Oleh Izzah Abbasy
Resepi kek coklat yang disediakan hanya dua minit ini pasti menggembirakan anda yang agak malas berlama-lama di dapur.
Dengan menggunakan cawan kecil, anda boleh membuat coklat kek yang lazat. Tidak percaya? Jom ikut cara membuat kek coklat koko cawan yang senang, mudah dan cepat!
Bahan A
4 sudu tepung
2 sudu koko
3 sudu gula
¼ sudu kecil serbuk penaik
Cip coklat mengikut kesesuaian
Bahan B
3 sudu susu
3 susu minyak
¼ sudu vanilla
1. Masukkan semua bahan-bahan A ke dalam cawan. Kemudian anda kacau sehingga ia sebati.
2. Selepas itu anda masukkan pula bahan-bahan B. Seperti biasa kacau sehingga bahan A dan bahan B bercampur dengan rata.
3. Kacau sampai ia berwarna coklat. Kemudian masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama dua minit.
4. Selepas masak, anda boleh letakkan krim karamel atau sebagainya di atas kek coklat koko cawan.
5. Jadi, jangan tunggu lama, makan terus. Nanti tidak sedap pula. Selamat mencuba! - CARI Infonet
|