View: 2854|Reply: 5
|
Sfiha, Pizza Daging Dari Arab Yang Sangat 'Ohsem'!
[Copy link]
|
|
oleh Adib ZA
Sekali pandang pasti ramai yang menyangka ia merupakan sejenis pizza, namun sebenarnya ia merupakan salah satu makanan dari Arab yang sangat lazat.
Dikenali dengan nama Sfiha, roti persis pizza ini menjadi kegemaran di negara Syria, Lebanon, Jordan, Palestin dan Turki.
Dari segi sejarah, katanya resipi roti ini dibawakan oleh imigran dari Brazil dan juga Argentina ke negara Arab itu.
Turut dikenali dengan beberapa nama lain seperti pai daging, pizza daging dan sebagainya. Ini kerana ia didatangkan dengan adunan tepung diberi topping daging berempah.
Ia sangat enak dimakan dengan sos lemon atau pun yogurt. Aroma daging berempahnya sahaja sudah mampu membuatkan ramai yang terliur.
Ditambah dengan campuran bahan segar seperti tomato, bawang putih, minyak zaitun dan rempah ratus khas yang digunakan. - CARI
Sumber foto: Carian google |
|
|
|
|
|
|
|
kat mana ni?
takat share gmbo n penerangan
so kne p lebanon??
kurtlasss |
|
|
|
|
|
|
| |
|