Berlumba-lumba pengasas kosmetik mencari idea kelainan bagi barangan produk mereka.
Lebih-lebih lagi wanita hari ini pasti inginkan barangan kosmetik mereka lain daripada yang lain dan paling penting ia sesuai, tampak cantik ketika digayakan.
Terkini terdapat pula lipstik yang baru dilancarkan dan telah menarik perhatian para wanita di luar sana. Jenama kosmetik ini asalnya dari negara China dan dipopularkan dengan jenama Kailijumei.
Satu-satunya lipstik jelly dengan bunga di dalamnya. Cantik kan? Kena ada satu buat koleksi. - CARI Infonet