Oleh Izzah Abbasy
Mendidik anak-anak kalau betul caranya, eloklah jadinya si anak itu. Selalu kita lihat, bila ada seorang kanak-kanak berkelakuan nakal pasti kita akan menunding kepada ibu bapa kanak-kanak tersebut yang tidak mengajarnya dengan baik.
Namun, tak semua ibu bapa sebegitu. Kadang-kadang ada sebab lain juga kenapa kanak-kanak berkelakuan nakal yang melampau.
Teori cara mendidik anak-anak banyak diterapkan kepada ibu bapa. Tetapi jika anak-anak masih manja, degil dan nakal sehinggakan segala arahan anda tidak diendahkan, anda perlu bertindak sesuatu.
Seperti yang dikongsikan oleh Muslim Edukids ini, cara mendidik yang 'halus' dan mudah untuk mengawal anak-anak ini pasti memudahkan ibu bapa kini.
1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.
2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkan kembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.
3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan.." Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.
4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"Tidur sayang.. esok pagi kita solat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, esok kan sekolah", akhirnya mereka tidak solat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.
5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.
6— Tinggalkan telefon pintar seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu. Orang yang bijaksana tahu bagaimana cara menyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.
Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.