Alteration baju perkahwinan adalah segala-galanya untuk perkahwinan anda. Itulah sebabnya apabila ia datang kepada pakaian perkahwinan anda, apa-apa tempahan atau perubahan ia akan berbelanja besar pada pakaian mahal. Tetapi jika ia tidak diubah dengan baik ia akan kelihatan seperti bukan baju perkahwinan yang anda impikan. Maka, disini terdapat beberapa perkara penting yang anda perlu pertimbangkan untuk alteration baju perkahwinan anda.
Garis masa anda Anda perlu menempah baju perkahwinan anda sekurang-kurangnya 10 bulan sebelum dari tarikh majlis perkahwinan anda. Ini kerana, untuk menyiapkan baju perkahwinan ia perlukan masa yang lama untuk membuatnya. Kemudian, untuk apa-apa perubahan kepada baju perkahwinan, ia haruslah dalam tempoh dua hingga empat minggu sebelum majlis anda. Elakkan untuk apa-apa perubahan selepas dua minggu sebelum majils.
Bajet perkahwinan anda Apa-apa perubahan kepada baju perkahwinan juga boleh menyebabkan bajet anda terbabas kepada harga asalnya. Ini kerana, sesetengah butik mengenakan caj setiap perkhidmatan seperti caj untuk memendekkan pakaian anda, caj untuk menambah manik atau renda, caj untuk mengecikkan pakaian atau caj untuk menukar kain. Maka, pastikan sebelum anda menempah sebarang baju perkahwinan, anda bertanya dahulu jika mereka akan mengenakan caj segala perubahan kepada baju.
Target berat badan anda Jangan sesekali untuk memesan pakaian yang terlalu kecil sebagai motivasi anda untuk kurus dan kelihatan cantik pada perkahwinan anda. Jika anda memang ingin kuruskan badan, anda mungkin tidak dapat ramalkan berapa banyak yang anda akan mengecil. Maka, lebih mudah untuk mengambil pakaian yang lebih besar, kerana anda boleh mengubah ia pada dua atau empat minggu sebelum majlis perkahwinan anda.
Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com Photo credits: Google
|