BAHAN:
200gram lala – dicuci bersih dan ditoskan
3 tangkai cili padi – dihiris halus
4 helai daun kari
2 sudu besar mentega
1 biji kuning telur masin yang telah direbus – dihancurkan
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
CARA MENYEDIAKAN: Panaskan kuali dan masukkan mentega. Cairkan mentega dengan api sederhana.
Selepas itu masukkan daun kari, cili padi, garam dan serbuk lada hitam.
Kemudian masukkan kuning telur masin dan kacau sehingga berbuih.
Akhir sekali masukkan lala dan kacau sebati sehingga masak.
Sedapnye. Dulu selalu masak ayam masak telur masin nih tapi semenjak dua menjak laki ku diet langsung dia x mo makan da all food high in fat n cholesterol.