CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 999|Reply: 0

Apa Yang Harus Dilakukan Pada Hari Menempah Baju Perkahwinan

[Copy link]
Post time 20-9-2016 08:53 AM | Show all posts |Read mode

Anda ingin pergi menempah untuk pakaian yang paling penting dalam hidup anda iaitu baju perkahwinan anda. Mungkin anda akan mengalami perasaan tertekan untuk memilih baju perkahwinan anda, jika anda tidak memilih makanan yang betul atau anda tidak makan apa-apa sebelum pergi ke butik. Maka, berikut adalah cara yang betul untuk membantu anda kekal bertenaga sehingga anda berjaya mendapat baju perkahwinan impian anda.

Mengambil protein pada waktu pagi
Untuk sarapan pagi tidak hanya perlu mengambil roti bakar sahaja, anda juga perlukan protein seperti telur rebus atau yogurt untuk memastikan anda kenyang dalam kekal yang lama. Atau jika anda mempunyai baki makanan dari makan malam yang masih elok seperti makanan yang berprotein dan sayur-sayuran, anda juga boleh menjadikanya sebagai makanan sarapan berat untuk anda. Satu lagi cara yang mudah untuk membuat sarapan yang seimbang adalah dengan membuat smoothie dari buah-buahan, sayur-sayuran dan protien. Ia juga boleh membantu anda untuk kekal cergas yang berpanjangan.

Minum air
Dengan kurang meminum air, anda juga kemungkinan akan mendapat dehidrasi ketika membeli dan menempah baju perkahwinan anda. Jika anda dehidrasi, ia akan membuat anda letih dan lapar. Jadi anda dinasihatkan untuk membawa botol air anda sekali ketika menghadiri temujanji.

Jangan lupa untuk makan
Anda dinasihatkan untuk jangan sekali-kali melangkau waktu makan anda, terutamanya ketika cuaca panas berpanjang, kerana ia akan menganggu emosi anda. Jika ia menganggu emosi anda, maka ia akan menghancurkan suasana yang sepatutnya indah dalam hidup anda. Jadi, pastikan anda mengambil makanan yang seimbang, bukan sahaja sayur-sayuran tetapi ayam,  atau makanan protien yang lain.

Bawa makanan ringan
Untuk snek yang seimbang, anda boleh membawa buah-buahan atau sayur-sayuran dengan bijiran penuh ataupun makanan yang berprotein. Jika anda tidak mempunyai masa untuk membawanya sendiri dari rumah, anda boleh mencari makanan ringan yang sihat di banyak tempat.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com
Photo credits: Google

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.070147 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list