CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2972|Reply: 7

5 Tips Rahsia Agar Keluarga Sentiasa Bertambah Bahagia

[Copy link]
Post time 5-9-2016 12:38 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ


Gambar sekadar hiasan. Sumber - Sinarharian.com.my





Hidup berkeluarga bukan semudah yang difikirkan kerana setiap hari pasti ada ujian dan cabaran yang bakal ditempuhi. Sebagaimana pepatah Melayu mengatakan sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula pasangan suami isteri. Walau bagaimana agungnya cinta yang dibina dan eratnya kasih sayang yang dijalin dan dipupuk, seperti juga hubungan di antara lidah dan gigi mencerna makanan, walau rapat sekali pun namun sesekali pasti tergigit juga.


Bertengkar sekali sekala tidak mengapa kerana kata orang bergaduh manja-manja akan mengeratkan lagi hubungan. Lagi pun tiada manusia yang sempurna dan tidak pernah melakukan kesilapan dalam hidup. Cuma, apa yang kita ingin bincangkan adalah mengenai pertengkaran yang sering terjadi setiap hari.


Ini perlu dielakkan kerana akan memburukkan lagi keadaan dimasa hadapan jika ia berterusan. Jadi penulis suka untuk berkongsi dengan pembaca tentang 5 tips rahsia untuk diamalkan agar anda dan pasangan sentiasa bertambah bahagia.




KAWAL KEMARAHAN
Kemarahan akan wujud apabila berlakunya ketidakpuasan hati. Apabila ada saja perkara yang tidak kena berlaku, manusia akan mudah meluahkan rasa amarah tanpa memikirkan kesan. Kemarahan merupakan satu kecenderungan manusia tetapi jika anda tahu punca kemarahan, anda perlu tahu mengawalnya. Sila mendiamkan diri jika pasangan sedang marah. Bayangkan jika masing-masing tidak mahu mengalah, mana mungkin ada jalan penyelesaian. Perselisihan faham adalah perkara biasa buat suami isteri teapi janganlah keterlaluan. Tidak ada pasang surut di alam rumahtangga pun bosan juga.




HATI-HATI PERBUALAN
Elak sama-sama marah. Apabila salah seorang dari anda mengalah, situasi tegang dapat dikawal dengan baik. Sebaliknya jika anda mula menengking pasangan anda, ia akan menjadi topik yang lebih besar kerana jiran-jiran akan mula masuk campur kerana terdengar pergaduhan anda. Isteri perlu mendengar nasihat suami. Sebagai ketua keluarga, suami tahu peranannya untuk menjaga nama baik keluarga. Jika anda menjawab dan mempertingkaikan nasihatnya, perbualan yang baik akan bertukar menjadi satu pergaduhan.




KRITIKAN MEMBINA
Meninggikan nada suara tidak akan membantu menjernihkan keadaan. Beberapa ayat yang kurang baik akan kedengaran. Jika anda mahu mengkritik, kritiklah dengan penuh kasih sayang. Usah tersilap kritik kerana akibatnya pasangan anda akan terasa hati  dan menyimpan dendam buat anda. Cara mengkritik yang sesuai untuk suami isteri adalah dengan merendahkan nada, menatap mata pasangan, meletakkan tangan anda di bahu pasangan dan menghormati pendapat pasangan anda.



BERTOLAK-ANSUR
Anda sedar bahawa dunia hari ini berputar dengan pantas. Harga keperluan semakin mahal dan adakalanya membebankan anda sekeluarga. Usah memikirkan hanya anda sahaja yang keluar mencari rezeki. Meskipun pendapatan anda tidaklah sebanyak seperti orang lain, anda sepatutnya bertolak ansur dan tidak membiarkan beban digalas oleh salah seorang saja. Kedua-duanya perlu memainkan peranan. Hubungan suami isteri lebih indah apabila kedua-duanya sama-sama hidup susah dan senang. Ini bukan masanya untuk mengatakan duit anda adalah milik persendirian. Kongsilah bersama pasangan dan anak-anak anda.



BERI KEPUJIAN
Sambut, peluk dan cium pasangan anda biarpun dia baru balik dari kerja dalam keadaan yang berbau masam! Ramai suami isteri menganggap tidak perlu memuji dengan alasan sudah duduk serumah. Walhal, kesilapan kecil bermula apabila tidak ada sesi memuji antara pasangan. Sesekali memuji pakaian, solekan dan masakannya yang lazat boleh memberi satu perasaan untuk bermanja. Memberi kepujian bermaksud anda masih menghargainya kerana kehadirannya di dalam hidup anda selama ini. Tanpa pasangan anda, anda tidak mungkin mempunyai anak-anak yang comel.




Kadang-kadang, manusia lupa bahawa perkara kecil boleh membawa kepada masalah yang lebih besar di dalam hidup. Apabila masalah menjadi besar, lama-kelamaan hilang perasaan sayang di dalam diri. Kebencian yang tersimpan menyebabkan anda mula hilang hormat sehingga berlaku perkara yang tidak masuk akal.



Pokok pangkalnya, buanglah ego dalam diri dan cuba buat yang terbaik untuk kebahagiaan keluarga anda. Selamat mencuba dan semoga berjaya. - CARI







Sumber - keluarga.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2016 05:03 PM | Show all posts
ok..ok.......
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2016 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku setuju sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2016 07:14 PM | Show all posts
kata rahsia.. tapi bgtau kat orang
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2016 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Good info..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 01:19 PM | Show all posts
picture hanya sekadar hiasan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2016 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeee baiklah
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 12:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.083379 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list