miskin sebanyak makanan yang membuat kenyang selama sebanyak puasa yang ditinggalkan). Jika seorang wanita hamil meninggalkan puasa selama 10 hari saat Ramadan, ia diwajibkan untuk mengganti puasa sebanyak 10 hari juga di hari lain ketika ia sudah sihat atau memberi makan orang miskin selama 10 hari tersebut.
Semoga, info dikongsikan ini memberi manfaat kepada semua. Selamat menjalankan ibadah puasa ya. - CARI Infonet |
|