Crow's Blood is a Japanese horror suspense drama television miniseries directed by Ryō Nishimura and Joseph White, and starring Mayu Watanabe and Sakura Miyawaki. The first episode premiered on NTV on July 23, 2016, and the rest of the episode is streaming on Hulu Japan.
Mayu Watanabe as Kaoru Isozaki
Sakura Miyawaki as Maki Togawa
Yuki Kashiwagi as Mai Utsui
Anna Iriyama as Aoi Nojiri
Yuria Kizaki as Hikari Yanaka
Rena Kato as Keiko Yodogawa
Mion Mukaichi as Nami Katayama
Yui Yokoyama as Chisa Furugōri
Jurina Matsui as Shinobu Matsumura
Tetsuya Bessho as Akihito Seto
Takahiro Miura as Takeshi Sawada
Tomoharu Hasegawa as Kōji Ogasawara
Tomohiro Kaku as Yoshio Tachibana
Lily Franky as Undertaker (cameo)
Mitsu Dan as Eiko Yoshikawa
Maiko as Chizuru Tamura
Shota Sometani as Man in Wheelchair (cameo)
Karya seram dari Jepun antara produk paling dinanti penonton seluruh dunia. Lihat saja penangan filem Ju On dan The Ring, ia menjadi bualan ramai yang masih diingati sehingga kini.
Terbaru, drama Crow’s Blood yang diterajui Mayu Watanabe dan Sakura Miyawaki mula meraih perhatian penonton di sini. Ditayangkan setiap Khamis, jam 10 malam di saluran KIX HD (Astro 729), siri ini tidak patut dilepaskan pencinta genre seram.
Lebih menarik, drama arahan Ryo Nishimura dan Joseph White itu diterbitkan Darren Lyn Bousman yang terkenal dengan filem sekuel Saw.
Mayu ketika diwawancara baru-baru ini menjelaskan Crow’s Blood ada keunikan tersendiri. Malah, dia sangat terkesan tatkala membawakan watak Kaoru Isozaki.
“Ia bukan sekadar cerita pelajar sekolah biasa. Drama ini sangat unik kerana ada banyak babak pelik.
“Sebagai pelakon baru, saya belajar menzahirkan emosi terutama ekspresi wajah. Ketakutan yang perlu saya tonjolkan mesti dapat dirasai penonton,” katanya.
Sambung Mayu, dia tidak pernah menyukai karya seram namun memberikan sepenuh komitmen sepanjang penggambaran demi menjaga mutu lakonannya.
“Saya sebenarnya penakut. Setiap kali menonton cerita seram, saya pasti menutup mata atau telinga.
“Namun untuk Crow’s Blood, saya gagahkan diri menonton pelbagai cerita seram termasuk Saw,” katanya.
Dia turut menyifatkan bekerja dengan Derran adalah pengalaman terindah dalam hidupnya.
“Ketika dilamar membintangi filem ini, saya terkejut. Ia umpama mimpi jadi kenyataan.
“Cara kerja Darren berbeza dengan dengan produksi Jepun. Ia secara tidak langsung buka mata saya mengenai banyak perkara,” katanya.
Gandingan serasi Mayu dan Sakura yang melakonkan watak Togawa Maki juga wajar dipuji. Kedua-duanya saling memberi malah Mayu mengagumi bakat rakannya itu.
“Lakonan Sakura sangat bagus. Dia berjaya menghidupkan watak Togawa Maki yang sebenarnya sudah mati dengan berkesan.
“Itulah yang menjadi kekuatan sebenar drama ini apabila di sebalik perwatakan menawan Togawa Maki, ada rahsia tidak diketahui orang sekelilingnya. Karakternya semakin menarik setiap kali plot cerita berkembang.
“Saya yakin bulu roma penonton akan meremang apabila menonton lakonannya,” kata Mayu.
Crow’s Blood mengisahkan pelajar Togawa Maki berpindah ke sebuah sekolah tinggi perempuan. Pelbagai kejadian pelik mula menghantui pelajar sekolah itu termasuk Kaoru.
Mereka tidak tahu Maki sebenarnya sudah meninggal dunia. Dia dihidupkan semula oleh bapanya menggunakan virus pertumbuhan semula.
Kaoru satu-satunya pelajar yang sudi berkawan dengan Togawa. Bagaimanapun, apabila mereka semakin rapat, Togawa semakin obses dengan Kaoru.
Idea asal drama ini dicetuskan Yasushi Akimoto atau popular dengan gelaran Svengali yang menjadi nadi kejayaan banyak kumpulan idol wanita di Jepun.
Mayu juga adalah antara artis idol yang digilai ramai dan mengganggotai AKB48 manakala Sakura pula anggota HKT48 dari Fukuoka.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Julai 2017 @ 5:19 AM