|
Oleh : Dean BZ
Kebiasaannya epal hijau dimakan begitu sahaja ataupun dibuat jus. Buah epal hijau memang mengandungi khasiat yang banyak kepada kulit, rambut dan kesihatan umum kita. Bak kata pepatah english “An apple a day keeps the doctor away,”.
Selain dimakan dan dibuat jus, mungkin ramai yang masih belum tahu sebenarnya epal hijau sangat sedap jika dibuat kerabu. Wow urbannya makan kerabu epal!
Rasanya memanglah tidak semasam mangga muda, tetapi jika tiada mangga, epal hijau pun berguna juga! Kalau anda teringin nak mencuba bolehlah ikuti resepi dibawah.
Bahan-Bahan :
1 biji epal hijau
1 biji bwg besar - potong dadu
1 biji tomato - potong dadu
4 biji cili padi - hiris bulat
1 tangkai cili merah - hiris bulat
lemon juice/ limau nipis / sedikit cuka masak
1/2 sudu teh kerisik Sedikit nampla (sos ikan)
Garam dan gula secukup rasa Udang kering digoreng - tumbuk kasar
Cara-cara :
1. Hiris buah epal nipis2 dengan kulit2 sekali (jangan sagat) dan rendam dalam air garam untuk mengelakkan dari menjadi lebam.
2. Satukan epal hiris, bawang besar, tomato, cili padi, cili merah, kerisik dalam mangkuk.
3. Masukkan lemon juice / limau nipis / sedikit cuka (jika tiada juice lemon) gaul semua bahan2 dan tabur udang kering. 4. Bubuh sedikit garam dan gula, gaul sebati dan hidang segera.
Sumber : Majalah lama/Dari Dapur CT |
|