CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4924|Reply: 22

'Cukup-Cukuplah Selfie Dengan Makanan Tu' - Iklan Terbaharu Ikea

[Copy link]
Post time 4-8-2016 10:43 AM | Show all posts |Read mode
oleh Adib Za

Fakta menarik: Buat masa ini terdapat lebih dari 300 juta gambar makanan di Instagram. Ia jauh mengatasi gambar yang diambil ketika melancong (57 juta) dan juga gambar matahari terbenam, 69 juta.


Hanya gambar selfie sahaja, yang mengatasi gambar makanan di Instagram iaitu sebanyak 316 juta. Menjadi persoalan juga, mengapa terlalu ramai umat yang begitu tertarik berkongsi gambar makanan di laman sosial?


Tanpa kita sedari dan mungkin sudah lama lupakan, makanan sebenarnya mempunyai fungsi begitu hebat, ia mampu menjadi 'alat' untuk menyatukan manusia, keluarga dan sahabat. Anda setuju?





Gambar hiasan. Sumber foto: Dailymail





Namun, hari ini semua orang seperti mengambil peluang untuk berkongsi gambar makanan, yang tiada salahnya. Tetapi melupakan aspek dan fungsi utama makanan itu. Benar, kan?


Sebagai contoh, hanya untuk 'upload' gambar makanan di Instagram, anda mengambil masa lebih lama dengan mengambil gambar, 'edit' dan juga memuatnaik. Di mana elemen kekeluargaan itu, sudah diabaikan?


Itulah yang dibawakan dalam iklan terbaharu jenama perabot dan dekorasi terkenal dari Sweden, Ikea.











'Enough is enough'. Cukuplah! Itulah mesej yang ingin ditonjolkan dalam iklan Ikea ini.


Dibawakan secara bersahaja dan berjenaka, namun maksud mendalam di sebalik iklan itu, "bertenanglah cik abang, cik akak, cukup-cukuplah selfie dengan makanan. Relaks, sudah!" begitu penafsiran dalam bahasa pasarnya.


Hanya dalam masa kurang seminggu sahaja, iklan ini telah mencecah lebih 2 juta tontonan. Hebat bukan? Namun, anda rasa adakah manusia akan berhenti daripada bergambar selfie dengan makanan? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2016 11:49 AM | Show all posts
hahah.. relax... snap pic makanan just take 2 second
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 12:50 PM | Show all posts
Makanan untuk dinikmati bukan untuk tayang2 sian kalau kawan2 yang kurang berkemampuan nampak makanan tu apa le agaknya rasa hati mereka
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 12:58 PM | Show all posts
rase better snap gambar makanan dr selfie memanjang lagi2 kaum laki
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
koser nak amek gamba makanan..sampai je terus makan, tunggu apa lagi..lapaq kot
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 01:39 PM | Show all posts
menarik iklan die.. tp masak kalau nak share gambar makanan cara dulu... kebulur anak bini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2016 01:56 PM | Show all posts
Kdg2 bila snap makanan and share, ada faedahnya jugak...boleh share ngan kwn2 yg tak pernah pergi and yg berminat nak pergi in the future...ala2 helpful info gittew...ada pros and cons la
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok lagi tengok gambar makanan dari baca status ntah ape2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2016 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha terase aii
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 03:51 PM | Show all posts
certiorari replied at 4-8-2016 01:56 PM
Kdg2 bila snap makanan and share, ada faedahnya jugak...boleh share ngan kwn2 yg tak pernah pergi an ...

aah kdg2 tu sja je ambil then share kat gc whatsapp family hahha.. suka jealous kan dorang family i.. tpi tak lah hadap sangat nak upload kat ug dengan hashtag foodporn.. apa kejadah foodporn...

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 04:02 PM | Show all posts
Miming2 replied at 4-8-2016 03:51 PM
aah kdg2 tu sja je ambil then share kat gc whatsapp family hahha.. suka jealous kan dorang family  ...

Iolls kdg hashtag jugek #foodporn ittew! Hahaha *daku bersalah*
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 04:17 PM | Show all posts
certiorari replied at 4-8-2016 04:02 PM
Iolls kdg hashtag jugek #foodporn ittew! Hahaha *daku bersalah*

not all lah yg i menyampah.. just majority teenagers yg for me tak phm pun ssngt pun konteks perkataan foodporn tu... saja je nak hashtag berjela, tpi tak fhm pun... last time i saw drg upload like milo ice, and dekat caption #foodporn.. apakah.. as if berselera sngt milo ice tu.. the other time, instant me yg famous dr korea, tu pun nak juga buat hashtag foodporn.. probably berselera sgt kot makanan tu for them hahah..

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 04:25 PM | Show all posts

Samelah kite. Terase....
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
ai suke amik gmbo mknn sbb ai suke tgoj bila lapo
so nnt kt rmh ke mlm2 ke bila lapo tp xnk mkn ai tgok la balik gmbo2 mknn
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 05:59 PM | Show all posts
Hahaha artikel ni pasal aku ke? Aku ambik pic mknan dr pelbagai angle kot. Atas, tepi, zoom lg, nampak tgn sikit. Haa dah jd tabiat gtew
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
sib aku bukan antara penyumbang 300j gambo mkn n 316j gambo selpi. cam takde life tyg2 ape ko mkn, ape ko buat, ape ko pakai. jadah sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2016 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ambil gmbr tp simpan utk diri sendiri je. In case mengidam. Tak teringin nak share dgn public apa yg kita mkn.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 10:27 PM | Show all posts
Aku ni ada la jugak berangan nk ber foodporn jugak kan...selalu sgt elok pggan mangkuk licin baru teringat yg gambar blum amik..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 10:33 PM | Show all posts
wife aku slalu buat aku x sabor nak makan ...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 05:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ada buat sblm foursquare muncul. Now tak buat langsung like i just keep it in my memory je.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.062466 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list