oleh Adib Za
Anda merupakan penggemar masakan Cina, terutamanya menu berasaskan ikan seperti kerapu dan juga siakap?
Namun, kadang kala rasa berkira-kira juga, maklumlah menu tersebut selalunya dijual dengan harga agak mahal. Paling-paling murah pun selalunya pun pasti dalam lingkungan RM80 hingga RM100.
Namun, jika itu yang anda inginkan, apa kata datang ke restoran Mohammad Chow yang terletak di Damansara Perdana.
Selain dihidangkan dengan pelbagai menu dan masakan Cina Muslim, anda juga boleh memesan menu berasaskan ikan siakap dengan harga cuma RM60 untuk satu set!
Apa sahaja hidangan siakap seperti stim, masak 3 rasa, masak sos dan sebagainya, semuanya dengan harga sama seperti yang disebutkan tadi.
Katanya ia merupakan promosi terhad sempena bulan kemerdekaan ini. Apa pun, jom layan gambar menu ikan siakap yang sangat enak di sini. - CARI
Lokasi:
3-1, Jalan PJU 8/5H Damansara Perdana Business Center
Petaling Jaya
Masa operasi:
11 pagi - 11 malam
Facebook:
https://www.facebook.com/mohammadchowrestaurant/ |