View: 1988|Reply: 3
|
Kenapa Wanita Mudah Histeria Dan Dirasuk?
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Jarang sekali dengar lelaki dirasuk jin. Manakala wanita pula kerap dirasuk tidak kira dimana mereka berada.
Sudah pasti jika situasi ini berlaku, lelaki akan mengazankan dan ketika inilah lelaki menjadi 'hero' untuk melindungi wanita dan menghalau jin tersebut.
Kenapa wanita mudah histeria dan dirasuk?
Wanita mudah kerasukan kerana biasanya emosi atau roh wanita lemah berbanding lelaki. Jadi, apabila si jin mengganggu mana-mana bahagian otaknya atau pemikirannya, wanita ini akan cepat meracau. Emosi wanita sukar diramal. Kadang-kadang wanita yang lemah-lembut tidak diganggu, sebaliknya yang aktif, yang nampak ala-ala tomboy boleh terkena rasuk kerana tak tahan emosinya.
Kemudian wanita yang 'datang bulan', keluar darah haid ataupun ABC (Allah Beri Cuti). Ketika ini pertahanan diri wanita agak lemah berbanding biasa.
Satu kesilapan kebanyakan wanita, apabila disebut ABC, mereka cuti sungguh-sungguh. Sudahlah amal-amal tertentu tidak boleh dilakukan, amal-amal sunat yang lain pun ditinggalkan terus terutamanya doa-doa dan zikir-zikir yang bukan ayat-ayat al-Quran. Sepatutnya ketika ABC kenalah banyakkan doa dan zikir.
Syaitan selalu masuk ke tubuh kita terutamanya melalui 'highway' mereka iaitu salur darah. Satu saat kita tidak mengingati Allah, mereka akan masuk. Sebab itu para ulama sufi selalu mengamalkan zikir khafi berterusan.
Jadi apabila kita betul-betul bercuti ketika ABC, banyaklah syaitan-syaitan yang menggunakan salur darah kita sebagai 'highway' mereka. Jika mereka berhenti di mana-mana kawasan rehat dalam tubuh kita, bahagian itu akan sakit ataupun tidak selesa.
Oleh kerana syaitan-syaitan selalu masuk, jalannya semakin melebar dan mereka tahu selok-belok diri kita. Ini memudahkan mana-mana jin yang berkebolehan dan berkepentingan untuk masuk ke dalam badan kita.
Jadi, untuk keselamatan jangan biasa membiarkan ruang-ruang lompong di tubuh kita (wanita) untuk dimasuki syaitan-syaitan dan jin-jin terutamanya ketika keluar darah haid. - CARI
Sumber : Ikhtiar Muslim
|
|
|
|
|
|
|
|
pompuan selalu ikot perasaan..sobsss |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau sekolah-sekolah kan banyak kes histeria. Tapi aku rasa macam tipu, lagi-lagi kalau time exam. Seronok je lain ada masa ekstra jawab soalan periksa. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|